Sunday, December 28, 2008

Ceramah Agama Hijrah

Malam ini di surau taman perumahan saya diadakan ceramah agama sempena Maal Hijrah. Penceramah jemputan ialah Ustaz Shahrir Long dari Sungai Petani. Di antara isi kandungan ceramah beliau ialah 4 perkara yang perlu seseorang muslim itu melakukan hijrah.

1. Akidah Islamiah - perkukuhkan akidah disamping amalan wajib seperti sembahyang kerana jika akidah tidak betul, sia-sia solat yang dilakukan

2. Akhlak - mencontohi akhlak Rasulullah

3. Syariat - kefahaman mengenai Islam dan mengamalkannya dalam kehidupan harian seperti sentiasa berniat untuk berjihad ke jalan Allah s.w.t

4. Amal Makruf Nahi Mungkar - menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran seperti menegur pemimpin jika berlaku perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemimpin seperti tidak amanah dan lain-lain.

Beberapa iktibar dari ceramah ini perlu kita renungi, dalami, hayati dan amalkan. Insya-Allah segala usaha dan amalan kita akan beroleh keberkatan Allah s.w.t.

Terima kasih.

4 komen:

come jam kau tu faris..aku nak buat jugak kat blog aku..kat mana kat ambik widget tu..senang kau hanto jer kat aku htmlnya melalui email.. apamacam..nanti kita kena roti kedai usop kat rompin. Blog aku kau tau kan..
http://diarikembarakelana.blogspot.com/

Salam Tahun Baru 1430 H, sahabat. Semoga tahun baru hijrah ini akan mendatangkan sinar kebahagian dan kemurahan rezeki buat sahabat sekeluarga.

Selamat Tahun Baru Hijriah Faris, moga bertambah2 kebahagiaan kau sekeluarga.

Dan khas utk kau, jangan 'nakal2', hehehe

Yusof Rompin, jam tu aku lupa ambil dari widget mana. Nanti aku cari dan beritahu kau atau aku email soure code nya.

Sazili, terima kasih kerana melawati blog aku. Selamat Maal Hijrah juga kepada kau.

Ucop Sipan, tahniah kepada kau kerana cemerlang dalam UPSI. Aku sentiasa bahagia. Nakal tu dah buang dah. He he he.....