Aku berkesempatan untuk bersama2 dengan bapa dan mak saudara menjaring ikan di tepi pantai Triang, Endau, Johor. Agak lama aku tidak mempunyai kesempatan sebegini. Apabila ada kesempatan ini aku terasa begitu seronok dan terkenang kembali zaman kanak2 dulu. Ketika itu aku dan bapa saudara aku (kami hampir sebaya) sering mandi dan main pantai dan kerap kala kami di kejar oleh nenek kerana bimbang kami lemas. Sewaktu dikejar itulah, kami bertempiaran lari. Namun itu semua hanya tinggal kenangan dan kenangan itu masih segar bila berpeluang ke pantai bersam...