Saturday, March 13, 2010

Selamat Bercuti

Cuti sekolah muncul lagi tapi kali ini selama 9 hari sahaja. Walaupun sekolah bercuti, namun tugas dan kesibukan tetap melanda. Hari ini sahaja sekolah melaksanakan kursus kepimpinan pelajar bagi semua pengawas dan ketua kelas yang telah dilantik sebagai pemimpin. Serentak dengan itu sekolah juga digunakan sebagai pusat peperiksaan MTest bagi kemasukan ke IPG untuk KPLI.
Kepada semua staf dan murid ku, selamat bercuti diucapkan dan semoga semuanya selamat sepanjang percutian dan dapat meneruskan tugas dan persekolahan seperti biasa pada 22 Mac 2010 nanti kerana cabaran demi cabaran sentiasa menanti.

6 komen:

selamat, selamat dan selamat bercuti tp tak bole bercuti sbb sibuk memanjang.....hehehe

Cop,
Selamat dan sentiasa selamat. Aku cuti hari Isnin dan Selasa kerana nk menyiapkan assignment aku. Tapi siap atau tidak tak pasti lagi. Harap2 tak ada aral melintang.

aku cuti dari isnin hingga jumaat. malas nak berulang ke sekolah. aku kalau boleh nak kawal sekolah dari rumah je. pasang cctv. seminggu gi sekolah sekali je. org rumah gi belajar. jadi terpaksalah aku menjadi bapa mithali. huhuhuhu.

Jon,
Bila cuti sek ni senyap aje bila balik ke darat.

Pirzan,
Kau mcm nk menghabiskan cuti tahunan aje. Kalau dah rasa serik tu, eloklah jgn jd mcm Ucop tu. Sedap sekejap, menghidapnya lama. Padamkan aje angan2 kau tu.