Thursday, June 24, 2010

Monolog Antara Harapan dan Realiti

Dalam meneruskan kerjaya, kita seringkali akan berhadapan dengan dua perkara yang menjadi tumpuan fikiran. Antara harapan dan realiti. Harapan adalah bagi memenuhi impian baik untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain. Sesuatu harapan yang menggunung tinggi memerlukan usaha yang gigih untuk menggapainya. Usaha yang gigih mestilah tanpa mengenal jemu supaya ianya tidak terhenti di pertengahan jalan. Harapan perlu direalisasikan menjadi ia suatu yang realiti. Harapan dalam kerjaya perlu disusun dengan sebaik mungkin supaya ia berada di landasan yang betul kerana silap percaturan akan membawa diri ke arah kekecewaan. Harapan dalam kerjaya memerlukan kita cemerlang dalam kerjaya berserta dengan kenaikan pangkat mahupun gaji. Harapan dalam diri untuk menggapai kepuasan diri menjadikan diri semakin tekad. Adakah aku mampu menjadikan harapan itu suatu realiti???

Sesuatu yang realiti tidak semestinya berakhir dengan kejayaan. Keupayaan diri menempuhi realiti menjadikan diri kita tabah supaya realiti itu adalah realiti kejayaan dan bukannya kekecewaan. Kejayaan memerlukan diri terus mendaki ke puncak. Persoalan dalam diri dan fikiran sering bermain di kotak fikiran. Apa yang pasti segala yang ditempuhi adalah merupakan suatu yang ditentukan oleh Allah s.w.t kerana sebagai manusia kita hanya mampu merancang harapan untuk menjadikan ia realiti. Dalam memikirkan harapan dan realiti, aku telah cuba mengatur perancangan seterusnya apabila apa yang aku harungi sekarang telah tamat atau tiba di penghujung. Aku harus terus mengatur langkah seterusnya. Insya-Allah.

8 komen:

Harapan menjadi kenyataan la tu. Tak gitu?

Harapan yang nak dijadikan kenyataan. Kenyataan akan diteruskan dengan harapan yang seterusnya. Gitu2lah....

Falsafah dari seorang pemikir yang sedang bermain catur....:)

Salam sdr ku Faris. Tahniah & Syabas Tentu result ko bagus & boleh tahan pointernya. Teruskn usaha dan perjuangan mu itu. Insya-Allah anda dan keluarga akan sentiasa mdpt keberkatan dan dipermudahkanNya segala urusan. Amin.....Selamat meneruskan pengajian di sem 3 dan 4. Lps tu teruskn ke peringkat PhD pulak, insya-Allah. Malaysia Boleh; 1 Malaysia dan ko pun boleh.....tk

CG Aida,
Kadang kala minda memaksa kita berfikir, kadang kala juga keadaan persekitaran memaksa kita berfikir, oleh itu semua faktor luaran dan dalaman memaksa kita sentiasa berfikir. Itulah sebabnya keluar falsafah dan kadang kala falsampah.... he he he ...

Aziz,
Terima kasih di atas doa kau tu. Insya-Allah aku akan meneruskan perjuangan. Setakat ni sem 1 (3.90) dan sem 2 (4.0) dan CGPA sekrg 3.95
Ura-ura pemegang PhD akan diberi satu kenaikan GRED atau terus ke DG52, jadi semangat yang kau suruh aku teruskan tu mungkin menjadi pemangkin dan pembakar semangat aku. Kau doakan ajelah aku banyak2...

Salam.
Alahamdulillah. Tahniah Faris....aku kira ko lah antara kawan-kawan aku / kenalan ku yang begitu "....." ape ye aku nak kata tak pandaila pulak mcm 'kental, gigih, kuat, berani, steady dll gitu yg seumpamanya.Teruskn bang....dgrnya En Kamaruzaman pensyarah kita di IAB dulu dah balik ke IAB dgn gelaran Dr nya. Mungkin ko pun boleh ikut track tu.....mudah2an sampai ke matlamat yg dicita2kan. tk Wassalam

Aziz,
Bolehlah dia aku jadikan idola. Cuba sebaik mungkin, walau apapun matlamat utama ialah tamatkan dulu yang sedang digendong ini.