Konflik dalam organisasi tidak dapat dielakkan bagi semua jenis organisasi selagi manusia yang berada dalam organisasi berkenaan berinteraksi antara satu sama lain. Konflik juga sebenamya tidak dapat dielakkan dalam organisasi perkhidmatan awam.
Menurut Schermerhom, Hunt dan Osbom (1994), konflik adalah keadaan di mana dua pihak atau lebih saling tidak bersetuju mengenai isu-isu tertentu dalam organisasi ataupun mereka mengalami pertentangan emosi di antara satu sama lain.
Schermerhorn, Hunt dan Osbom mengkelaskan konflik kepada beberapa peringkat iaitu:
1. Konflik Intrapersonal
2. Konflik antara personal (interpersonal conflict)
3. Konflik antara kumpulan (intergroup conflict)
4. Konflik antara organisasi (interorganizational conflict)
Sementara itu menurut Razali (1993), konflik merupakan asam garam dalam kehidupan manusia. Konflik bermakna pertentangan, tiada persetujuan, kontroversial atau perlawanan yang berlarutan di antara dua pihak atau lebih. Konflik adalah sesuatu yang tidak menyenangkan dan mengancam perhubungan baik seseorang dengan orang lain. Konflik juga merupakan elemen yang dapat merosakkan daya produktiviti dan membantut pertumbuhan sesebuah kumpulan atau organisasi.
Dari sudut pandangan ilmu komunikasi, konflik menggalakkan fikiran kreatif, penglibatan dan proses membuat keputusan yang berkualiti. Konflik adalah penyumbang kepada kesahihan pemahaman, pengenalan masalah, altematif dan keterlibatan. (Littlejohn, 1989).
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
17 komen:
faris,
suspen jugak aku terpandang tajuk entri, ingatkan ko tgh hadapi ape2 konflik....hehehe
Cop,
Memang pun. Tadi PPD dtg sek aku, ada komplen dari guru aku yg dh bertukar tak berpuas hati dgn prestasinya. Dh bagi 89% dan 90% pun tak bersyukur kerana sepatutnya tak layak pun. Sombong pulak tu, SMS arah2 aku pulak nak markah prestasi dia tahun 2009 sdgkn panel tak meeting lagi. Mentang2 selalu involve dgn PPD tapi prestasi kerja di sek tak seberapa kerana sibuk dgn kerja2 PPD.
Apa lagi, terus aku pinda dlm e-prestasi bagi markah dia rendah supaya tak merasa dia naik DG44. Orang gigit kita, kita kena kekah balik.
fuyoo faris, ganaz la ko, kalau ko nak kekah, kekah ler kat ponggong, banyak daging.... hahaha
Cop,
Kekah kat punggong, sakit dia sekejap aje. Kekah kat hati dan perasaan dia, merana sepanjang hayat. Dulu cikgu ni buah hati GB lama, bila aku masuk aku tak buat group dan tak ada buah hati. So, dia bawa diri dan on part communication skills dia ni mmg out. Bawa diri dan tak bercampur dengan guru2 lain kerana masa jadi buah hati GB lama, dia besar kepala. Kepandaian dia mmg baik ttpi kedekut dan tak menyumbang kpd sekolah. Mcm mana nk prestasi melebihi 90%?
Begitulah asam garam sebagai GB ni Cop.
baru dia kenal sapa faris ye...
Tulah susahnnya jadi gb Faris. Apa2 pun yang penting ialah "selamatkan diri" terlebih dahulu. Itulah konsep yang perlu amalkan .Maksudnya ialah ialah kita patuh pada peraturan,jangan banyak tolak ansur kerana jika banyak tolak ansur,tolak ansur...tolak ansur akhirnyanya kita yang tertolak ke bawah.Apabila GB menghadapi situasi yang susah,guru-guru akan bawa diri masing-masing dan ada juga yang tidak mahu berikan kerjasama apabila berlaku yang melibatkan pentadbiran GB
Jon,
Memamg selama ini saya banyak kompromi. Bila dah jadi macam ni, malas dah nak kompromi. Ikut rules exactly. Baru padan muka dia orang.
Anas,
Betul tu. Kadang kala kita tak naklah diktator kerana memikirkan mereka ni semua manusia dan insan juga. Kalau mereka tak nak cara tu, kena ubah style lah nampaknya.
tindakan kau tu dah patut faris.kalau tak dia tak berubah ...
kesian dia.sedangkan nabi maafkan umatnya (lagu apa ye?)
ybs tu tak de tempat lain nak kekah,asyik2 punggung,kalu dia melepas booom macam mana?
kekah ke, kokak ke mesti kena pada tempatnya,baru dia terkenang sepanjang hayatnya.tak begitu faris?
Anony,
Adakah kita mahu guru2 di bawah kita menjadi kurang ajar??? Kalau dari sekarang tak dididik, akan menjadi guru yang tidak profesional. Tindakan saya bukan menghukum tetapi sekadar mengingatkan dia.
Zorro,
Maaf boleh diberi sekiranya dia berjumpa kita secara baik untuk dapatkan penjelasan tetapi saluran itu tidak digunakan. Sebaliknya terus tulis surat aduan ke Pengarah JPN, KPM, PPD dan salinan ke NUTP. Kalau aku beri dia bawah 80% tu, patutlah juga.
Alang2 menyeluk pekasam, aku beri terus bawah 80%, biarlah tak naik DG44 terus.
faris, dia salah adu tu. dia tak tau kepoweran GB dia.aku pernah alami keadaan ni.bila tersekat kenaikan pangkat/gred terus mengadu ke KPM dan JPN. tapi akhirnya dinasihatkan berjumpa dgn GB jg. itulah masa kita faris...
Betul tu Joni. Masa tu lah dia tahu langit tu tinggi atau rendah. Last year saya beri sorang cikgu ni below 80% dan PTK dia dpt 4. Tak dapat anjakan gaji, siap mengadu ke PPD. Sy cakap klu PPD nk saya ubah markah prestasi, buat surat rasmi. Sampai sudah PPD tak buat pun surat arahan tu. Cikgu tu ingat, tak payah buat keje, baca buku dan ambil exam PTK boleh dapat anjakan gaji. Silap langkahlah dia.
faris
aku pun bila baca tajuk kau, kejut aku...kau lebih faham situasi disana, situasilah pengikat antara task dan relationship...kalau situasi tegang yang dia wujudkan...maka kerenggangan lah yang dia dapat..kalau situasi damai yang dia create,kehormanianlah yang dia dapat...itulah pendapat aku..
KK,
Mmg situasi tegang. Aku dah pinda LNPT dia melalui e-prestasi. Alamat tak merasalah dia naik DG44.
buatlah apa yang patut faris... sb kau yang handle mereka.kau tengok apa respon dia nanti.
Post a Comment