Dalam meneruskan kerjaya, kita seringkali akan berhadapan dengan dua perkara yang menjadi tumpuan fikiran. Antara harapan dan realiti. Harapan adalah bagi memenuhi impian baik untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain. Sesuatu harapan yang menggunung tinggi memerlukan usaha yang gigih untuk menggapainya. Usaha yang gigih mestilah tanpa mengenal jemu supaya ianya tidak terhenti di pertengahan jalan. Harapan perlu direalisasikan menjadi ia suatu yang realiti. Harapan dalam kerjaya perlu disusun dengan sebaik mungkin supaya ia berada di landasan yang betul kerana silap percaturan akan membawa diri ke arah kekecewaan. Harapan dalam kerjaya memerlukan kita cemerlang dalam kerjaya berserta dengan kenaikan pangkat mahupun gaji. Harapan dalam diri untuk menggapai kepuasan diri menjadikan diri semakin...