Tahun Baru Cina tiba lagi. Diucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina (Gong Xi Fa Cai) kepada semua rakan2 berbangsa Tionghua.
Sekolah pula akan bercuti selama 9 hari tetapi saya tetap bekerja pada 28 Januari. Cuti ini menyeronokkan guru-guru dan murid-murid. Walau bagaimanapun persiapan bagi mesyuarat agung PIBG perlu diselia kerana ia akan diadakan pada 1 Februari. So, biarlah guru-guru dan murid-murid berseronok bercuti dahulu sebelum meneruskan tugas mereka semula.
Saya hanya bercadang untuk pulang ke kampung kerana sudah lama tidak menjengah kampung halaman disebabkan kesibukan melampau. Balik kampung nanti nak rehat puas-puas.
Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Bercuti.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
5 komen:
faris, sekolah aku pun amik cuti dan aku bercadang nak turut serta tapi takde program nak ke mana2 lagi. Rehat jer la kot rumah melayan anak2. Mesyuarat agung lom ada citer lagi, ajk pun lom mesyuarat. Nak kena ingatkan jugak ni, aku rasa kalau buat pun mungkin dlm awal bulan Mac.
faris
tahun baru cina juga untuk kau..sebab kau pun macam......dan terima kasih kerana belanja aku makan satey kat kajang dulu, kau balik rompin call aku.
assalamualaikum, hai faris,kaawe ni hashimme member di MPIHK dulu. Kawe kat SMKR je. Mesti ingat punya cuma kita jarang ada masa borak-borak. Masih di KPM ke?
Salam Hashime,
Masih ingat lagi. Di Rompin sekarang masih tinggal di rumah orang tua di Simpang Sepayang lagi ke? Atau rumah sendiri di mana?
Buat masa sekarang sudah di SK Kajang Utama sebagai GB dan bulan Februari ni genap 2 tahun di situ.
Ada blog sendiri ke tak? Kalau ada boleh saya lawati nanti.
TK kerana memasuki blog saya.
saya dah duduk umah sendiri berdekatan dengan rumah orang tua la. kalau balik kg tu jemputlah.
Post a Comment