Thursday, December 18, 2008

Guru Baru Bertukar

Setakat ini sekolah telah menerima 3 orang guru baru bertukar masuk dari KL dan Johor. Tugasan pertama yang terpaksa dilakukan ialah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan guru-guru tersebut. Lantas menelefon ke sekolah lama guru-guru tersebut. Itu adalah teknik terpantas untuk mengetahui kelebihan guru tersebut bagi diberi tugas-tugas yang sepatutnya. Daripada 3 orang, seorang telah mengambil keputusan untuk membatalkan pertukarannya.
Buat rakan2 sekalian, walaupun telah mendapat sedikit input dari guru besar lama tetapi kita perlu melihat sendiri kebolehan guru-guru tersebut kerana dalam konsep hijrah, seseorang individu akan menjadi bertambah baik atau sebaliknya. Mungkin ada lagi tips2 lain yang boleh dikongsi dari sesiapa yang sudi memberikan pandangan.
Terima kasih.

1 komen:

aku selalunya hanya ingin tahu apa2 kekuatan yg pada cikgu tersebut. Seboleh2nya aku tak akan ambil tahu ttg kelemahannya tapi dlm perjumpaan pertama dgnnya aku akan beritahu supaya dia kekalkan kekuatan dan baiki segala kelemahan, jika ada.