Salam,
Masih lagi di Kuantan. Malam semalam diraikan oleh sahabat lama sejak zaman persekolahan dan baru balik dari Mekah pada bulan Januari 2010 lalu iaitu Haji Razali Mustafar yang kini di JPN Pahang. Seterusnya dikunjungi juga oleh sahabat sama belajar iaitu Saudara Saupi Jusoh. Kami bertiga melepak dan berbual di Restoran Satay Zul iaitu Jalan ke Teluk Cempedak sehingga hampir tengah malam.
Hari ini aku menunggu ketibaan Haji Sabri dari Kemaman yang berjanji nak datang menemui aku dan menziarahi orang tua aku. Haji Sabri juga rakan sesama belajar dan dari Kemaman ke Kuantan tidaklah begitu jauh. Itu di antara rakan2 yang sempat aku maklumkan kerana kalau nak maklumkan kepada rakan2 yang lain, memang tak keputusan kunjungan semasa aku di Kuantan ini.
Terima kasih kepada sahabat2 yang sudi menziarahi orang tua aku dan seterusnya mengunjungi aku sepanjang berada di Kuantan pada penghujung minggu ini.
Wassalam
Mesyuarat MTQ
13 hours ago




8 komen:
nko tak maklumkan kat aku pon, kalau tak bole jugak aku dtg.... dlm mimpi jer kot, hehehe
bgm org tua nko? moga cepat sembuh!
Cop,
TK ajelah. Aku dah maklumkan dalam blog kan. Setakat ni, hari Khamis lalu baru potong satu jari lagi untuk kaki kanan. Jari kaki kiri yang dah dipotong dah nampak ok dan doktor dahpun jahit.
Mungkin kalau tak ada apa2, seminggu lagi bolehlah keluar. Sabri pun datang petang semalam.
semoga ayah cikgu faris akan cepat sembuh...amin
CG Rosnah,
Terima kasih di atas doa yang dipanjatkan. Amin.
isi bekas dipotong nampak ok kot..makin baik tu..
Jon,
Setakat ni kaki kiri dah dijahit semula kerana dah ok. Kaki kanan pula akan dipantau dan mungkin sehari dua ni kalau dah ok, doktor akan jahit bekas potongan tu.
seorg bapa pelajar sekolah aku minum susu kambing. dah makin baik die punye kecing manis..masa dihantar ke hospital kencing manis sangat tinggi.dan dia kena strok dan sekarang makin ok...apa pun semoga ayah kau makin baik.insyallah
成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片
Post a Comment