KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEDAMAIAN PANTAI

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEHENINGAN MALAM

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

PUNGGUK RINDUKAN BULAN. Ha.. ha... ha....

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Wednesday, December 30, 2009

Selamat Tahun Baru 2010



Tahun 2009 hampir melabuhkan tirainya dan tahun 2010 hampir menjelang tiba. Kehadiran tahun baru setelah menyambut tahun baru Hijrah memberi iltizam untuk meningkatkan semangat juang dengan kental demi mencapai segala yang dicita2kan ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup diri dan keluarga.
Di kesempatan ini saya mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakan2 yang mengenali saya dengan harapan kehadiran tahun baru akan memberi azam baru untuk lebih berjaya.

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Thursday, December 24, 2009

Tak Mahir? Mahirkan Diri Anda Melalui Pengalaman dan Pembelajaran

Masalah profesionalisme adalah isu yang sering dikaitkan dengan guru-guru
permulaan. Isu-isu ini dilihat sebagai penghalang kepada hasrat untuk melahirkan
seorang guru yang berkesan dan berkualiti yang akhirnya dapat membentuk murid yang
cemerlang.

Abu Bakar Nordin (1994) telah menyenaraikan lapan bidang kelemahan guru
permulaan, seperti berikut:
  1. kurang mahir menguruskan aktiviti ko-kurikulum,
  2. kurang kemahiran menjalankan aktiviti sukan,
  3. tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah,
  4. kurang yakin mengawal disiplin bilik darjah,
  5. kurang pengalaman tentang masalah-masalah yang wujud di sekolah,
  6. kurang teori dan amalan latihan,
  7. tidak cukup kemahiran menggunakan pusat sumber, dan
  8. kurang kemahiran sosial.
Oleh itu sewajarnya sebagai pentadbir, pemimpin dan pengurus perlu melakukan sesuatu yang dapat membimbing dan membantu guru permulaan ini berada dalam organisasi supaya kelak mereka akan menjadi seorang guru yang begitu efisien, inovatif dan kreatif.

Tuesday, December 22, 2009

Mesyuarat Kurikulum Daerah

Minggu ini merupakan minggu yang menyesakkan nafas aku kerana aku langsung tidak berpeluang untuk berehat. Di antara atur cara aku minggu ini :

21 Dis 2009
8.00 pagi - Mesyuarat Guru
3.00 ptg hingga 11.00 malam - Kuliah ganti di UPSI
1.00 pagi - Sampai di rumah

22 Dis 2009
8.00 pagi - LADAP untuk guru2
3.00 petang hingga 11.00 malam - Kuliah ganti di UPSI
1.00 pagi - Sampai di rumah

23 Dis 2009
8.00 pagi - MESYUARAT KURIKULUM DAERAH (8 pg - 4.30 ptg.) Cabut balik awal
3.00 petang hingga 11.00 malam - Kuliah ganti di UPSI
1.00 pagi - Sampai di rumah

24 Dis 2009
8.00 pagi - Mesyuarat2 Panitia sekolah
* Aku nak ambil cuti rehat. Kepenatan.

Kepada rakan2 semua, jangan ikut macam aku buat.

Sunday, December 20, 2009

Mesyuarat Guru Pertama Sesi 2010



21 Disember 2010 adalah merupakan mesyuarat guru pertama yang diadakan bagi sesi 2010. Penetapan tugas, hala tuju dan penyelarasan akan dilakukan dalam mesyuarat ini. Kepada semua warga kerja sekolah yang ceria seperti dalam gambar adalah dijemput hadir ke mesyuarat tersebut pada jam 8.30 pagi.

Terima kasih.

Friday, December 18, 2009

Terkejar-kejar





Mulai esok aku akan menghadapi kuliah pertama semester kedua dan seterusnya kuliah ganti pada 21, 22 dan 23 Disember. Di samping itu aku sedang menyiapkan segala maklumat dan powerpoint bagi mesyuarat guru pertama pada 21 Dis, LADAP pada 21 dan 22 Dis, kuliah ganti pada 21, 22 dan 23 Dis (3 ptg - 11 mlm), Mesyuarat Kurikulum Daerah pula pada 23 Dis dan berlarutan sehingga sesi persekolahan bermula pada 4 Jan 2010. Adakah aku mampu menghadapinya? Insya-Allah, kerana itu adalah jalan dan laluan yang aku pilih.

Friday, December 11, 2009

Semester 2 Bermula

Kuliah akan bermula pada 14 Disember 2009 dan tamat pada 18 April 2010

JUMAAT

3.00 hingga 6.00 petang
PPP6023 - Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan
Kumpulan A - DR. KHUAN WAI BING
Kumpulan B - DR. JAMAL@NORDIN BIN YUNUS

8.00 hingga 11.00 malam
PPP6083 - Seminar Isu-isu Pendidikan
Kumpulan A : PROF. DR. OMAR BIN ABDULL KAREEM


SABTU
8.00 hingga 11.00 pagi
UKP6053 - Analisis Data dan Penafsiran
Kumpulan A : PROF. MADYA HARIRI KAMIS (ditawarkan untuk pelajar FPE saja)
Kumpulan B : DR. RAMLEE BIN ISMAIL (FPE)
Kumpulan E : DR. JAMAL@NORDIN BIN YUNUS (ditawarkan untuk pelajar FPE saja)

Sila pilih kumpulan yang sesuai dengan rakan2.


PINDAAN TARIKH KULIAH
(merujuk Memo UPSI/IPS 1/453 (88) bertarikh 9 Disember 2009)

18 Disember 2009 (Maal Hijrah) diganti pada 21 Disember 2009
01 Januari 2010 (Tahun Baru) diganti pada 22 Disember 2009
25 Februari 2010 (Maulidur Rasul) diganti pada 23 Disember 2009

Wednesday, December 9, 2009

Release Tension!!! Relax Seketika.... Berhibur

Monday, December 7, 2009

Mula Terasa Sibuk Walaupun Cuti Sekolah

Aku dah mula terasa sesak nafas dengan tugas2 yang terpaksa dibereskan. Pertamanya untuk persiapan kerja2 membaikpulih sekolah. Keduanya persiapan untuk mesyuarat guru dan LADAP. Ketiganya untuk agihan tugas guru2. Keempatnya sebagai pensyarah sambilan. Kelimanya aku dipertanggungjawabkan sebagai pengerusi program lawatan pelajar PhD universiti dari Thailand ke UPSI pada 25 Januari 2010 ini.
Tak tercapai tangan rasanya aku. Walau apapun itu adalah amanah dan tugas, kerja2 sukarela dan kerja2 tambahan yang terpaksa aku tempuhi dengan apa cara jua sekalipun. Tambahan kuliah akan bermula pertengahan bulan Disember ini. Insya-Allah, aku terpaksa melangkah dengan lebih pantas dan cepat. Untuk menjadi seorang yang berkebolehan bukanlah suatu tugas yang senang. Segala cabaran perlu dihadapi dengan tenang.
TK.

Saturday, December 5, 2009

Mentari Pagi Menyapa Cinta


Pagi yang indah ini…
saat mentari bersinar…
saat burung2 berkicau…
saat cuaca yang sangat cerah menyinari rumah kami…
rumah mungil tempat kami berteduh…
diterminal mimpi aku terbangun…
dalam sadar kulihat kekasih hatiku terlelap dalam tidurnya…
kubelai rambutnya yang lembut….
kubisikkan sebuah kata ditelinganya…
kukatakan aku sangat mencintainya…



Udara pagi menghentakan diri...
Saat jiwa terasingkan dari dunia nyata...
Tersadar termenung dimanakah jiwa ini...
Sudah kembalikah ke jasadnya atau masih di atas sana...

Tiba tak kira merasakan udara hangat di hati ini...
Saat cinta Nya merasuki jiwa...
Bergegasnya ambil air untuk sucikan hati dan jasad...
Dalam keheningan malam ditadahkan tangan ke langit...
Sujud sembah seorang pencinta merindukan belaian kasih sayang Sang pemberi cinta...
Dalam tadahan tangannya itu dibanjiri air suci...
Diiringi bisikan rindu bergemuruh...
Dialiri hati meringis betapa sangat cinta kepada Dia dan Yang telah dicinta...
Semoga dipertemukan dalam tali kesucian...
Benang keredhaan...
Jiwa keikhlasan...
Dalam kehidupan kelak...
Bersama Nya.. .
Amin ya robbal alamin.


Friday, December 4, 2009

PC Fair at KLCC

Aku mengambil peluang hari ini ke PC Fair bersama dengan anak2 aku. Sebaik selesai solat Jumaat iaitu sekitar lebih kurang pukul 2.15 petang kami pun bertolak. Aku terpaksa menempuhi kesesakan lalu lintas yang begitu teruk. Cuba pusing ke jalan alternatif yang lain pun begitu juga. Akhirnya pukul 4.00 petang baru sampai kerana biasanya sekitar 45 minit aje kalau paling lama pun dari rumah aku.
Di lokasi PC Fair tidaklah pulak terlalu ramai orang, mungkin kerana hari ini hari Jumaat. Biasanya aku pergi pada hari Sabtu yang menyebabkan sukar untuk berjalan di dalam PC Fair tu. Apa yang aku dapati sewaktu di PC Fair ini ni ialah kemunculan player atau alat pemain bagi data2 video, audio, image dan lain-lain yang boleh diakses dari pen drive atau portable hard disk. Hasilnya boleh dimainkan di televisyen atau monitor komputer. Pelbagai jenama dan fungsi dijual dengan pelbagai harga. Itu saja teknologi baru yang dapat aku perhatikan. Selebihnya ialah perlumbaan pengendali internet dari pelbagai penyedia perkhidmatan internet termasuk yang 'potong' dengan kehadiran terlalu ramai promoter.
Kepada rakan2 semua, bolehlah pergi ke PC Fair di tempat berhampiran yang ada. TK.

Vista Installation

Semalaman buat installation Vista di laptop anak kerana akan dibawa balik ke UIAM hujung minggu ini. So, everything about her computer must be in good performance. Kalau tak naya kena pergi semula ke Kuantan bagi menguruskan laptopnya. So far nampak semuanya dah stabil dan dalam tempoh sehari dua ni hanya nak make sure in good running condition. Thanks.

Tuesday, December 1, 2009

Part Time Lecturer

Research Training Programme dah nak habis esok. Kelam kabut juga kerana masa terluang terpaksa digunakan untuk menyediakan slaid presentation untuk bagi lecture pertama dalam cuti sekolah ini pada hari Khamis (3 Dis) dan dijangka tamat pada 17 Dis. Ada empat topik yang perlu disiapkan manakala aspek penilaian pula masih tak siap soalannya. Tak rasa peluang berehat sewaktu cuti sekolah ni.
Kali ini tajuk yang diberikan adalah tentang pembinaan negara yang merupakan aspek pemupukan patriotisme, jati diri, sejarah, penjajahan, perpaduan, integrasi dan segala yang berkaitan pembinaan diri.
Apa yang penting adalah apa yang dapat aku sumbangkan ke arah pembentukan guru-guru baru yang akan memasuki sistem.

Sunday, November 29, 2009

Research Training Programme

Esok aku akan menghadiri program latihan penyelidikan yang dianjurkan oleh UPSI selama 3 hari bagi pelajar Master dan PhD. Walaupun paper ini telah aku ambil di semester 1, namun aku rasa perlu lebih mendalaminya walaupun keutamaan adalah bagi mereka yang mengambil mod B iaitu kuliah dan tesis ataupun mod C iaitu tesis sepenuhnya dan juga mereka yang mengambil PhD. Pendek kata ilmu jangan ditolak kerana cita2 dan impian aku lebih dari itu. Aku harap dapat menimba ilmu yang lebih bermanfaat dalam program latihan ini.

DATE & DAY

TIME

MODULE

PRESENTER

30 November 2009 (Monday)

8.30 am – 10.30 am

Planning, Managing, Completing a Ph.D/ Master Research And Working With Supervisor

Prof. Dr. Abdul Jumaat b. Mahajar

10.30 am – 11.00 am

Break

11.00 am – 1.00 pm

Identify Research Topic and Research Gap

Dr. Nek Kamal b. Yeop Yunus

1.00 pm – 2.30 pm

Break

2.30 pm – 4.30 pm

Introduction to Quantitative Research

Dr. Mohd Yahya b. Mohd Hussin

1 December 2009 (Tuesday)

8.30 am – 10.30 am

Introduction to Qualitative Research

Dr. Khuan Wai Bing

10.30 am – 11.00 am

Break

11.00 am – 1.00 pm

Carrying Out Literature Review

Dr. Kamisan b. Gadar

1.00 pm – 2.30 pm

Break

2.30 pm – 4.30 pm

Questionnaire Design

Prof. Madya Dr. Hamidah bt Yusof

2 December 2009 (Wednesday)

8.30 am – 1.00 pm

Modeling and Analyzing Data Using SPSS

Prof. Madya Hariri b. Kamis

1.00 pm – 2.30 pm

Break

2.30 pm – 4.30 pm

Proposal Writing/ Thesis Writing

Dr. Marinah bt Awang


Saturday, November 28, 2009

Adakah Malaysia Kini Dalam Keadaan Aman????

Aku sekeluarga terpaksa memendekkan cuti Hari Raya Aidil Adha dan pulang dengan segera pagi tadi ke Kajang. Ini disebabkan aku mendapat panggilan telefon bahawa pejabat sekolah aku telah dipecah dan dirompak. Difahamkan bahawa pengawal keselamatan telah dipukul dan diikat pada jam 3.30 pagi serta mengalami kecederaan. Bersama-samanya adalah pengawal keselamatan dari sekolah menengah bersebelahan yang dibawa ke sekolah aku. Bilik aku, bilik penolong kanan dan setiap laci dan kabinet pejabat telah dipecahkan.
Setelah diteliti, sebuah laptop Apple telah diambil dari bilik aku dan peti besi telah dipecahkan dimana sebahagian wang tunai yang tersimpan didalamnya telah diambil. Amaunnya agak lumayan juga. Menurut pengawal keselamatan seramai 5 orang (India) telah melakukan rompakan tersebut. Botol air minuman dan meja aku dibasahi oleh air minuman tersebut kerana pastinya mereka berseronok ketika melakukan rompakan.
Buat rakan2 sekalian, berhati2lah kerana sewaktu cuti sekolah kegiatan rompakan ini mungkin berleluasa. Nasib baik makmal komputer sekolah tidak dipecah kerana aku rasa perompak itu berpuashati dengan hasil wang tunai dalam peti besi tu. Di antara beberapa gambar yang sempat aku ambil sebaik sahaja tiba dari kampung jam 1.00 petang.


Gunting yang digunakan (masih baru dibeli kerana tanda harga masih ada)


Keadaan dalam bilik aku yang telah digeledah


Peti besi yang telah dikeluarkan, ditebuk dari bahagian belakang.

Dalam menghadapi situasi ini, timbul beberapa persoalan dalam fikiran aku yang tak perlu aku nyatakan yang mungkin boleh difikirkan bersama.
Terima kasih.

Wednesday, November 25, 2009

Kejayaan Bermula Dengan Kegagalan

"Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat."
~ Joseph Conrad

Tidak terlewat jika kita berjaya di peringkat usia yang lanjut kerana selagi masih bernyawa, usaha perlu diteruskan, semangat juang perlu ditingkatkan dan jangan sekali-kali kenal erti putus asa atau mengalah terlalu awal.
Alasan usia telah lanjut atau masalah kewangan atau masalah kesihatan dan lain-lain lagi bukanlah suatu alasan yang kuat kerana ia lebih merupakan satu pelarian dari kenyataan.

Buat rakan-rakanku, teruskan semangat juang. Bangkitkan rasa ingin terus bersaing.

Buat diriku, selagi ada kudrat dan selagi ada kemampuan, segala perjuangan akan tetap diteruskan.

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya."

Tuesday, November 24, 2009

Hari Kualiti Sekolah


Bersama YDP PIBG (tengah)


Murid-murid Prasekolah mempersembahkan persembahan mereka

Hari Kualii Sekolah adalah bertujuan mengiktiraf murid2 sekolah yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik. Mereka ini dihargai dan dimotivasi agar terus mengekalkan kecemerlangan mereka di masa-masa akan datang. Kepada murid-muridku yang cemerlang, tahniah diucapkan dan kekalkan kecemerlangan anda. Kepada guru-guruku yang telah melaksana dan menjayakan hari kualiti ini, terima kasih kerana telah berjaya melaksanakan tugas dengan jayanya. Berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. TAHNIAH SEMUA kerana pada hari yang sama, keputusan UPSR diumumkan dan telah menunjukkan peningkatan.

Selamat Hari Raya Aidil Adha



Salam,
Aku akan menamatkan kursus ini pada hari esok dan akan pulang ke rumah dan seterusnya ke kampung halaman untuk menyambut hari raya. Pulang berhari raya pun tidaklah lama kerana anak sedang menghadapi peperiksaan SPM. Perjalanan pasti meletihkan dan memenuhi permintaan ibu bapa, terpaksalah pulang juga ke kampung halaman.
Next week pula perlu menghadiri seminar penyelidikan di UPSI dari 30 Nov hingga 2 Dis. Selepas itu jadual aku dipenuhi pula dengan pensyarah sambilan di IPG Islam sepanjang bulan Disember. Di kesempatan ini aku mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakan2 walau di mana saja berada.

Ibadah Korban

Dalam kita semua melakukan ibadah korban, falsafah utama disebaliknya perlu dihayati. Perkara utama disebalik ibadah ini ialah ia adalah manifestasi taqwa kepada Allah SWT. Rugilah jika kita melakukan korban kerana sudah menjadi adat sebagai orang yang mampu berkorban, menunjuk-nunjuk atau apa sahaja alasan yang lain daripada kerana mendapat keredhaan Allah Taala. Allah Taala menjelaskan tentang taqwalah yang menjadi tuntutanNya dalam pelaksanaan ibadah ini. Firman Allah dalam Surah al-Hajj, Ayat 36-37 yang bermaksud

Dan Kami jadikan unta sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya ketika terikat; maka apabila ia tumbang, makanlah sebahagian daripadanya, dan beri makanlah kepada orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu supaya kamu bersyukur.

Daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagimu supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya kepadamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang berusaha supaya baik amalnya.


Selamat menjalani ibadah Korban.

Sunday, November 22, 2009

Kursus PATSKOM di IAB Genting Highlands



Hari ini aku mula mendaftar kursus PATSKOM bagi negeri Selangor yang diadakan di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Kali terakhir aku ke IAB ialah pada Nov tahun lepas. Nampaknya aku menyusuri kembali jejak lama sewaktu di IAB. Adakah akan terjumpa dengan rakan2 lama? Mungkin agak mustahil kerana ianya untuk negeri Selangor dan kemungkinan jumpa pun hanyalah mereka yang bertugas di Selangor.
Aku berharap ada sesuatu yang baru dapat aku pelajari sewaktu berkursus dan dibawa kembali untuk dipraktikkan.
Terima kasih.

Thursday, November 19, 2009

Keputusan UPSR 2009

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t di atas kurniaannya kerana kejayaan murid-murid ku di dalam peperiksaan UPSR 2009. Peningkatan telah berlaku bagi murid yang dapat 5A dan peratus lulus keseluruhan. Tidak lupa terima kasih kepada semua guru-guru sekolah aku yang telah bertungkus lumus mengajar, mendidik dan membimbing mereka dan terutamanya guru-guru Tahun 6.
Berikut adalah keputusan UPSR sekolah aku untuk dikongsi bersama.

Bilangan 5A
2007 - 12 orang
2008 - 37 orang
2009 - 40 orang

Peratus Lulus
2007 - 73.2
2008 - 85.15
2009 - 86.83

Peratus Mata Pelajaran
BM Penulisan - 96.1%
BM Pemahaman - 97.1%
BI - 95.1%
Matematik - 94.6%
Sains - 91.2%

Semoga sekolah2 rakan juga menunjukkan peningkatan keputusan terutama Guru Besar Cemerlang supaya menjadi contoh dan teladan serta boleh dijadikan benchmark. Terima kasih.

Monday, November 16, 2009

Housekeeping Concept in Management

Housekeeping or Housecleaning is the systematic process of making a home neat and clean in approximately that order. This maybe applied more broadly that just an individual home, or as a metaphor for a similar "clean up" process applied elsewhere such as a procedural reform. It can also be called household management, which is the act of overseeing the organizational, financial, day-to-day operations of a house or estate, and the managing of other domestic concerns.

In the process of housekeeping general cleaning activities are completed, such as disposing of rubbish, storing of belongings in regular places, cleaning dirty surfaces, dusting and vacuuming. It is also the care and control of property, ensuring its maintenance and proper use and appearance,. In a hotel housekeeping is a term for the cleaning personnel.[1]

Some housekeeping is housecleaning and some housekeeping is home chores. Home chores are housework that needs to be done at regular intervals,[2] Housekeeping includes the budget and control of expenditures, preparing meals and buying food, paying the heat bill, and cleaning the house.[3] Outdoor housecleaning chores include removing leaves from rain gutters, washing windows, sweeping doormats, cleaning the pool, putting away lawn furniture, and taking out the trash.[4]

Tools include the vacuum cleaner, broom and mop. Supplies such as cleaning solutions and sponges are sold in grocery stores and elsewhere. Professional cleaners can be hired for less frequent or specialist tasks such as cleaning blinds, rugs, and sofas. Professional services are also offered for the basic tasks. Safety is a consideration because some cleaning products are toxic and some cleaning tasks are physically demanding. Green cleaning refers to cleaning without causing pollution. The history of housecleaning has links to the advancement of technology.


Apa yang ingin dibincangkan di sini betapa perlunya proses ini kita lakukan dalam pengurusan organisasi kita. Tambahan pula apabila tiba penghujung tahun dan banyak perkara perlu diselesai dan diuruskan agar lebih efisien dan memberi impak baru kepada subordinat. Petikan di atas yang menjelaskan konsep pembersihan dan pengemasan di rumah, jika diadaptasi dalam konsep pengurusan maka ianya amat berguna dalam pengurusan harian. Mungkin tuan2/puan2 boleh fikirkan konsep ini dalam urusan seharian.
Terima kasih.

Sunday, November 15, 2009

Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6 Sesi 2010 (Majlis Temu Mesra)

Aku mengorak langkah lebih awal seperti tahun lepas. Pertemuan dengan ibu bapa tahun 5 atau tahun 6 bagi sesi 2010 mendapat sambutan hebat dari ibu bapa dengan kehadiran mencecah hampir 90%. Ini menunjukkan komitmen mereka untuk memastikan anak2 mereka terus berjaya.
Aku mulakan dengan motivasi keibubapaan dengan mengundang Prof Dato' Dr Hajah Zamilah Hj Husain yang bercakap tentang peranan ibu bapa muslim dan perubatan dalam Islam yang boleh membantu diri sendiri dan anak2 serta pentingnya pemakanan yang halal dan sempurna.
Perbincangan tentang program2 yang akan dijalankan telah diperbincangkan dengan begitu jelas berserta dengan anggaran bayaran yang perlu dikeluarkan oleh ibu bapa kerana ini akan digunakan bagi mendapat kelulusan dalam mesyuarat agong PIBG pada awal Februari lagi. Harapannya bila dah ada persetujuan, program seawal Januari boleh dilaksanakan seberapa segera.
Akhirnya mereka diberi keputusan peperiksaan akhir tahun anak2 mereka dan boleh bertanya tentang pencapaian akhir tahun anak mereka dengan guru-guru terlibat. Aku mengucapkan terima kasih kepada guru-guru aku yang sebahagian mereka tidak berehat pada minggu ini disebabkan program ini dan semalam pula menghadiri mesyuarat guru akhir tahun. Apa yang penting TOGETHER, WE CAN DO IT.
Terima kasih.

Friday, November 13, 2009

Kualiti

Secara ringkasnya, kualiti menurut pentakrifan konvensional ialah sesuatu yang dipandang baik. Ukuran baik tersebut pula dilihat dari sudut kebolehniagaan. Ini bermakna sesuatu produk itu dikatakan berkualiti apabila ia ada nilai-nilai komersil, sesuai dengan kemahuan pelanggan, kompetitif dan tidak mempunyai sebarang cela sehingga ia dapat diniagakan dan mendatangkan keuntungan kepada pihak yang menghasilkannya. Begitu juga dalam penawaran perkhidmatan. Perkhidmatan yang berkualiti bermaksud mendengar, memberi respons dan melakukan sebarang bentuk usaha untuk memenuhi kehendak pelanggan sehinggalah pelanggan benar-benar berpuas hati. Tujuannya juga masih sama iaitu memperolehi keuntungan menerusi kepuasan pelanggan. Manakala pekerja yang berkualiti pula dikaitkan dengan tingkat produktiviti yang tinggi sehingga dapat membantu meningkatkan pendapatan dan keuntungan yang menjadi matlamat institusi dan syarikat. Persoalannya, apakah pengukuran kualiti sedemikian benar-benar mencukupi untuk menjadikan sesuatu produk, perkhidmatan bahkan kakitangan sebagai yang terbaik, cemerlang dan unggul.

14 prinsip pengurusan kualiti menurut Deming

1. Mewujudkan azam ke arah penambahbaikan produk dan perkhidmatan
2. Menghayati falsafah baru demi mewujudkan perubahan
3. Memberi tumpuan terhadap incoming-process dan bukannya end-process
4. Mencapai kualiti menerusi hubungan dua hala dengan pembekal
5. Meningkatkan usaha-usaha penambahbaikan proses dalam setiap aktiviti
6. Mengadakan kaedah latihan moden untuk melahirkan kakitangan yang terlatih dan berkemahiran
7. Mengadakan kaedah penyeliaan dengan cara moden untuk mengajar dan melatih pekerja
8. Memberi galakan kepada pekerja supaya berinovatif dan produktif
9. Mengatasi halangan komunikasi di antara jabatan
10. Memansuhkan matlamat berangka untuk tenaga kerja
11. Menghapuskan piawai kerja dan kuota
12. Mengalihkan rintangan yang menghalang pekerja bekerja mengikut masa
13. Mewujudkan program pendidikan dan latihan untuk pekerja secara berterusan
14. Mencipta struktur pengurusan atasan yang berupaya merealisasi kesemua 13 prinsip di atas di dalam organisasi

Thursday, November 12, 2009

Hari Kanak-Kanak

Sejak 14 Disember 1954, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNESCO memerhatikan 20 November sebagai Hari Kanak-kanak Sedunia "demi diperhatikan sebagai suatu hari untuk persaudaraan seluruh dunia dan saling faham-memahami di antara kanak-kanak. Adalah dicadangkan bahawa hari itu juga diperhatikan sebagai suatu hari untuk kegiatan yang tertumpu kepada mempertingkatkan ideal dan objektif untuk Piagam dan kebajikan untuk kanak-kanak seluruh dunia."

Sekolah aku akan mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak di peringkat sekolah pada 13 November 2009 (Jumaat) bagi meraikan kanak-kanak iaitu murid-murid sekolah. Selamat Hari Kanak-Kanak diucapkan kepada semua murid di sekolah aku.

Tuesday, November 10, 2009

Murid Tahun Enam lemas jatuh lombong

10/11/2009 5:10pm

KUALA LUMPUR 10 Nov. — Keseronokan 12 murid yang menunggu keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermain di kawasan lombong tinggal di Bandar Teknologi Kajang Utama, dekat sini, petang semalam, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemui lemas hari ini.

Muhammad Abdul Rauf Mohd Riduan, 12, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Kajang Utama bersama 11 lagi rakan sebayanya pergi ke lombong berkenaan yang jaraknya hanya satu kilometer dari jalan utama pada kira-kira 3 petang.

Ketika mereka leka bermain tiba-tiba mangsa tergelincir ke dalam lombong berkenaan sebelum seorang rakan cuba membantu namun gagal.

Akibat ketakutan dengan kejadian itu kesemua rakan mangsa terus pulang ke rumah tanpa memberitahu keluarga mengenai kejadian itu sehingga bapa mangsa, Mohd Riduan Md Top, 37, mencari anaknya di rumah rakan-rakan anaknya itu selepas dia tidak pulang ke rumah.

Mohd Riduan berkata kawan-kawan mangsa enggan menceritakan perkara sebenar namun setelah didesak keluarga, seorang daripada mereka memberitahu mangsa terjatuh ke dalam lombong berdekatan. - Bernama

Sunday, November 8, 2009

Benarkah Kolesterol Punca Penyakit Jantung???

Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.

Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung.

Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi.

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.

Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.

Rujukan :
Buku "What Your Doctor Doesn't Know About Nutritional Medicine May Be Killing You (Apa Yang Doktor Anda Tidak Ketahui Mengenai Ubat Pemakanan Mungkin Membunuh Anda)" karangan Dr. Ray Strand, seorang doktor perubatan.

Thursday, November 5, 2009

Makanan Halal

Sebaik sahaja selesai sarapan pagi, aku menonton TV sementara menunggu mesyuarat yang akan bermula pada pukul 8.30 pagi dan terdengar ruangan agama di TV9 yang membicarakan tentang kepentingan makanan halal dalam kehidupan kita sebagai seorang Islam.

Firman Allah :
" Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik (al-maaidah: 88)

Rasullullah bersabda :
" Yang halal adalah jelas dan yang haram adalah jelas, tetapi diantara keduanya terdapat juga perkara yang belum jelas (syubhah) dan lebih baik dijauhi (Riwayat: Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan firman Allah dan sabda Rasullullah jelas menunjukkan bahawa kepentingan makanan halal kepada orang islam. Perkara yang syubhah (ragu-ragu) haruslah dijauhi.

Beberapa petikan dari blog yang aku lawati turut memperkatakan tentang makanan halal ini.
“Hai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” (QS Al Baqarah: 168)

Allah swt, Yang Memiliki apa-apa yang ada di langit dan di bumi, telah menciptakan makanan-makanan bagi manusia dan telah memisahkan yang halal dan haram daripada makanan-makanan tersebut. Dia-lah yang telah menentukan apa yang baik dan yang buruk bagi manusia. Dalam sebuah hadits, Rasulullah saw pernah bersabda,

“Yang halal itu sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas; dan di antara keduanya ada hal-hal yang musytabihat (syubhat, samar-samar, tidak jelas halal haramnya), kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barangsiapa hati-hati dari perkara syubhat, sungguh ia telah menyelamatkan agama dan harga dirinya.” (HR Muslim)

Antara isi-isi penting dari pendengaran aku ialah :
1. Kepentingan makanan halal yang membentuk jiwa dan minda kita serta anak2.
2. Kepentingan mengetahui asal usul bahan mentah untuk dimakan sama ada dibeli sendiri atau disediakan oleh pembekal makanan.
3. Kepentingan menyediakan makanan halal dari rezeki yang halal.
Terdapat pelbagai lagi yang dibicarakan dan diharap dengan sedikit perkongsian ini akan memberi manfaat kepada diri aku dan rakan2 pembaca.

Terima kasih.

Tuesday, November 3, 2009

Kursus Pemantapan Profesionalisme Guru Besar

Mulai esok sehingga 6 November 2009, semua GB daerah Hulu Langat diWAJIBkan hadir ke kursus tersebut dengan membawa sekali cop jawatan masing2 yang akan diadakan di Hotel Hillcity, Ipoh, Perak. Nampaknya bekkampunglah pulak di Ipoh selama 3 hari.
Disamping itu, surat2 kursus bertalu2 untuk guru2 di sekolah yang perlu mereka hadir baik di hotel sekitar KL, Port Dickson, Melaka dan Pangkor. Nampaknya itu dah gaya nak menghabiskan budget kerana kursus2 dilakukan disaat2 akhir sedangkan di akhir tahun iniilah banyak urusan sekolah perlu diselesaikan bermula dengan peperiksaan, pemeriksaan kertas peperiksaan, mesyuarat panitia, mesyuarat guru, mesyuarat akhir tahun, hari kanak2, hari kualiti dan pelbagai acara dan program yang perlu diselesaikan.
Persoalannya kenapa di akhir tahun???? Adakah ini dinamakan Perancangan Strategik??? Inilah yang dilaung2kan dan disuruh buat oleh PPD bila semua Penolong Kanan dipanggil untuk kursus perancangan strategik. Di mana letak strategiknya? indah khabar dari rupa?? Inikah teori2 pengurusan yang dipelajari??? Atau adakah mereka tak tahu teori pengurusan dan sekadar pandai berkata2? Oleh itu tidak mustahil pengurusan oleh warga pendidik seringkali diperlekeh dan diperkecilkan oleh golongan2 profesional lain. Bila bersuara, dikatakan pembangkang dan tidak menurut perintah. Sampai bila persoalan2 ini dapat dijawab.......???

Monday, November 2, 2009

Koleksi Gambar Hari Keluarga




Friday, October 30, 2009

Hari Keluarga - 31 Oktober hingga 1 November 2009

Tanggal 31 Oktober 2009 hingga 1 November 2009 merupakan Hari Keluarga sekolah aku yang akan diadakan di Hotel Corus Paradise, Port Dickson. Kata orang hari keluarga sekadar untuk suka2. Ada orang kata juga hari keluarga buat menghabiskan duit aje. Dan ada juga orang kata hari keluarga hanya untuk glamour.

Adakah kita memikirkan matlamat dan objektif di sebaliknya? Apa yang dihasratkan oleh teori organisasi? Jika dipandang dari aspek untuk keseronokan, memang ia akan menyeronokkan tetapi apa yang lebih penting ialah dari aspek pembangunan organisasi. Melalui hari keluarga inilah semangat setiakawan, sepasukan, kerjasama, mengeratkan ukhuwah dan hubungan intim dalam aspek urusan kerja dapat diwujudkan. Bagi mereka yang mempunyai pemikiran positif, sudah pasti ini merupakan platform utama untuk berinteraksi dan menghakiskan perasaan syak wasyangka serta boleh saling mengenali dengan ahli keluarga yang lain supaya wujud rasa kepercayaan dalam membangun dan memajukan organisasi. Jika ada diantara ahli yang berfikiran negatif, maka selama2nya mereka yang terus menyendiri kerana mereka sendiri yang mengasingkan diri mereka dan tidak berusaha untuk memasuki kumpulan.

Kepada semua warga sekolah yang terlibat, semoga menghadirkan diri dan menjalani segala aktiviti yang diatur. Bergembiralah dan lupakan seketika beban kerja yang sentiasa tak akan putus dalam kerjaya kita. SELAMAT HARI KELUARGA.

Wednesday, October 28, 2009

Panduan Cara Ubah Template Blog

Salam rakan2,
Sejak kebelakangan ini terdapat banyak permintaan supaya diberitahu dan diajar cara untuk mengubah template blog. Atas rasa semangat setiakawan dan inginkan rakan2 dapat ilmu pengetahuan, saya telah meluangkan masa untuk menggubal panduan tersebut dan diharap rakan2 dapat memanfaatkannya. Jika tak boleh juga, sila emailkan kepada saya atau komen dalam entri blog ini.

Sila klik di bawah untuk download. Pastikan juga rakan2 mempunyai perisian Adobe Reader.

Panduan Cara Nak Ubah Template Blog

Selamat Mencuba. Terima kasih.

Tuesday, October 27, 2009

Tukar Template Lagi......



Aku masih lagi tercari-cari template yang bagus, menarik dan efektif. Oleh itu aku sering membuat penukaran template dari masa ke semasa. Apa yang penting aku nak juga rakan aku si Ucop turut sama selari dengan perkembangan aku. Takkan nak duduk di takuk lama aje. Oleh kerana si Ucop ni dah iktiraf aku sebagai Sifu dia, kenalah dia bergerak ke arah pergerakan yang sama dengan aku. Ucop, setakat tukar warna aje buat apa. He he he... Ko datang KL nanti, jumpa aku.

Sunday, October 25, 2009

Selesai Tanggungjawab

Salam,
Sabtu telah membawa aku ke Kuantan bagi menyelesaikan tanggungjawab bagi menyiapkan borang permohonan biasiswa JPA anak aku. Aku mengambil kesempatan untuk bertolak pada sebelah pagi dan pulang sebelah petang dengan menaiki bas sahaja. Ini disebabkan kepenatan untuk memandu dan rasanya sudah lama aku tidak menaiki bas.
Kemudahan pengangkutan awam iaitu bas ini memang selesa pada ketika ini. Aku ke Kuantan dengan menaiki Transnasional dan pulang dengan menaiki Sani Ekspress. Sewaktu perjalanan pulang bas yang aku naiki adalah bertaraf eksekutif. Fulamak, selesanya mengalahkan naik kapal terbang iaitu dengan tempat duduk yang lebih empuk, ruang kaki yang lebih luas, dua tingkat dan pelbagai lagi.

Satu dapatan pemerhatian yang aku peroleh pada hari Sabtu ialah sikap pemandu bas yang berdisiplin dan memandu dengan mematuhi had laju kerana syarikat bas ini memang terkenal. Biasanya syarikat bas yang tidak terkenal menggaji pemandu yang tidak berdisiplin. Pengajarannya ialah apabila kita hendak menggunakan bas, pilihlah syarikat yang telah ternama dan tidak didengari kemalangan melibatkan syarikat bas tersebut.

Terima kasih kepada sahabat2 ku yang sudi menyambut aku di Kuantan yang bermula dengan Saupi, walaupun sibuk dan nak bertolak ke Terengganu tetapi masih sempat membantu aku. Terima kasih juga kepada Khalid iaitu sahabat aku ketika sama2 di JPN Pahang dulu yang menyambut aku selepas Saupi. Tidak lupa juga kepada rakan sekolah aku dulu saudara Razali yang sudi menjadi saksi dan akan berangkat ke Tanah Suci pada 18 November ini.

Alhamdulillah kerana semakin banyak tanggungjawab, Allah s.w.t telah mempermudahkannya. Amin.

Wednesday, October 21, 2009

Etika Berbicara

MENGINGATKAN DIRI SENDIRI

Hendaknya pembicaraan selalu di dalam kebaikan. Allah Subhaanahu wa Ta’ala berfirman yang ertinya:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali bisik-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat ma`ruf, atau mengadakan perdamaian diantara manusia”. (An-Nisa: 114).

Hendaknya pembicaran dengan suara yang dapat didengar, tidak terlalu keras dan tidak pula terlalu rendah, ungkapannya jelas dapat difahami oleh semua orang dan tidak dibuat-buat atau dipaksa-paksakan.

Jangan membicarakan sesuatu yang tidak berguna bagimu. Hadis Rasululloh Shallallaahu ‘alaihi wa sallam menyatakan: “Termasuk kebaikan islamnya seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna”. (HR. Ahmad dan Ibnu Majah).

Janganlah kamu membicarakan semua apa yang kamu dengar. Abu Hurairah Radhiallaahu ‘anhu di dalam hadisnya menuturkan : Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda: “Cukuplah menjadi suatu dosa bagi seseorang iaitu apabila ia membicarakan semua apa yang telah ia dengar”.(HR. Muslim)

Menghindari perdebatan dan saling membantah, sekalipun kamu berada di pihak yang benar dan menjauhi perkataan dusta sekalipun bergurau. Rasululloh Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Aku adalah penjamin sebuah istana di taman syurga bagi siapa saja yang menghindari pertikaian (perdebatan) sekalipun ia benar; dan (penjamin) istana di tengah-tengah syurga bagi siapa saja yang meninggalkan dusta sekalipun bergurau”. (HR. Abu Daud dan dinilai hasan oleh Al-Albani).

Tenang dalam berbicara dan tidak tergesa-gesa. Aisyah Radhiallaahu ‘anha. telah menuturkan: “Sesungguhnya Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam apabila membicarakan suatu pembicaraan, sekiranya ada orang yang menghitungnya, nescaya ia dapat menghitungnya”. (Mutta-faq’alaih).

Menghindari perkataan keji. Rasululloh Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Seorang mu’min itu pencela atau pengutuk atau keji pembicaraannya”. (HR. Al-Bukhari di dalam Al-Adab Mufrad, dan dishahihkan oleh Al-Albani).

Menghindari sikap memaksakan diri dan banyak bicara di dalam berbicara. Di dalam hadis Jabir Radhiallaahu ‘anhu disebutkan: “Dan sesungguhnya manusia yang paling aku benci dan yang paling jauh dariku di hari Kiamat kelak adalah orang yang banyak bicara, orang yang berpura-pura fasih dan orang-orang yang mutafaihiqun”. Para shahabat bertanya: Wahai Rasulllah, apa arti mutafaihiqun? Nabi menjawab: “Orang-orang yang sombong”. (HR. At-Turmudzi, dinilai hasan oleh Al-Albani).

Menghindari perbuatan menggunjing (ghibah) dan mengadu domba. Allah Subhaanahu wa Ta’ala berfirman yang artinya: “Dan janganlah sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain”.(Al-Hujurat: 12).

Mendengarkan pembicaraan orang lain dengan baik dan tidak memotongnya, juga tidak menampakkan bahawa kamu mengetahui apa yang dibicarakannya, tidak menganggap rendah pendapatnya atau mendustakannya.

Jangan memonopoli dalam berbicara, tetapi berikanlah kesempatan kepada orang lain untuk berbicara.

Menghindari perkataan kasar, keras dan ucapan yang menyakitkan perasaan dan tidak mencari-cari kesalahan pembicaraan orang lain dan kekeliruannya, kerana hal tersebut dapat mengundang kebencian, permusuhan dan pertentangan.

Menghindari sikap mengejek, memperolok-olok dan memandang rendah orang yang berbicara. Alloh Subhaanahu wa Ta’ala berfirman yang artinya:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan), dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan). (Al-Hujurat: 11).

(Sumber: Kitab “Etika Kehidupan Muslim Sehari-hari” By : Al-Qismu Al-Ilmi-Dar Al-Wathan)

Dipetik dari http://etikaislam.wordpress.com/2007/07/15/etika-berbicara/#more-11

Tuesday, October 20, 2009

Album Hujung Minggu

Hari Ahad merupakan hari terbuka hari raya rumah adik aku di kampungku. Memang agak ramai tetamu jemputannya sehingga melebihi 500 orang dan dah jadi macam kenduri kahwin pulak. Beberapa tetamu jemputan aku turut hadir dan diantaranya ialah saudara Yusof dan Ismail.

Cikgu Yusof, Aku dan Cikgu Ismail

Sudah menjadi kebiasaan dan rutin apabila aku balik ke Kuantan tempat makan yang dituju adalah medan ikan bakar di Tanjung Lumpur dan lokasinya ialah Kedai Ana Ikan Bakar Petai. Namun begitu ada beberapa menu tidak dapat diadakan kerana ketiadaan bahan mentahnya. Di antara beberapa menu pilihan kami ialah :

Ikan Aji Bakar Petai


Ikan Kerapu Masak 3 Rasa


Sotong Goreng Tepung

Friday, October 16, 2009

Jadual Hujung Minggu

Hujung minggu ini aku cuba memenuhi jadual dan program untuk keluarga aku sendiri dengan hasrat dan harapan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Kadangkala kesibukan kita menjadi penghalang kepada mengakrabkan hubungan kekeluargaan dan adalah wajib bagi kita mencari kesesuaian masa bagi menjalinkannya.

Kepada semua kenalan, rakan dan staf semua diucapkan selamat berhujung minggu dan sentiasa berhati-hati walau di mana sahaja berada terutamanya sewaktu di jalan raya.

16 Oktober 2009 (Jumaat)
- Bertolak ke Kuantan
- Bercadang menikmati ikan bakar di Tanjung Lumpur
- Bermalam di Kuantan

17 Oktober 2009 (Sabtu)
- Juadah pagi - mesti cari nasi dagang di Tanjung Api
- Meraikan Hari Lahir Along
- Menjejak kasih di Kuantan
- Menikmati juadah pantai timur - mesti cari otak2, satar, bahulu panas, kuih bakar, keropok lekor dan lain-lain
- Bertolak balik ke Rompin
- Kenduri doa selamat selepas Isyak

18 Oktober 2009 (Ahad)
- Jamuan Rumah Terbuka adik aku
- Petang bertolak balik ke Kajang

Thursday, October 15, 2009

Happy Deepavali



Happy Deepavali to all my Indian friends all over Malaysia. Especially :
1. Valarmathi - Under graduate friend
2. Perumal, Richard, Meganathan, Ravichandran, Thana and all post graduate friends
3. Sreelatha and Saraswathi - my staff (teacher)
4. All my Indian pupils

And all who know me. Happy Deepavali and have a nice celebration. Thanks.

Tuesday, October 13, 2009

Ubah Suai Template

Aku sudah mempunyai sedikit kelapangan waktu dan kelapangan ini aku gunakan bagi melakukan pengubahsuaian blog seperti kita selalu mengubahsuai kereta atau rumah. Matlamatnya supaya lebih kelihatan anggun dan menarik. Mungkin rakan2 boleh memberi sedikit komen dan pengubahsuaian ini masih belum siap sepenuhnya.

Sunday, October 11, 2009

Ketenangan dan Kemerdekaan



Alhamdulillah kerana hari ini aku telah menamatkan paper terakhir exam. Paper hari ini adalah kepimpinan pendidikan dan aku berpuas hati menjawab walaupun masa tidak mencukupi dan jawapan aku masih tidak sempurna lantaran terlalu banyak idea yang nak dititipkan.
Namun begitu aku tidak berpuas hati sewaktu menjawab paper kaedah penyelidikan kerana aku hilang konsentrasi dan banyak point penting aku tak dapat ingat kerana disebabkan kesibukan berkursus, menyiapkan tugasan dan pelbagai lagi. Harapan aku supaya ianya dapat memuaskan hati pensyarah.
Kini aku tenang dari kesibukan belajar dan merdeka buat sementara waktu. Dalam diam rupanya aku telahpun berjaya menamatkan satu semester dan berdebar menantikan keputusannya. Aku akan bergelumang semula pada bulan Disember nanti. Rasanya aku ingin berehat dari keletihan belajar sehingga memulakan semester kedua nanti.


Terima kasih juga diucapkan kepada saudara Yusof kerana sudi bertemu dengan aku di UPSI, sama2 bermalam dan sama2 bersarapan pagi. Disinilah kenalan2 semakin bertambah walaupun berlainan bidang. Nasi lemak sambal kerang di gerai ni best wow..... Betul tak Sof.