Friday, January 9, 2009

Pengarah JP WP Kuala Lumpur Yang Baru

Hari ini ke Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya bagi menguruskan rayuan kemasukan anak saudara sepupu yang dapat 8A untuk memasuki ke Sekolah Berasrama Penuh bagi menggunakan kuota Pengetua yang mempunyai autonomi membuat pemilihan pelajar bagi sekolah kluster. Harap2 hajat anak saudara sepupu tu tercapai. Selepas itu terus ke pejabat lama di KPM (especially Bahagian SBP dan Kluster) bagi meminta pertolongan yang sama tapi malang kerana mereka telahpun berkampung untuk pemilihan tingkatan 4 di suatu tempat (tak boleh beritahu) sehingga 19 Januari.
Lantas selepas tu ke unit lama dan telah diadakan satu majlis bagi meraikan Encik Sulaiman Wak (Timbalan Pengarah Dasar, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian) yang telah dilantik menjadi Pengarah JPWP Kuala Lumpur yang baru kerana pengarah lama (Tn Hj Mohd Radzi) telah ditukarkan sebagai Pengarah Pelajaran Perak. Tahniah kepada Encik Sulaiman Wak kerana beliau adalah seorang tokoh yang diasuh bagi menjawat jawatan tertinggi KPM kerana perkhidmatannya masih ada 8 tahun lagi.
Kepada rakan2, kalau ada saudara mara atau anak2 yang nak masuk ke SBP tu, hubungilah Pengetua SBP berhampiran.
Terima kasih.

0 komen: