Monday, June 14, 2010

Sedih Yang Amat

Aku begitu sedih yang amat disebabkan perkara yang tidak diduga telah berlaku. Terasa aku kehilangan sesuatu yang amat berharga kerana apabila aku cuba menyelamatkannya tetapi tak berjaya. Apa yang aku maksudkan adalah hard disk laptop aku yang dimakan virus sedikit demi sedikit sehingga tak boleh berfungsi. Segala data dan maklumat yang aku simpan hilang begitu sahaja. Apa yang paling aku sedih segala nota dan bahan2 master yang baru aku kumpul dua semester yang lalu. Mana aku nak cari??? Proposal awal pun turut hilang, dan aku terpaksa memulakan semuanya dari kosong semula. Ingatkan nak backup tapi disebabkan kesuntukan masa sampai aku tak sempat nak buat backup.
Pengajaran kepada semua rakan2, apabila nak melakukan sesuatu tu janganlah tangguh2 kerana akibatnya begitu besar. Ambillah iktibar dari apa yang telah aku alami walaupun sudah hampir dua atau tiga kali aku mengalaminya. Sedih yang amat2 sangat....... hu hu hu.....

16 komen:

Semoga tuan tak putus semangat untuk meneruskan perjuangan...Beberapa orang kawan saya dulu pun pernah melalui saat-saat begini bila laptop dicuri orang...ada yang langsung patah hati..tetapi yang bersemangat tinggi akan terus berjaya..insyaallah...

Roslaini,
Bila sampai di satu peringkat, barang berharga yang menjadi keutamaan ialah ilmu. Ia merupakan satu yang amat bernilai dan sukar dicari ganti. Betul, apa yang perlu dilakukan ialah meneruskan segala perjuangan dan tidak mudah berpatah hati. TK di atas sokongan.

Semoga Faris dapat mengumpul semula semangat yang tercicir tu. Kalau saya, tak taulah macamana nak cakap

Sabar Faris ,mungkin ada hikmahnya.Memang semua kerja tak boleh bertangguh.Macam mana bertugas di tempat baru?.Jadi tak payah fikir hal sekolah lagi lah.
Tapi mesti banyak masalah lain....

Huhuhu...aku pun pernah kene !!

Aida,
Sedang mengumpul semula semangat apabila memulakan semester baru hari Jumaat ini. TK atas sokongan.

Shikin,
Jangan kesian aje... tolonglah bantu.

Noris,
Tempat baru sangat mengujakan kerana terpaksa menyelesaikan masalah yang ditinggalkan orang terdahulu. Hari ini saja dah terpaksa menghadapi amukan Y.Bhg. Dato Noorezan sampai kedengaran satu office walaupun tak memikirkan hal sekolah.

Li,
walaupun kerap kena tapi bila dah lama dan leka, kita alpa kembali. pengajaran bermakna.

nasib baik nota tu kau dah copy kat aku...nanti jumpa boleh ambik balik...bang gunakan myupsi portal..dia dah berikan space 25 gig pada semua student...aku mula nak upload kat situ...dan bro, lu kena ingat dalam IT tiada satupun tempat yang selamat...semua bersifat simpanan sementara...apapun wa simpati sama lu, apa apa yang aku boleh tolong? lu cakap...

aku turut bersimpati....huhu

Aku tumpang simpati atas kejadian itu Faris.Sabar dan aku pun akan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. Terima kasih kerana mengingatkan rakan2 lain.

KK, YBS dan Anas,

Sorrylah kerana tak sempat nak respon. Tangan ada dua, masa ada 24 jam aje, jadi tak sempat. He he he....

Iktibar adalah perlu, bila aku cari2, rupanya aku ada simpan di free space dlm ADrive.com walaupun tak terkini. Sebahagian perlu aku cari semula.

Tentang space di UPSI tu, bagus juga. Nanti aku semak kembali KK.

FARIS...hanya hardisk je yg kena virus.kau masih ok lg. belum kena virus.so kau boleh dptkan lagi rete bende kau yg hilang tu..usop IT kan ada..usop muor bukan.
Mula masuk tempat baru dah dengar datuk norizan ngamuk ye.masa ke pulau tahun lepas tak ngamuk.die pening .angin katanya..jadi tido aaje lah.

selamat belajo kembali....minum kedai mamak.