Tuesday, March 30, 2010

Cuti Rehat Dua Hari

Bila sebut pasal cuti, memang menyeronokkan kerana itulah masa untuk berehat dan meredakan ketegangan. Tetapi tidak bagi diri aku kerana cuti rehat yang diambil bukannya bertujuan untuk berehat tetapi untuk bekerja lebih kuat dan menyiapkan segala yang masih belum siap lagi. Saban tahun, cuti yang aku ambil kebanyakannya adalah untuk menyelesaikan segala tugasan dalam tempoh belajar ini. Istilah cuti dalam kamus perkhidmatan aku buat masa kini adalah masa untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Setelah tamat pada pertengahan tahun 2011 nanti, barulah aku rasa selesa dan gembira kerana tiada lagi kongkongan dan kekangan untuk tugasan. Persoalannya adakah aku akan terus menyambungkan lagi pengajian aku setelah tahun 2011 itu??????

7 komen:

rehat ler faris, bkn ko jer sendiri yg keletihan dan penat, aku yg tngok pon rasa sama....hehehe

nnti lah kejap Cop. lepas ni aku rehat dua bulan..... aku kacau kau di chatting (YM dan FB) dan blog setiap hari... he he he....

rehat jgn tak rehat faris.....

lepas buat master, sambung pulak phd.aku hanya boleh beri sokongan aje,seronok juga bila ada kawan2 buat phd.
nanti senang nak minta tolong utk anak2 buah kalau kawan2 jadi profesor nanti.

kau selesaikan dulu master tu faris. phd tu jgn kau fikir lagi. ada umur, sihat dan masih boleh berjuang lagi baru kau teruskan niat tu.

Zorro,
Sambil selesaikan tugasan, adalah juga masa rehat tu. Akhirnya siap juga. Hanya tinggal satu lagi iaitu selepas presentation hari esok. Kalau kau doakan aku sambung lagi, insya-Allah jika ada kudrat.

MPMN,
Aku mmg dh bincang dan berpakat dgn Mahani untuk sambung niat terus ke PhD. Betul cakap kau tu, buat masa sekarang aku nk fokus utk tamatkan yang ini dulu. Kata orang satu persatu. TQ atas nasihat kau tu.

niat kena ada faris.buat semangat!teruskan teruskan teruskan.