Aku berkesempatan untuk bersama2 dengan bapa dan mak saudara menjaring ikan di tepi pantai Triang, Endau, Johor. Agak lama aku tidak mempunyai kesempatan sebegini. Apabila ada kesempatan ini aku terasa begitu seronok dan terkenang kembali zaman kanak2 dulu. Ketika itu aku dan bapa saudara aku (kami hampir sebaya) sering mandi dan main pantai dan kerap kala kami di kejar oleh nenek kerana bimbang kami lemas. Sewaktu dikejar itulah, kami bertempiaran lari. Namun itu semua hanya tinggal kenangan dan kenangan itu masih segar bila berpeluang ke pantai bersama2.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
8 komen:
Banyak ke dapat ikan? Dulu masa aku di rompin pernah jugak ikut kerani sekolah gi menjaring. Wife kata tak payahlah abg ikut lagi sbb semakin bertambah gelap dan berkilat lagi!
Ikan tu banyak juga Sop. Ikan dan udang. Lama tak menjaring, jadi seronok. Ada cuti nak pergi lagi. He he he... Nak ikut, jomlah.
eh nak lah sangat ikut, bila ek? aku ada adik pompuan kat endau, boleh lepak kat umah dia...
Bila aku ada plan nak balik nanti sewaktu cuti, aku beritahu kau. Cuti bulan Mac ni kita sibuk konvo pulak.
haah, kita set ler nt bila2, aku pun lama dah tak ke endau
terima kasih sudi minum dengan aku lepas menjaring ikan...aku akan ke kl dan dan mintak tolong ke low yat repair lap top. harap kau ada masa..nanti aku call
jauh no nak repair laptop di low yat, takde kedai komputer ke kat rompin tuh, susah2 kau bwk jer ke kedai repair kete sof! ciann, laptop kau tak sihat ye.... hehehe
Yusof Rompin,
Kalau kau datang nanti, aku bawa kau ke Low Yatt terus. Senang sikit kerana boleh tunjuk kedai terus. Better pergi hari Sabtu dan maybe hari Ahad boleh siap. Kalau datang nanti, call aku. Kalau hari Sabtu nanti (7 Feb) aku ke SK Subang Bestari (sek Aziz) untuk buat kerja2 makmal komputer dia. TK.
Post a Comment