Tuesday, May 18, 2010

Hijrah

Mulai hari ini secara rasminya aku telah mendaftar diri di tempat kerja yang baru (tempat kerja lama aku) walaupun kuatkuasa surat tersebut ialah pada 16 Mei 2010. Walau bagaimanapun aku mohon tangguh untuk bertugas sehingga 31 Mei 2010 sehingga semua tugas aku dalam pentadbiran, pengurusan, akademik, kewangan dan tugas2 acara rasmi di peringkat daerah selesai. Kepada rakan2 di peringkat daerah Hulu Langat, terima kasih di atas segala kerjasama dan komitmen sepanjang tempoh masa bersama selama 3 tahun 3 bulan.

17 komen:

selamat bertugas di tempat asal.kerusi kau dulu ke atau sikit atas hehehe. kepakaran kau sangat diperukan kat kementerian.

tahniah... satu berita gembira dan membanggakan..post itu memang layak untuk cikgu faris..dan mempunyai peluang utk apply apa yang dh di pelajari..good manager great leader..k..good luck.

Joni,
TQVM. Bukanlah pakar sangat, tapi hanya memenuhi impian dan harapan bos.

CG Rosnah,
Terima kasih. Gembira campur sedih. Terasa sedih juga meninggalkan sekolah dan guru2 yg telah memberikan komitmen sepanjang saya berada di sekolah. Apa yang diapply di sekolah akan terus diapply di sana nanti. Insya-Allah, buat sebaik mungkin kerana kepercayaan yang diberi amat tinggi.

tahniah..tahniah faris.

tak rugi ke tukar ke kem. mcm mana nanti dg 44. kena tunggu berapa tahun?

kalu tak rugi ko zaaaaapppppp aje.

bagus juga kump kita ada wakil di kem.apa2 masalah boleh la rujuk / minta tlg. boleh kan...boleh kan...

Zorro,
Rugi tu memang rugi. Tapi paling cepat 5 tahun untuk naik 44 secara hakiki. Bila ada master tu, ada peluang aku cabut ke IPGM atau IAB pulak bila cukup tempoh 5 tahun tu untuk dapatkan hakiki.
Jadi kau orang akan dapat DG 44 dulu pada aku. Bagi aku tak kisah cepat ke lambat, yang penting dimana khidmat aku diperlukan aku akan pergi dan kalau dah tak perlu, aku cabut aje ke mana yang ada peluang.

tak pe ko muda lagi. mana ada rugi, itu istilah duniawi shj. untung berlipat ganda diikhirat kalau kita ikhlas dlm apa jua pekerjaan.

kalau keipgm /iab boleh la guna kouta yg ada untuk buat phd pula. tu kan dah kira untung.

ko zaaaaaapppppp le apa aje yg hati ko rasa sedap.

ehhh...terlupa pula nak letak nana zorro. hehehheeee. zaaaaaapppppp..

tahniah faris, moga laluan ko kpd kerjaya yg lbh cemerlang akan menjadi lbh mudah....

cuma aku nak tanya cikgu2 di sekolah ko tu ramai yg bersedih ke ramai yg bersorak dgn pertukaran ko tu.....hehe

tabik kat ko.pentingkan perkhidmatan..kau taklah pakar sangat.tp kau rajin...tak macam ucop..pakar tp tak rajin hehehe

Zorro,
Sebab tu malas nak fikir sangat untung rugi. Kata orang rezeki tu ada dimana2 sahaja.

YBS,
Ramai yang bersorak kerana seronok. he he he ..... Hati orang mana aku tahu Cop.

Joni,
Rajin tu supaya nak jadikan rezeki tu halal. Kepakaran akan dapat bila kita lakukan kerja tu nanti.
Cakap kau yang Ucop tu pakar segala2nya, mungkin betul juga. Kena tanya Ucop sendiri ni.

salam. tahniah dan selamat bertugas di tempat baru. semoga terus berjaya dalam kerjaya akan datang.TQ

Aisyah,
TK byk2. Semoga doa tu dimakbulkan kepada diri saya. Amin. He he he....

Salam Faris. Selamat Bertugas di tempat baru. Kalau saya ada masalah berkaitan KPM, bolehlah minta tolong kat U ya. Congrats!

Salam CG Aida. TK atas ucapan. Insya-Allah, apa yang boleh dibantu akan saya bantu. Bila2 datang ke Putrajaya pun boleh singgah kecuali petang Jumaat. Cam biasalah, kelas start pukul 3 ptg. Nasib baik TKPPM (Dato Noorezan)dan Pengarah BPSH setuju dan beri pelepasan serta minta make sure keje ok.