Hari minggu sebaik sahaja melawat anak aku yang bongsu di asrama sekolahnya sebelah petang, kami sekeluarga terus ke KL. Destinasi pertama ialah SOGO kerana ada sale. Hasrat dan tujuannya untuk membeli pakaian persiapan anak lelaki yang akan mendaftar di Asasi UIAM, Petaling Jaya pada 21 Mei 2010 ini. Destinasi kedua pula ialah ke Sg Wang Plaza kerana tiada yang memikat hati anak aku di SOGO, tambahan orang punyalah ramai. Remaja sekarang ni susah nak suruh dia pakai pakaian yang formal kerana dia ada citarasa tentang fesyen terkini yang ala2 formal juga. Melayan kerenah anak memang memenatkan bila umur dah meningkat ni. Hampir pukul 8 malam baru selesai dan sempat singgah solat maghrib di Petronas aje. Lepas tu singgah makan di masakan pantai timur iaitu Restoran Nasi Kerabu Kota Bharu. Hujung minggu tak selesai dan terpaksa disambung semula pada hujung minggu ini. Masih belum selesai.......
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
7 komen:
memang betul...anak muda sekarang dah kian cerewet memilih baju...baju pilihan emak bukan lagi baju kesukaan mereka...Nak masuk Universiti pun nak fikir baju yang ngam dengan mereka...
Begitulah anak muda sekarang CG Roslaini. Apa yang saya pilih, dia kata itu style orang tua dan formal. Agaknya dulu ibu bapa kita melayan kerenah kita begitu juga. Apa yang penting ialah kesungguhan untuk belajar.
Salam Faris. Saya tengok gambar U dan kawan-kawan MPIHK kat dalam entri yang lepas. Betul ke yang duduk hujung kiri tu Ahmad Nor Bakri? Muka macam sama...
Salam Cikgu Aida. Betul tu, yang duduk sebelah kiri. Room mate I juga. Sekarang dia di Bahagian Buku Teks, KPM. Rumah dia di Kepong.
Salam Faris. Rumah dia di Taman Greenwood, Gombak. Isteri dia GB jugak. Ada cerita dan gambar dia dalam entri saya : "Hari Terakhir En. Rosli". Tengok le.
CG Aida, ya ke. Kepong tu sekolah dia dulu. Saya silaplah.
Post a Comment