Salam,Masih lagi di Kuantan. Malam semalam diraikan oleh sahabat lama sejak zaman persekolahan dan baru balik dari Mekah pada bulan Januari 2010 lalu iaitu Haji Razali Mustafar yang kini di JPN Pahang. Seterusnya dikunjungi juga oleh sahabat sama belajar iaitu Saudara Saupi Jusoh. Kami bertiga melepak dan berbual di Restoran Satay Zul iaitu Jalan ke Teluk Cempedak sehingga hampir tengah malam.Hari ini aku menunggu ketibaan Haji Sabri dari Kemaman yang berjanji nak datang menemui aku dan menziarahi orang tua aku. Haji Sabri juga rakan sesama belajar dan dari Kemaman ke Kuantan tidaklah begitu jauh. Itu di antara rakan2 yang sempat aku maklumkan kerana kalau nak maklumkan kepada rakan2 yang lain, memang tak keputusan kunjungan semasa aku di Kuantan ini.Terima kasih kepada sahabat2 yang sudi...