Saturday, December 13, 2008

PIKOM PC Fair

Hari ini aku dan anak2 pergi ke PC Fair di KLCC. Sampai aje dah waktu tengah hari. Nak parking punyalah susah, kena tunggu kerana semuanya penuh. Selepas tu mula masuk ke dewan pameran, lagi satu susah iaitu orang punyalah ramai sampai nak bergerak badan pun tak boleh. Mungkin hari ini hari Sabtu dan semua orang mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk ke PC Fair ni. Anak2 aku keletihan juga kerana hampir 3 jam di situ.
Perut pun terasa lapar, bergeraklah kami ke KLCC untuk cari makan. Di KLCC pun orang ramai juga sampai nak naik escalator pun terpaksa berhimpit2. Apa lagi di food court, kena tunggu di tepi meja mereka yang dah nak sudah makan. Kalau tak, alamat tak dapat tempat duduk untuk makan lah.
Memang hujung minggu aku jarang keluar ke KL kecuali ada sebab2 tertentu dan PC Fair adalah salah satu sebabnya. Baru aku tahu punyalah ramai orang yang berada di KLCC pada hujung minggu. Sungguh mewah rakyat Malaysia jika dibandingkan dengan rakyat2 di negara membangun dan dunia ketiga. Oleh itu bersyukurlah kerana kita berada di bumi yang aman dan makmur.
Seperkara yang aku dapat di PC Fair hari ini ialah PC Guru yang berasaskan Intel Core i7 tetapi aku tak sempat bertanya lanjut disebabkan terlalu ramai. Kepada mereka yang berminat untuk ke PC Fair di tempat masing2, selamat menyelami pengetahuan ICT.
Terima kasih.

3 komen:

aku tak pernah pergi PC Fair. Pernah diadakan di Muar, aku pulak takde masa tu.... Kalau ramai sgt pengunjung mmg boring jugak, lagi pulak tak selesa dibuatnya. Tak reti la nak membeli dalam keadaan seperti itu!

Bukan saje kat KLCC yang crowded bila ada PC Fair, baru2 ni kat Central Square Sg Petani pun sesak juga dengan orang ramai.Rakyat Msia ramai dah celik IT kini.Kami keCS dengan anak2 dan suami tercinta Chehassan.

Sory Faris, yang tulis kat atas tu bini saya. Dia baru belajar2 nak jadi komentar bloger, jadi dia tersilap guna saya punya ID. Memang betul, kami di sungai Petani pun boleh tahan juga ramainya. Banyak juga offer dan yang menarik. Rasa menyesal jugak tak beli nbook, sebab dapat 15 barangan percuma hampir 3/4 ratus juga.