Aku dan Angah (suka sangat stylish dan identiti sendiri)
Ibu dan Angah (hasrat dan hajat seorang ibu terhadap anaknya)
Detik menunggu selesainya proses pendaftaran
Salam,
Seharian semalam aku menguruskan pendaftaran masuk Angah ke Asasi UIAM di PJ. Apabila melibatkan ramai orang, proses menunggu merupakan satu penyiksaan dan pembaziran masa berlaku. Apakan daya kerana sebagai manusia kita tidak pernah terfikir untuk mengatasi masalah ini setiap urusan baik pendaftaran dan juga kaunter. Disebabkan masalah menunggu sebenarnya yang menyebabkan rasuah berleluasa. Pernahkah sesiapa di agensi awam memikirkan perkara ini dengan serius?
Berbalik kepada Angah, ia bakal memulakan kehidupan kampus dan aku terpaksa berpesan banyak kepadanya kerana dia adalah jenis yang happy go lucky sikit dan mengambil semua perkara mudah. Mungkin kerana lelaki agaknya dan berbeza dengan Along yang boleh mengurus diri sendiri tanpa dipantau. Harapan aku semoga Angah akan terus dapat belajar dan aku sering mencabarnya untuk mendapatkan keputusan terbaik dengan menjadikan pencapaian diriku sebagai contoh terbaik buat seorang anak. Hanya doa dapat aku iringkan semoga dia berada di landasan yang betul dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
10 komen:
Semoga Angah akan menjadi pelajar cemerlang seperti ayahnya. Tahniah buat Angah
CG Aida, terima kasih. Harap2nya begitulah kerana anak lelaki ni nakalnya lain macam sikit.
faris
tahniah...semoga berjaya pada kau sekeluarga.....aku pun tengah kelam kabut ni...banyak menda nak urus...aku ke KL aku call kau nanti boleh citer panjang sikit..aku terpikir...apa kau nak kejor kat KPM tu ris...tapi mana mana kerja pun ok asalkan kita enjoy...kalau ada kosong meja sebelah kau tu beritaulah aku...dapat kerja sebelah kau...hehehehe
KK,
Kadangkala masa terlalu singkat untuk kita menyelesaikan semua perkara. Aku tak kejar apapun. Kalau nak kejar naik gred cepat, aku tunggu aje di sekolah. Aku suka kerja dengan melengkap dan melakukan sesuatu yang memberi impak tinggi. Aku rasa ada sesuatu yang perlu aku lakukan di KPM tu kerana didapati banyak yang menyimpang dan tersasar. Diharap kudrat dan usaha aku akan mengizinkan aku melakukan sesuatu perubahan. Tempat yang aku masuk pun tempat yang panas kerana dari KPP, PP (Kew), PP (Tadbir) dan CC semuanya telah ditukar keluar oleh TKPPM. Adakah aku akan menerima nasib yang sama???? Apa yang aku pelajari akan aku praktikkan. Lagi satu, diharap aku boleh menggunakan kedudukan aku tu untuk mendapatkan maklum balas soal selidik master aku dan mungkin juga PhD aku nanti. Tempoh masa aku tetapkan 5 tahun kerana aku akan cari ruang dan peluang hakiki DG44 di mana2 tempat yang ada kekosongan. Insya-Allah kalau ada meja, kerusi dan almari kosong aku beritahu. Kau orang kedua setelah Mahani Penang pun tempah juga. He he he he ..... pat pat nya KK. Kalau kau ke KL selepas 1 Jun, aku dah di KPM. Kalau sebelum tu, aku masih di sekolah.
tahniah buat kau sekeluarga faris.
aku ingatkan gambar jackie chan sekeluarga tengah iklan syampoo bawangnya. heeee.
laa mahani peneng pun nak pi kpm juga? beri tau dia sanggup ke dia renggang dgn abg brahim dia tu?
usop tempat aku disini banyak meja yg kosong....ko boleh mohon...lagi pun dekat dgn abang ko di AS tu.
zaaaaaaappppp sikit no......
Zorro,
TK byk2. Iklan syampoo tu tak jadi tayang sebab tak bayar royalti. he he he ...
Mahani pun tak nak jadi GB, poning kepala katanya. Dia kata dah bincang dgn hubby dia.
Kedai mamak pun byk meja kosong. Susah2 lepak kat kedai mamak aje Zorro.
tahniah faris utk anak.... dan jugak utk ko krn kembali semula ke kpm, jumpa ler makwe lama ko kat sana nt....
suka aku dengar ttg hajat ko utk membawa perubahn di kpm dan aku doakan ko akan berjaya cuma ko jgn nakal2 ye sbb ko kata anak lelaki kan nakal, tentu ler ikut bapaknya....hehe
Tahniah angah,
Tiada apa yang menggembirakan mak dan ayah melainkan kecemerlangan anak-anak kesayangan.
YBS,
TK. hajat dan hasrat cuba direalisasikan. Anak tu baik sikit, bapak dia yg lebih nakal. He he he ....
Hujung minggu ni aku balik Muor Cop. Nnti aku call kau.
Li,
TK. Itulah harapan seorang ibu dan bapa. Setakat ni alhamdulillah.
Post a Comment