Stress merupakan lumrah dalam kehidupan dan ianya pasti dihadapi oleh setiap orang. Apa yang baik ialah bagaimana seseorang itu menanganinya supaya tidak berlarutan. Oleh kerana dah lama tidak meletak entri baru dalam blog, ada baiknya aku meletakkan entri baru dan ini juga merupakan satu cara mengelakkan stress. Walau bagaimanapun aku telah memperoleh cara menangani stress ini melalui salah satu entri dalam blog dan aku harap ianya boleh dikongsi bersama.
Cara-cara yang boleh dilakukan dan bukannya mesti ialah :
Hidroterapi boleh membantu mengurangkan kadar dengutan jantung yang kadang kala boleh menyebabkan stres. Cuba mandi dengan air sejuk bagi mengimbangi metabolisme. Semasa anda mandi, biarkan aliran air mengalir di sebelah kanan tangan. Kemudian, barulah dibasahkan di bahagian belakang badan. Semasa melakukan ini, pastikan air mengalir di bahu kanan dan barulah di sebelah kiri.
Bersenam 20 minit setiap sesi, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan emosi.
Ubah suai persekitaran anda untuk menyingkirkan pencetus tekanan. Pilih persekitaran selesa dan bersesuaian diri anda.
Menguap boleh membantu anda relaks dengan meregangkan otot-otot, meningkatkan pengambilan oksigen dan menghilangkan tekanan.
Penggunaan minyak bunga lavender di seluruh badan selepas mandi boleh membantu mengurangkan tekanan. Ini kerana agen aktif minyak lavender akan meresap di dalam kulit dan hidung sekali gus menghilangkan stres.
Kekacang juga adalan sumber vitamin dan mineral yang menyokong sistem kardiovaskular. Memakannya membantu mengurangkan stres dan meningkatkan penumpuan.
Terimalah diri anda seadanya dan cuba menyukai diri sendiri. Realistik terhadap keupayaan anda dan tetapkan matlamat yang boleh dicapai. Cuba lakukan sesuatu yang menimbulkan kepuasan.
Seimbangkan masa kerja dan bermain. Peruntukan masa untuk hobi dan rekreasi.
Rehat dan tenangkan diri anda dengan mandi wap, berurut, meditasi, membayangkan pemandangan yang menenang dan merehatkan serta, menarik nafas panjang akan merehatkan otot-otot.
Amalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan sihat dan tidur yang cukup.
Dapatkan sokongan dan bantuan sebelum tenggelam punca. Kongsi masalah dan perasaan dengan seseorang yang boleh dipercayai seperti pasangan hidup, ahli keluarga, rakan-rakan dan pemimpin agama.
Tingkatkan kemahiran anda. Bersedialah untuk membuat sesuatu keputusan dan menangani masalah dengan berkesan. Lengkapkan diri anda bagi menjawat pekerjaan atau kerjaya yang memuaskan.
Luahkan perasaan anda dengan menangis atau ketawa semahunya.
Uruskan masa dengan baik. Senaraikan perkara yang perlu dilakukan mengikut kepentingan.
Elakkan menerima kerja yang terlalu banyak.
Bijaksana dalam membuat keputusan. Pertimbangkan baik buruknya sebelum memutuskan sesuatu.
Belajar menerima kelemahan diri. Jangan gusar mengenai perkara di luar kawalan. Berfikir secara positif dan renungkan kembali pencapaian dan kejayaan dimiliki apabila berasa tertekan.
Bina silaturahim yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Biarkan diri anda berasa disayangi, dihargai, dihormati dan mempunyai tempat mengadu. Jujur dan bertimbang rasa dalam perhubungan.
10 komen:
Terima kasih Faris,
boleh juga cuba.kadang2 strees juga kerja ni.
mekasih, nt aku cuba la tp bab bersenam tu biasanye hangat2 taik ayam jer, nape ler kita ni malas sgt yer, makan jer rajin.....huhu
Normah,
Kejayaannya saya tak pasti. Itu adalah cadangan2 aje. Memang sewaktu kita bekerja, byk perkara yang menyebabkan kita stress.
Cop,
Kalau kau susah sgt nk bersenam, bersenam aje mengikut aktiviti yang sesuai dalam rumah/bilik.... he he he..... sorrylah cop..... berulang alik dari satu rumah ke satu rumah tu pun dikira bersenam juga.
kalau mcm tu aku kena naik basikal jer ler berulang-alik.... nak jalan kaki tak larat ler pulak! hehe....
Cop,
Kau ni asyik tak larat aje. Baru dua... belum tiga lagi. Kau makanlah apa2 yang patut, tanya Sabri.
utk mendapat kesan yg lebih baik,semasa mandi tu pakai kain basah atau tak faris. heheheh.
aku suka sukan berkuda aje ybs.boleh tunggang siang dan mlm. apa kata ko minum kopi larat, pasti ko larat punya. kah kah kah....
faris,
ko merajuk ke???
ko tak jenguk pun blog alumni ppgb....beritau aku cepat kalau ko betol2 merajuk, aku bole mintak seseorang utk pujuk ko....hehe
Zorro,
Pakai atau tak kain basah tu terpulanglah kepada tuan yang empunya diri. He he he...
Cop,
Aku bukannya merajuk tetapi betul2 sibuklah. Menyiapkan assignment yang terkumpul terlalu banyak. Hari Khamis balik Muar, Jumaat ke Tg Malim, Sabtu balik Muar semula dan Ahad baru balik Kajang. Barulah sempat jengah blog kejap.
Minggu ni pun sibuk lagi, nak siapkan dua presentation yang akan dibentang pada hari Jumaat ni. Ada mid term kuiz lagi. Lagi dua minggu dh habis kuliah sem 2 dan akan bercuti sebelum memulakan sem 3 pada bulan Jun pula. Di minit-minit akhir ataupun waktu kecederaan ni memang menyesakkan nafas. Dua assignment individu masih belum siap juga lagi.
Sorrylah kalau tak respon pada komen blog PPGB tu and at this moment memang aku betul2 sibuk. Kau orang pakat2lah selesaikan masalah tu.
Post a Comment