Malam ini lebih kurang pukul 9 malam aku terpaksa menghadiri mesyuarat JK PIBG. Fokus utama mesyuarat malam ini adalah untuk menyelaras pelaksanaan Hari Kantin bagi mengumpul dana bagi membina astaka sekolah. Diharap ianya dapat diadakan dengan jayanya supaya satu lagi projek hasil usaha PIBG dapat disediakan untuk kemudahan murid-murid.
Apa yang pasti aku rasa syukur kerana telah berjaya menyiapkan tugasan untuk dihantar pada hari esok. Hanya tinggal nak print-out sahaja lagi dan satu tugasan yang nak touch-up sikit. By tomorrow semua dah boleh settle. Lega rasanya kerana kalau tak mesyuarat JK PIBG malam ini membuatkan jiwa aku tak tenteram. Semuanya menepati date line walaupun terpaksa mengambil cuti rehat bagi menyiapkannya.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
7 komen:
suka ko bermesyuarat waktu mlm ye....
drp mesy agung yg aku buat waktu mlm jugak tu, aku rasa sama jer kalau dibuat waktu siang, kehadiran hampir sama, kaum bapa msh di takuk lama, sedikit jer yg dtg....
YBS,
PIBG hanya sekadar sampingan dan mereka rasa tiada kepentingan yang begitu tinggi. Tetapi kalau pasal aduan, bukan main lagi. Saluran rasmi yang ada melalui PIBG langsung tak digunakan.
Mana menu makan kau lagi???? He he he...
ko lalu jer dlm blog aku ye tanpa meninggalkan komen....ke ko taknak komen sbb ade gambar hospital tu?
hehe
Cop,
He he he.... tahu pun kau.... shh.. shh...
apasal pibg ko mesy waktu malam. dah tak ada waktu siang lagi ke? kesian kat cg2. siang kena dtg sekolah, ptg dtg sek dan mlm pun kena dtg lagi.
dek kerana itu, kdg2 laki bini bertengkar kat rumah. lebih2 lagi psgn hidupnya bkn cg.
MPMN,
Kadang kala sikap kita yang terlalu banyak toleransi menyebabkan guru-guru dibawah kita naik tocang. Jika nak jadi guru, itulah budaya bekerja. Kita tak mahu cikgu mempunyai persepsi, jadi guru kerana guru kerja separuh hari. Jika dilihat peranan guru zaman dulu, lagi teruk kerana aktif dalam persatuan belia, JKKK dan lain-lain lagi. Malam pula menghadiri majlis sosial seperti kenduri kendara, tahlil, berzanji, marhaban dan macam2 lagi.
Aku jawab mudah aje dgn cikgu2 yang malas kalau perempuan iaitu keluar kerja dgn izin suami, jadi.... kalau suami tak izin, berhenti aje kerja kerana mesyuarat juga sebahagian daripada kerja kerana ibu bapa yang komited sebagai AJK boleh hadir malam (kerana siang mereka bekerja), mengapa cikgu tak boleh.
Lagipun bukannya selalu, 3 bulan sekali aje. Kalau kita selalu hilang waktu bekerja, sebab itu cikgu2 kita akan turut hilang. tapi kalau kita sentiasa ada di mana2 dan bila saja aktiviti berjalan, insya-Allah guru akan malu mata.
Kata orang jangan kerja malas tapi gaji nak banyak. Itulah prinsip aku dalam mengurus guru2 ni.
keja-keja juga, tapi biarlah berpada2.
kita keja perpaksikan peraturan dan SPI. jangan kita mencipta masalah disebabkan sesuatu arahan yg kita keluarkan yg boleh dicabar oleh subordinate kita.
bagus la kalu staf boleh ikut dan tiada komen diblkg nanti. tahniah!!!.
aku kalu staf tak nak ikut aku zzzaaaaappppppp aje.
Post a Comment