KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Monday, May 31, 2010

Terima kasih atas segala kerjasama

Hari ini merupakan hari terakhir aku di sekolah. Sewaktu perhimpunan pagi, taklimat akhir bersama guru waktu tengah hari dan sesi perhimpunan petang aku berpeluang memberikan ucapan terakhir dan memberikan perangsang kepada semua subordinat aku untuk terus cemerlang dalam kerjaya dan memajukan sekolah. Hasrat dan harapan aku agar kecemerlangan sekolah dapat diteruskan walaupun aku tiada lagi bersama mereka.Ucapan sewaktu perhimpunan pagi (amanat terakhir kepada murid)Sumbangan cenderamata dari PK Tadbir mewakili semua staf pejabat pentadbiranSumbangan cenderamata dari pihak Badan Kebajikan GuruSedang mengemas segala barang keperluanCenderamata-cenderamata...

Sunday, May 30, 2010

Hujung Minggu di Melaka, Muar & Batu Pahat

MEE BANDUNG MUARHujung minggu ini agak memenatkan kerana aku bergerak jauh. Bermula dengan Jumaat ke Melaka dan bermalam disana, Sabtu ke Muar sehingga petang dan terus ke Batu Pahat serta bermalam di Batu Pahat.Di Melaka adalah dengan tujuan menziarahi kakak ipar, ke Muar untuk menziarahi emak mentua dan kakak ipar di Temiang dan Jalan Sakeh. Di Batu Pahat pula bagi menghadiri rakan isteri yang bernikah dan melangsungkan perkahwinan.Lantas aku mengambil kesempatan untuk menikmati ikan bakar di Pernu, mee bandung Muar di Jalan Abdullah dan beriani gam di Batu Pahat. Nampaknya berat badan dan penyakit aku bertambah. Kata orang sekali sekala apa...

Thursday, May 27, 2010

Selamat Tinggal Ruang Kerjaku

Aku akan meninggalkan title yang aku sandang selama 3 tahun 3 bulan. Kata orang Cina angka 33 adalah angka ong tapi aku tak pasti. Selama memegang title ini, banyak perkara yang aku telah pelajari dalam mengurus sebuah organisasi dan juga sumber manusia. Aku tidak boleh menjadi seorang insan yang sempurna dan juga sebagai ketua yang terbaik tetapi aku telah mencuba sedaya upaya aku mengurus organisasi ini ke arah yang dihasratkan sewaktu aku menjejakkan kaki ke organisasi ini. Alhamdulillah kerana aku rasa aku telah dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi sewaktu memegang title ini dengan sebaik mungkin. Itu adalah penilaian aku...

Tuesday, May 25, 2010

Senamrobik dan Ceramah Kesihatan

Pada hari ini diadakan program senamrobik dan ceramah kesihatan sempena Hari Guru Peringkat Daerah bertempat di PPD. Kemuncak sambutan Hari Guru Peringkat Daerah akan diadakan pada 1 Jun 2010 dan tarikh ini aku dah tak lagi bersama daerah Hulu Langat bagi menyambutnya. Acara minggu terakhir aku di sekolah yang dijalankan oleh PPD akan aku sertai.Persoalannya laratkah lagi untuk bersenamrobik? Nasihat beberapa orang, jika tak larat kena ikut kesesuaian kesihatan diri kerana mungkin akan menyebabkan perkara2 yang tidak diduga. Dalam erti kata lain, walaupun seronok bersenam kenalah beringat sesuai dengan keupayaan diri sendi...

Saturday, May 22, 2010

Bermulalah Angah Di Asasi UIAM

Aku dan Angah (suka sangat stylish dan identiti sendiri)Ibu dan Angah (hasrat dan hajat seorang ibu terhadap anaknya)Detik menunggu selesainya proses pendaftaranSalam,Seharian semalam aku menguruskan pendaftaran masuk Angah ke Asasi UIAM di PJ. Apabila melibatkan ramai orang, proses menunggu merupakan satu penyiksaan dan pembaziran masa berlaku. Apakan daya kerana sebagai manusia kita tidak pernah terfikir untuk mengatasi masalah ini setiap urusan baik pendaftaran dan juga kaunter. Disebabkan masalah menunggu sebenarnya yang menyebabkan rasuah berleluasa. Pernahkah sesiapa di agensi awam memikirkan perkara ini dengan serius?Berbalik kepada Angah,...

Tuesday, May 18, 2010

Hijrah

Mulai hari ini secara rasminya aku telah mendaftar diri di tempat kerja yang baru (tempat kerja lama aku) walaupun kuatkuasa surat tersebut ialah pada 16 Mei 2010. Walau bagaimanapun aku mohon tangguh untuk bertugas sehingga 31 Mei 2010 sehingga semua tugas aku dalam pentadbiran, pengurusan, akademik, kewangan dan tugas2 acara rasmi di peringkat daerah selesai. Kepada rakan2 di peringkat daerah Hulu Langat, terima kasih di atas segala kerjasama dan komitmen sepanjang tempoh masa bersama selama 3 tahun 3 bul...

Friday, May 14, 2010

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru kepada semua warga guru di seluruh negara baik di sekolah kerajaan, swasta, pondok dan semua institusi. Tidak lupa kepada rakan2 yang mengenaliku serta semua guru-guru yang telah mendidikku sehingga menjadi insan yang unik pada masa ki...

Monday, May 10, 2010

Persiapan Anak

Hari minggu sebaik sahaja melawat anak aku yang bongsu di asrama sekolahnya sebelah petang, kami sekeluarga terus ke KL. Destinasi pertama ialah SOGO kerana ada sale. Hasrat dan tujuannya untuk membeli pakaian persiapan anak lelaki yang akan mendaftar di Asasi UIAM, Petaling Jaya pada 21 Mei 2010 ini. Destinasi kedua pula ialah ke Sg Wang Plaza kerana tiada yang memikat hati anak aku di SOGO, tambahan orang punyalah ramai. Remaja sekarang ni susah nak suruh dia pakai pakaian yang formal kerana dia ada citarasa tentang fesyen terkini yang ala2 formal juga. Melayan kerenah anak memang memenatkan bila umur dah meningkat ni. Hampir pukul 8 malam baru selesai dan sempat singgah solat maghrib di Petronas aje. Lepas tu singgah makan di masakan pantai timur iaitu Restoran Nasi Kerabu Kota Bharu....

Saturday, May 1, 2010

Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer

Aku dan anak lelaki aku telah pun membuat semakan keputusan kemasukan ke IPTA. Walaupun sebelum ini dia telah ditawarkan memasuki Matrikulasi Kuala Pilah pada 10 Mei 2010 tetapi sasaran utama dia adalah sains komputer di UIAM. Alhamdulillah kerana dia berjaya juga mendapat tawaran tersebut. Ini bermakna dia akan menjejaki Kak Long dia yang melalui laluan tersebut tetapi bidang yang berbeza. Diharap anak lelaki aku akan memulakan pembelajaran dia semula dengan lebih semangat dan usaha yang lebih gigih kerana dia telah mula melangkah ke satu alam yang baru iaitu alam pengajian tinggi.TAHNIAH kepada Ang...

Pages 381234 »