Cuti Tabun Baru Cina tahun 2010 ini aku sekeluarga memulakan perjalanan ke utara semenanjung bagi menguruskan segala urusan pertunangan anak saudara isteri di Pendang, Kedah. Sewaktu di Pendang, berkesempatan pula bertemu rakan sekuliah (Rofidah) di rumahnya. Dalam perjalanan pulang, aku sekeluarga singgah bermalam di Pulau Pinang. Sebelum cari hotel untuk bermalam, hasrat nak makan Mee Udang yang terkenal di Pulau Pinang akhirnya tercapai setelah berusaha mencarinya dengan bantuan rakan sekuliah (Mahani). Kalau rakan2 nak singgah menikmati juadah ini, saya terakan papan tanda kedai berkenaan seperti gambar.
Kalau dari lebuhraya, susur keluar sikit saja dah pun jumpa.
Ruang kedai dalamannya agak simple kerana stail kampung. Orang sentiasa penuh dan nak cari ruang meja makan yang kosong pun payah.
Beginilah rupa Mee Udang yang sedia dimakan. Soal harga???? Bergantung kepada udangnya sama ada udang laut atau ternak atau udang galah. Aku menikmati udang laut dan bila dikira, kosnya sepinggan lebih kurang RM14.00 sahaja. Memang menyelerakan dan kalau sesiapa nak tahu bagaimana rasanya, bolehlah menikmatinya. Saya difahamkan juga, ada cawangan di Tesco Seberang Jaya.
Banyak lagi menu makanan yang nak dicuba tapi.... perutnya terhad. Lupa segala pantang untuk kesihatan seketika. Selepas ini perjalanan menuju ke Ipoh pula.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
8 komen:
wah best mee tu faris, udang tu jgn makan banyak2, takut gatal!!! hehehe....
bgm keadaan rofidah, dah sihat ye?
zzzhhh...sedap ke mee tu..Lapar le pulokkkk
awat hg tak minta resipinya, tak payah nak cari jauh2. aku tgk pun geram tp nak gi jauh sangat. tak baloi.
YBS,
Aku tak ada pantang, aku pulun aje. Gatal belakang kira. Setakat ni tak ada penyakit gatal tu.
Rofidah sekarang ni, alhamdulillah kerana dia dah pun sihat.
Mama Tanjong,
Kalau dah ada di sana, dekat aje tu. Apa lagi, pergi aje menikmatinya kalau dah terasa lapar.
MPMN,
Resipinya rahsia. Mana ada tuan punya nak beri. Tak lakulah nanti perniagaannya.
jalan2 cari makan lah kau faris ye...
Tu Hang tak singgah pekena ikan bakaq di Tanjung Dawai Faris, lagi hebat. Hari tu saya bawa anak2 samapai depa terpaksa minta maaf kat pelanggan kerana orang terlalu ramai. Kalau nak p, hang kena buat tempahan awal melalui telefon. Ok lain kali mai, kontek aku kat Sungai Petani.
Post a Comment