Aku akan meninggalkan title yang aku sandang selama 3 tahun 3 bulan. Kata orang Cina angka 33 adalah angka ong tapi aku tak pasti. Selama memegang title ini, banyak perkara yang aku telah pelajari dalam mengurus sebuah organisasi dan juga sumber manusia. Aku tidak boleh menjadi seorang insan yang sempurna dan juga sebagai ketua yang terbaik tetapi aku telah mencuba sedaya upaya aku mengurus organisasi ini ke arah yang dihasratkan sewaktu aku menjejakkan kaki ke organisasi ini. Alhamdulillah kerana aku rasa aku telah dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi sewaktu memegang title ini dengan sebaik mungkin. Itu adalah penilaian aku sendiri tapi bagaimana dengan penilaian subordinat aku? Memang sukar untuk memuaskan hati dan kehendak subordinat kerana mereka yang tidak dipenuhi kehendaknya akan merasa tidak berpuashati.
Ini adalah kerusi dan meja yang aku duduki. Kerusi dan meja yang menuntut aku membuat keputusan yang waras berasaskan pertimbangan akal dan peraturan yang tertulis. Orang kata kerusi eksekutif yang bukan bermaksud jenis kerusi tetapi kuasa eksekutif yang ditanggung dan dipikul. Sesetengah orang kata seronok jadi boss dengan duduk di kerusi eksekutif tetapi sebenarnya tanggungjawab yang dipikul amatlah berat. Sebagai seorang pemimpin, semua perkara menuntut pertimbangan akal yang berlandaskan prosedur dan hukum agama. Kerusi ini telah mematangkan diri aku dalam mengurus sumber manusia yang pelbagai ragam dan mencabar jiwa, hati, minda dan perasaan. Ia juga menuntut kesabaran dan ketenangan diri kerana sebagai pemimpin kita tidak sepatutnya dilihat berperwatakan seperti subordinat. Apa yang ditelan tidak boleh diluahkan kembali dengan sewenang-wenangnya.
Inilah tempat tetamu yang silih berganti dan terpaksa aku layan baik dalam keadaan senang, susah, gembira ataupun duka. Dari stakeholder, ibu bapa, syarikat dan sesiapa sahaja yang ingin berurusan. Aku akan sedaya upaya melayani tetamu yang datang dengan sebaik mungkin kerana ada tetamu yang membawa rezeki yang melimpah ruah kepada organisasi dan tidak kurang juga tetamu yang datang dalam keadaan yang sukar dikawal.
Begitulah suasana tempat bekerja aku selama 3 tahun 3 bulan yang akan aku tinggalkan bermula 1 Jun 2010 walaupun sepatutnya aku dah bergerak sejak 16 Mei 2010. Sesetengah orang akan bertanya kenapa aku tinggalkan title, kerusi dan meja, bilik yang selesa dan kuasa ekesekutif yang telah dipegang? Jawapannya mudah, aku tidak perlukan semua itu kerana aku lebih selesa sebagai pelaksana yang apabila menyumbang akan nampak kesannya. Orang juga akan berkata, selama aku memegang jawatan ini adakah aku tidak menyumbang? Aku akan kata, aku telah menyumbang sesuatu yang amat bermakna kepada organisasi ini. Bagi diri aku, dimana sahaja tempat aku bekerja dan bertugas, aku akan buat sebaik mungkin.
Sebenarnya apa yang aku hadapi akan aku anggap sebagai qada dan qadar. Sesekali aku tidak akan cuba untuk menongkah arus kerana aku percaya kepada takdir diri aku kerana setiap yang Allah s.w.t tetapkan adalah sesuatu yang terbaik untuk umat manusia. Selamat tinggal jawatan ini, selamat tinggal kerusi eksekutif ini, selamat tinggal bilik selesa aku dan selamat tinggal kepada subordinat aku. Peninggalan ini bukanlah pengakhir tugas kerana tugas baru akan menuntut aku memberikan lebih komitmen. Adakah aku akan dapat melaksanakan tugas dan komitmen baru? Insya-Allah akan aku cuba tunaikan segala amanah dan tanggungjawab baru di tempat yang baru.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
22 komen:
tahniah faris krn telah berjaya menjadi GB yg berkesan sepanjang tempoh itu!!!
selamat kembali bertugas di kpm....
tuai padi antara masak
esok jgn layu2an
intai kami (warga sekolah) antara nampak
esok jgn rindu2an
sedih jg kau nak tinggalkan bilik kau tu ye..takpelah ris...dah ditentukan kau kat KPM.dah buat jamuan perpisahan ke..
sedih jg kau nak tinggalkan bilik kau tu ye..takpelah ris...dah ditentukan kau kat KPM.dah buat jamuan perpisahan ke..
tahniah...tahniah....anggaplah ini satu penghijrahan....
hijrah tu satu ibadah...dgn cara hijrah tempat kerja atau bidang kerja tu kita dpt mempertingkatkan lagi kualiti hidup kita.
ko dah buat trade mark ke kat sekolah tu sebelum ko tinggalkan. maksud aku spt zorro buat tanda "Z" zaaaaaapppppppp. tu.heheheeeee
Salam Faris. Kalau ada 'peluang' untuk diturunkan ke sekolah pilihan, jeling-jelinglah ke sekolah saya. tak jauh manapun.
Cop,
TK byk2. GB berkesan?? Berkesan merubah sekolah atau berkesan dihati dan minda??? Hanya subordinat kita yang boleh memberikan jawapannya.
Joni,
Dh berturut2 jamuan perpisahan. Baik siang mahupun malam. 31 Mei ada lagi, 1 Jun ada lagi dan harap2 itu yg terakhir.
Joni,
Dh berturut2 jamuan perpisahan. Baik siang mahupun malam. 31 Mei ada lagi, 1 Jun ada lagi dan harap2 itu yg terakhir.
Zorro,
Sesuai dengan konsep hijrah Rasulullah, mmg kita kena redha. Banyak tanda yang telah aku tinggalkan baik di mata, mahupun di hati. Lebih hebat daripada tanda zaaappp kau tu. he he he ....
Cikgu Aida,
Insya-Allah, apa yang penting kesediaan untuk melaksanakan dengan jayanya. Saya tak sempat calonkan cikgu untuk ke UK selama 2 minggu pada 14 Jun ni. Kriterianya dia nak Pengetua/GB yang ada inisiatif ICT dan boleh berkomunikasi dalam BI dengan baik kerana ada discussion dgn MOE UK bersama2 dgn KPPM dan pihak Microsoft. Lain kalilah.
laaa apasal kau tak calonkan aku jgk ke UK faris..BI aku ok jgk rasanya hehe tp kalau tak dpt jgk bagi UK Ulu Kelantan dah lah
Joni,
Kalau kau dicalonkan, kau punya speaking memang berhabuk habis. Kalah mat saleh UK tu smpi dia orang tak faham sebab kau punya speaking sangat advanced. Ha ha ha ha ..... Sorry Joni, gurau2 aje.
Tahniah faris! Selamat bertugas di tempat baru (baru ke?) Wlpun kesedihan pasti dirasai oleh warga sekolah yg ditinggalkan tp mungkin khidmat you lebih diperlukan di tempat baru. Semoga terus cemerlang dalam tugas.
(Ttg reunioun group Sel tu, sy dah bincang sikit2 dengan ta & aziz, kalau ada keputusan sy maklumkan.)
Salam Persahabatan buat mu Faris & rakan2.
Sedih jugak jika dikenang2kan akan kesempatan masa dan ruang semasa berada d SKKU......Tahniah & Syabas. Akhirnya tuan kembali jugak ke KPM tentu ada sesuatu yg sudah menunggu di situ. Selamat bertugas-selamat maju jaya di unit/bhg baru.
Jk ada kesesuaian sek-sek di mana rakan2 kita bertugas bolehlah tuan timbang2kan utk dipilih sebagai calon atau wakil KPM mahupun negara.....atau apa saje yg sesuai demi keperluan/objektif KPM.
Akhirnya bagi pihak subordinat tn, warga pendidik dan masyarakat sekitar sek tuan saya mohon ampun maaf di atas segala kesalahan. Tk atas jasa dan khidmat bakti yg dicurahkan. Terima kasih.........
Salam Faris. Rasanya saya tak mencapai kriteria yang dikehendaki untuk projek tu. Apapun tkasih kerana terkenangkan saya sebagai calon. Kalau dioffer pun mungkin saya tolak. Saya ni orang biasa-biasa je. Harap ada rezeki di lain kali.
salam....
selamat bertugas di tempat baru....
gambar2 nie hanya tinggal kenangan nanti...
entry nie ada sedikit menarik... ada bahagian ayat yg mencuit hati saya...
ape2 pun TAHNIAH... yg penting tak jauh dr rumah...he....
Ton,
Baru tetapi lama... Sebenarnya balik ke lubuk asal tetapi baru bertukar. Susah juga nak ditafsirkan ya...
Bagus juga kalau dah ada idea nak small reunion tu. Just confirmkan tarikh dan tempat. Insya-Allah, cuma jangan petang Jumaat dan hari Sabtu dahlah. Kalau Sabtu petang, ok selepas habis kuliah.
AMA,
Ramai juga ibu bapa yang terkilan terutama YDP PIBG. Mereka kata, prestasi akademik sekolah dah meningkat tetapi saya pula tukar. Saya cakap, mungkin orang baru akan dapat buat lebih baik daripada saya.
Kalau ada program2 tu, insya-Allah sekolah rakan2 tak akan dilupakan. Kita akan terus berhubungan sepanjang masa.
CG Aida,
Jadilah orang luar biasa kerana sebagai orang luar biasa kita akan sentiasa menjadi tumpuan. Saya percaya CG Aida boleh melaksanakan sesuatu inovasi dan kreativiti di sekolah.
Zaijb,
Terima kasih di atas komen. Ayat yang menarik tu ayat mana ya??? Inilah gambar2 yang tersemat dalam memori. Tempat baru yang lama.... Tak ada perubahan sejak keluar dari tempat itu pada tahun 2007. Cuma cabaran baru yang banyak menunggu.
Tahniah cikgu Faris ,sya tercari2 nak ke mana agaknya cikgu Faris yg banyak membantu kamai Kohot 5A&5B dlm semua urusan, smoga terus berkerjaya dgn cemerlang.
Pn.Hjh Halipah, SK Melati,Rompin Pahang.
salam faris,
tahniah.... walau di mana sekali pun yang penting amanah yang dipikul. kakpah yakin, faris tepat orangnya komunikasi berkesan, punya ilmu, amanah dan hebat. you are the right person. go for it..... di kpm tu ingat-ingatla kawan-kawan...
anyway tahniah sekali
Post a Comment