KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Tuesday, March 30, 2010

Cuti Rehat Dua Hari

Bila sebut pasal cuti, memang menyeronokkan kerana itulah masa untuk berehat dan meredakan ketegangan. Tetapi tidak bagi diri aku kerana cuti rehat yang diambil bukannya bertujuan untuk berehat tetapi untuk bekerja lebih kuat dan menyiapkan segala yang masih belum siap lagi. Saban tahun, cuti yang aku ambil kebanyakannya adalah untuk menyelesaikan segala tugasan dalam tempoh belajar ini. Istilah cuti dalam kamus perkhidmatan aku buat masa kini adalah masa untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Setelah tamat pada pertengahan tahun 2011 nanti, barulah aku rasa selesa dan gembira kerana tiada lagi kongkongan dan kekangan untuk tugasan. Persoalannya adakah aku akan terus menyambungkan lagi pengajian aku setelah tahun 2011 itu???...

Saturday, March 27, 2010

Last Week Class and Exam Fever

Minggu depan merupakan kuliah terakhir bagi semester ini. Dalam tak sedar dahpun dua semester telah aku tamatkan. Maknanya dah separuh perjalanan dan tinggal separuh lagi iaitu dua semester lagi. Harapan aku ialah untuk menamatkannya dengan jaya. Insya-Allah.Dah masuk minggu peperiksaan pulak. Tapi apa yang seronok semester ini ialah tiada exam formal. Dua subjek dinilai melalui kuiz dan tugasan manakala satu subjek lagi exam bawa balik rumah. Walau bagaimanapun demam peperiksaan tu turut terasa juga walaupun take home test. Lagi dua minggu, merdekalah aku bagi semester ini. Cuma nak membereskan 2/3 assignment lagi.Seronoknya dah habis semester ini. ...

Monday, March 22, 2010

Sibuk... Maaf kepada rakan blogger

Salam,Pohon maaf kepada rakan2 yang melawati blog saya. Dalam tempoh beberapa minggu ni adalah tempoh yang kritikal kerana banyak tugasan dan penulisan perlu disiapkan segera kerana penghujung semester ini akan menjelma pada 10 April ini. Inilah bahananya menyiapkan kerja di saat2 akhir kerana kesibukan tugas2 harian.Terima kas...

Wednesday, March 17, 2010

Tangani Stress Anda Dengan Bijak

Stress merupakan lumrah dalam kehidupan dan ianya pasti dihadapi oleh setiap orang. Apa yang baik ialah bagaimana seseorang itu menanganinya supaya tidak berlarutan. Oleh kerana dah lama tidak meletak entri baru dalam blog, ada baiknya aku meletakkan entri baru dan ini juga merupakan satu cara mengelakkan stress. Walau bagaimanapun aku telah memperoleh cara menangani stress ini melalui salah satu entri dalam blog dan aku harap ianya boleh dikongsi bersama.Cara-cara yang boleh dilakukan dan bukannya mesti ialah :Hidroterapi boleh membantu mengurangkan kadar dengutan jantung yang kadang kala boleh menyebabkan stres. Cuba mandi dengan air sejuk bagi mengimbangi metabolisme. Semasa anda mandi, biarkan aliran air mengalir di sebelah kanan tangan. Kemudian, barulah dibasahkan di bahagian belakang...

Saturday, March 13, 2010

Selamat Bercuti

Cuti sekolah muncul lagi tapi kali ini selama 9 hari sahaja. Walaupun sekolah bercuti, namun tugas dan kesibukan tetap melanda. Hari ini sahaja sekolah melaksanakan kursus kepimpinan pelajar bagi semua pengawas dan ketua kelas yang telah dilantik sebagai pemimpin. Serentak dengan itu sekolah juga digunakan sebagai pusat peperiksaan MTest bagi kemasukan ke IPG untuk KPLI.Kepada semua staf dan murid ku, selamat bercuti diucapkan dan semoga semuanya selamat sepanjang percutian dan dapat meneruskan tugas dan persekolahan seperti biasa pada 22 Mac 2010 nanti kerana cabaran demi cabaran sentiasa menan...

Wednesday, March 10, 2010

Koleksi Gambar Sekitar Maulidur Rasul 2010

...

Sunday, March 7, 2010

Maulidur Rasul 2010

Sambutan Maulidur Rasul ini diadakan dengan kerjasama Surau Taman Kajang Utama yang melibatkan beberapa taman perumahan yang berhampiran dan juga sekolah-sekolah yang terdapat dalam taman perumahan seperti SK, SMK dan Sek Agama.Sebahagian guru-guru yang hadirPengerusi JK Rukun TetanggaPermulaan perarakan bermula dari sekolah aku dan berakhir di Surau Taman Kajang Uta...

Wednesday, March 3, 2010

Konflik

Konflik dalam organisasi tidak dapat dielakkan bagi semua jenis organisasi selagi manusia yang berada dalam organisasi berkenaan berinteraksi antara satu sama lain. Konflik juga sebenamya tidak dapat dielakkan dalam organisasi perkhidmatan awam.Menurut Schermerhom, Hunt dan Osbom (1994), konflik adalah keadaan di mana dua pihak atau lebih saling tidak bersetuju mengenai isu-isu tertentu dalam organisasi ataupun mereka mengalami pertentangan emosi di antara satu sama lain.Schermerhorn, Hunt dan Osbom mengkelaskan konflik kepada beberapa peringkat iaitu:1. Konflik Intrapersonal2. Konflik antara personal (interpersonal conflict)3. Konflik antara kumpulan (intergroup conflict)4. Konflik antara organisasi (interorganizational conflict)Sementara itu menurut Razali (1993), konflik merupakan asam...

Pages 381234 »