Hari ini merupakan hari terakhir aku di sekolah. Sewaktu perhimpunan pagi, taklimat akhir bersama guru waktu tengah hari dan sesi perhimpunan petang aku berpeluang memberikan ucapan terakhir dan memberikan perangsang kepada semua subordinat aku untuk terus cemerlang dalam kerjaya dan memajukan sekolah. Hasrat dan harapan aku agar kecemerlangan sekolah dapat diteruskan walaupun aku tiada lagi bersama mereka.
Ucapan sewaktu perhimpunan pagi (amanat terakhir kepada murid)
Sumbangan cenderamata dari PK Tadbir mewakili semua staf pejabat pentadbiran
Sumbangan cenderamata dari pihak Badan Kebajikan Guru
Sedang mengemas segala barang keperluan
Cenderamata-cenderamata yang disumbangkan oleh warga sekolah
Cenderamata-cenderamata yang disumbangkan oleh warga sekolah
Semua koleksi cenderamata yang diterima
Barisan staf pentadbiran sekolah
Sebahagian guru lelaki sewaktu perhimpunan
Walaupun hanya 3 tahun 3 bulan, kesan sepanjang berada di sekolah ini amat bermakna bagi diri aku. Kerjasama yang diberikan oleh subordinat banyak membantu aku dalam mengurus organisasi ini walaupun ada sebahagian mereka tidak memberikan komitmen yang tinggi. Itulah adat pengikut dalam organisasi.
Semoga guru dan staf SKKU akan terus berkhidmat, bertugas dan bekerja dengan penuh dedikasi demi menaikkan sekolah di masa akan datang. Salam kemaafan jua kepada semua warga.
Terima kasih.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
16 komen:
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
CG Aida,
Tak tahulah budi yang disemai tu baik atau tidak. Tapi indikatornya alhamdulillah.
Terima kasih cikgu di atas segala usaha untuk meningkatkan prestasi SKKU.. Salam perpisahan, moga ketemu lagi :)
Anony,
Jadilah warga SKKU yang menyumbang sesuatu yang bermakna. Anda boleh.
tahniah faris kerana kau kembali semula ke kementerian. tempat asal n jawatan lama atau jabatan baru n jawatan baru?
Tahniah Faris di atas penghijrahan yang seterusnya. Selagi masih panjang hayat kerjaya teruskan berkhidmat dengan progresif, dinamik, berintegriti dan bermisi.
Tak kisahlah engkau di mana,cumanya melihatkan gambar-gambar engkau di atas tu aku teringat peristiwa sewaktu kita pulang dari Bukit Fraser satu ketika dahulu selepas menghadiri seminar PIBG. Sebaik engkau turun mahu membeli buah apa aku lupa kalau tak jambu madu, belimbing madu atau durian...nyonya tu terus cakap cina dengan engkau. Terkebil-kebil juga mata engkau sambil memberi tahu " Heh...saya bukan cinalah !".
Itulah engkau tak ubah macam dulu. Maaf Faris cuma mengenang sejenak ! Jangan sampai terpaksa tunjuk IC sudah lah untuk buktikan ....bukan cina, macam dulu-dulu!
Anyway tahniah !!!
ramai yg sayang kat ko di skku tu faris....jgn sampai ade yg termimpi2!!!
hehe
MPMN,
Tempat lama, jabatan lama dan jawatan aje baru.
Li,
Sampai sekarang pun macam tu. Tapi... masih belum sampai kena tunjuk IC lagi. Kalau bulan puasa tu, mungkin juga.
Memang sepanjang perkhidmatan kita, kita perlu buat yang terbaik. Insya-Allah, aku akan cuba sebaik mungkin.
Kalau ada sampai ke Putrajaya, singgah2lah.
Cop,
Kalau ada yang termimpi2, aku berjalanlah dalam mimpi tu menemui mereka. He he he ....
Kau tak nak termimpi2 kan aku ke???
Aku baru saja buka blog.Cepatnya masa berlalu.Rupanya ko dah pindah di tempat asal.Syukurlah Faris.Tahniah sekali lagi aku ucapkan.Semoga di tempat yang baru lebih memberi makna.Blog kita macamana. Nak teruskan lagi ke?
Kalau ada info baru tolong beritahu kami yah
Anas,
Dengar cerita dah pun dapat surat pengesahan perlantikan. Betul ke?
Tentang blog kita tu, tak ramai yang nak respon, rasa penat tak berbaloi kerana masing2 sibuk dengan hal sendiri dan tak mahu memberi sedikit masa untuk berdiskusi dalam blog.
selamat bertugas ditempat lama.rujuk balik lah ye..hehehe
Joni,
Gitulah kira2nya. Rujuk kembali setelah berpisah selama 3 tahun 3 bulan.
Tahniah Faris. Nanti kita sembang jumpa upsi.
Che Hassan,
Hang telefonlah si Yusof tu, beri dia semangat lebih2 sikit. OK, nnti jumpa di UPSI.
Post a Comment