Together, We Can Do It
Aku telahpun memulakan inisiatif untuk menjejaki rakan2 lama sewaktu sama-sama belajar di maktab perguruan dengan hasrat untuk berkumpul semula bagi mengeratkan silaturahim sesama sendiri. Hasrat mengumpul maklumat adalah timbul daripada rakan saya yang bernama Hamdani dan lantas meminta saya mengetuai misi ini.
Selepas itu timbul pula rancangan untuk buat reunion dan aku rasa ini adalah langkah kedua dan seterusnya setelah maklumat rakan diperoleh. Medium utama yang digunakan tidak lain dan tidak bukan adalah medium elektronik melalui internet yang merupakan dunia tanpa sempadan dalam era globalisasi. Lantas aku cuba untuk menguji setakat mana kekuatan Facebook dalam mencapai misi kami kerana ia merupakan perisian popular ketika ini.
Ini adalah paparan FB kumpulan yang telah dibentuk
Ini adalah gambar ahli-ahli kumpulan kami yang telah terpisah hampir selama 24 tahun sebaik sahaja tamat pada tahun 1986.
Yang pasti kami tak akan dapat menemui dua orang rakan yang telah kembali ke rahmatullah. AlFatihah untuk Allahyarhamah Fatiah (dari Kelantan) dan Hamizah (dari Perak) yang merupakan kakak angkat aku.
Semoga usaha kami akan termakbul walaupun rakan2 aku tidak aktif dalam berblog tetapi diharap mereka aktif dalam berfacebook. Terima kasih.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
10 komen:
faris,
ko yg berdiri di belakang nombor tiga dari kiri kan....aku nampak mata ko yg sepet tu jer....hehehe
Cop,
Ya ke? Aku tak nampak pun bahagian mata tu. He he he..
nanti aku tlg carikan utk ko kalau jumpa mereka... tapi aku rasa aku dah jumpa org spt dlm gambar tu. berdiri dari kiri, no tiga barisan belakang.
yg dua org tu pun insyallah ko akan jumpa mereka.....tapi bila ye???
zaaaaaapppppppp...
Zorro,
Memang penglihatan kau tajam macam burung helang. Yang dua orang lagi tu, insya-Allah akan jumpa dan tak ke mana2 pun. DaripadaNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali.
yg dua org tu ko nak jumpa cepat atau lambat. heheheeeee.
zaaaaaaappppppp.
Zorro,
Kalau cepat, tak banyak sangat dosa2 yang akan aku lakukan. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah. Berserah ajelah kita.
ko dah bersedia ke dgn temuduganya? heeeeeee hhhe.
tak leh jawab nanti dia zaaaaaappppp......eeee ngerinya...
Zorro,
Insya-Allah, apa yang dibuat ulangkaji setakat ni bolehlah menjawab setakat yang termampu. Kalau nak dapat jawab A+, kenalah minta panjangkan usia lagi.
berapa org dah jumpa kawan kau, faris...syok jumpa kawan lama ni.mcm2 cerita..
JM,
Setakat ni dah terkumpul 12 orang. Yang tak jumpa lagi tu mungkin tak aktif dalam Facebook.
Post a Comment