Sunday, May 30, 2010

Hujung Minggu di Melaka, Muar & Batu Pahat


MEE BANDUNG MUAR


Hujung minggu ini agak memenatkan kerana aku bergerak jauh. Bermula dengan Jumaat ke Melaka dan bermalam disana, Sabtu ke Muar sehingga petang dan terus ke Batu Pahat serta bermalam di Batu Pahat.
Di Melaka adalah dengan tujuan menziarahi kakak ipar, ke Muar untuk menziarahi emak mentua dan kakak ipar di Temiang dan Jalan Sakeh. Di Batu Pahat pula bagi menghadiri rakan isteri yang bernikah dan melangsungkan perkahwinan.
Lantas aku mengambil kesempatan untuk menikmati ikan bakar di Pernu, mee bandung Muar di Jalan Abdullah dan beriani gam di Batu Pahat. Nampaknya berat badan dan penyakit aku bertambah. Kata orang sekali sekala apa salahnya tetapi yang menjadi masalah bagi aku ialah banyak kali banyak kala. He he he ....

3 komen:

faris, ko dah lalu depan umah aku masa nak ke bp tu, ke ko lalu parit sulong? nape tak calling2....?

mkn ler faris selagi bole mkn, kesihatan tu sendiri mau ingat ler!

hehe

Cop,
Aku memang lalu depan rumah kau tapi dh dekat maghrib. Rushing nak ke BP sebab kawan bini aku tu nikah lepas isyak.

yer le ybs....time maghrib mana boleh singgah2...ko pun sibuk kan waktu tu..

lagi pun kata org tua2 (lebih kurang umur ko le)time ni kalau singgah nanti kena sampuk pulak. hehehehe.

tak leh caya ni...aku zaaaaaapppppp aje. hehehheeeeee.