Aku akan meninggalkan title yang aku sandang selama 3 tahun 3 bulan. Kata orang Cina angka 33 adalah angka ong tapi aku tak pasti. Selama memegang title ini, banyak perkara yang aku telah pelajari dalam mengurus sebuah organisasi dan juga sumber manusia. Aku tidak boleh menjadi seorang insan yang sempurna dan juga sebagai ketua yang terbaik tetapi aku telah mencuba sedaya upaya aku mengurus organisasi ini ke arah yang dihasratkan sewaktu aku menjejakkan kaki ke organisasi ini. Alhamdulillah kerana aku rasa aku telah dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi sewaktu memegang title ini dengan sebaik mungkin. Itu adalah penilaian aku sendiri tapi bagaimana dengan penilaian subordinat aku? Memang sukar untuk memuaskan hati dan kehendak subordinat kerana mereka yang tidak dipenuhi kehendaknya akan merasa tidak berpuashati.

Ini adalah kerusi dan meja yang aku duduki. Kerusi dan meja yang menuntut aku membuat keputusan yang waras berasaskan pertimbangan akal dan peraturan yang tertulis. Orang kata kerusi eksekutif yang bukan bermaksud jenis kerusi tetapi kuasa eksekutif yang ditanggung dan dipikul. Sesetengah orang kata seronok jadi boss dengan duduk di kerusi eksekutif tetapi sebenarnya tanggungjawab yang dipikul amatlah berat. Sebagai seorang pemimpin, semua perkara menuntut pertimbangan akal yang berlandaskan prosedur dan hukum agama. Kerusi ini telah mematangkan diri aku dalam mengurus sumber manusia yang pelbagai ragam dan mencabar jiwa, hati, minda dan perasaan. Ia juga menuntut kesabaran dan ketenangan diri kerana sebagai pemimpin kita tidak sepatutnya dilihat berperwatakan seperti subordinat. Apa yang ditelan tidak boleh diluahkan kembali dengan sewenang-wenangnya.

Inilah tempat tetamu yang silih berganti dan terpaksa aku layan baik dalam keadaan senang, susah, gembira ataupun duka. Dari stakeholder, ibu bapa, syarikat dan sesiapa sahaja yang ingin berurusan. Aku akan sedaya upaya melayani tetamu yang datang dengan sebaik mungkin kerana ada tetamu yang membawa rezeki yang melimpah ruah kepada organisasi dan tidak kurang juga tetamu yang datang dalam keadaan yang sukar dikawal.

Begitulah suasana tempat bekerja aku selama 3 tahun 3 bulan yang akan aku tinggalkan bermula 1 Jun 2010 walaupun sepatutnya aku dah bergerak sejak 16 Mei 2010. Sesetengah orang akan bertanya kenapa aku tinggalkan title, kerusi dan meja, bilik yang selesa dan kuasa ekesekutif yang telah dipegang? Jawapannya mudah, aku tidak perlukan semua itu kerana aku lebih selesa sebagai pelaksana yang apabila menyumbang akan nampak kesannya. Orang juga akan berkata, selama aku memegang jawatan ini adakah aku tidak menyumbang? Aku akan kata, aku telah menyumbang sesuatu yang amat bermakna kepada organisasi ini. Bagi diri aku, dimana sahaja tempat aku bekerja dan bertugas, aku akan buat sebaik mungkin.
Sebenarnya apa yang aku hadapi akan aku anggap sebagai qada dan qadar. Sesekali aku tidak akan cuba untuk menongkah arus kerana aku percaya kepada takdir diri aku kerana setiap yang Allah s.w.t tetapkan adalah sesuatu yang terbaik untuk umat manusia. Selamat tinggal jawatan ini, selamat tinggal kerusi eksekutif ini, selamat tinggal bilik selesa aku dan selamat tinggal kepada subordinat aku. Peninggalan ini bukanlah pengakhir tugas kerana tugas baru akan menuntut aku memberikan lebih komitmen. Adakah aku akan dapat melaksanakan tugas dan komitmen baru? Insya-Allah akan aku cuba tunaikan segala amanah dan tanggungjawab baru di tempat yang baru.