KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEDAMAIAN PANTAI

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEHENINGAN MALAM

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

PUNGGUK RINDUKAN BULAN. Ha.. ha... ha....

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Thursday, March 12, 2009

Penyerahan Bangunan Baru Sekolah

Hari ini aku sibuk dengan menyemak semua dokumen kewangan dan surat menyurat. Menandatangani surat juga merupakan satu bebanan kerana arahan Pengarah Pelajaran Selangor semua surat menyurat mesti ditandatangani oleh GB. Selepas itu aku mempengerusikan mesyuarat JK Kecil Bola Sepak Zon dan bersambung dengan mesyuarat Staf Sokongan. Selepas itu didatangi oleh KPM dan Kontraktor yang datang menyerah kunci bangunan baru sekolah dan melihat serta meninjau kerosakan yang akan dibaiki sewaktu cuti sekolah.
Guru2 aku semuanya excited nak menduduki bangunan baru dan mereka bercadang untuk mendudukinya segera. Walau bagaimanapun selepas buka sekolah baru boleh gunakan kerana dalam cuti sekolah akan dibuat pembaikan kerosakan kecil. Pastinya murid2 aku akan seronok belajar di bangunan baru yang secara tidak langsung akan meningkatkan motivasi diri dan semangat belajar.

Wednesday, March 11, 2009

Penyelenggaraan Peralatan ICT

Ingatkan hari ini dapat berada di sekolah tetapi ada surat segera yang meminta aku hadir ke mesyuarat tersebut di Hotel Summit, Subang Jaya dari pagi sampai ke petang. Penyelenggaraan peralatan ICT telah dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan kepada BTPN dan seterusnya ke PKG. Vendornya adalah kontrak pusat. Mesyuarat hari ini bagi mengumpul input dan isu2 yang perlu dan patut dibawa ke tengah atau pengurusan tertinggi. Nampaknya banyak perkara2 penting telah aku ke utarakan untuk pertimbangan mereka. Kalau mereka serik nak panggil aku lagi terpulanglah kepada mereka kerana apa yang patut aku suarakan telah aku suarakan bagi kepentingan semua sekolah di Malaysia.
Kepenatan mesyuarat tidak tamat disitu. Malam ini aku terpaksa menyambung satu lagi mesyuarat iaitu Mesyuarat AJK PIBG kali pertama setelah selesai mesyuarat agung. Boleh dikatakan sesi perkenalan dengan AJK baru dan menentukan program dan projek bagi tahun 2009. Bermula pada pukul 8 malam dan biasanya tamat jam 12 tgh malam. Ini bermakna aku bekerja berterusan lagi sejak dari hari Sabtu (kenduri kahwin), Ahad (kenduri kahwin), Isnin (perjalanan balik ke Kajang), Selasa (ke Tg Malim), Rabu (mesyuarat sehari semalam), Khamis (mesyuarat bola sepak zon selaku tuan rumah) dan Jumaat (mesyuarat PKG Bangi). Seterusnya Sabtu terpaksa pula terus ke Pusat Kokurikulum kerana pendaftaran masuk peserta Perkhemahan Kebangsaan. Isteri dan anak2 aku terpaksa balik ke kampung sendirian pada hari Jumaat dan Sabtu kerana menghadiri kenduri arwah. Yang penting aku pohon diberi kesihatan yang baik bagi melaksanakan segala tugas aku.
TK.

Monday, March 9, 2009

Reunion dan Ambil Jubah

Hari ini aku baru sampai dari kampung. Keletihan begitu terasa setelah dua hari penuh berhempas pulas membantu perkahwinan emak saudara disamping perjalanan jauh. Esok ada satu mesyuarat terakhir perkhemahan peringkat kebangsaan, walau bagaimanapun aku terpaksa mengambil cuti dan mengamanahkan Penolong Kanan Kokurikulum aku menguruskannya. Tujuan aku ialah untuk ke Tanjung Malim bagi mengambil jubah konvo dan seterusnya reunion kecil dengan semua rakan2 yang dapat hadir pada hari esok. Ini disebabkan semasa hari konvo nanti masing2 pastinya sibuk dengan keluarga masing2. Disamping itu aku terpaksa menguruskan beberapa perkara lain lagi. Insya-Allah segala-galanya dapat diselesaikan pada hari esok.

Friday, March 6, 2009

Balik Kampung

Hari ini aku baru sahaja tamat menghadiri kursus designing powerful presentation using ict for leaders di IAB. Banyak perkara2 baru yang aku peroleh dari kursus ini walaupun aku sudah berkemahiran tinggi. Apa yang baru ialah teknik2 dan tips2 penyediaan presentation yang berkesan melibatkan elemen CASPER. Kalau ada yang nak tahu bolehlah datang berguru dengan aku pula.
Esok aku akan memulakan perjalanan bersama keluarga untuk pulang ke kampung kerana majlis perkahwinan emak saudara aku di Endau pada hari Ahad nanti. Perjalanan balik ke Rompin memang agak panjang dan anak2 aku selalu mengeluh juga kerana terpaksa duduk lama dalam kereta. Apa nak buat..... demi hubungan silaturahim dan kekeluargaan terpaksa tempuhinya jua. Hubungan kekeluargaan adalah satu hubungan yang murni dan perlu diutamakan kerana masyarakat masa kini kian melupakannya dalam mengejar tahap ekonomi yang cemerlang. Kepada rakan2, ingatlah bahawa hubungan kekeluargaan seperti peribahasa air dicincang tak akan putus memerlukan kita menghayatinya agar anak2 kita akan menyambung tradisi ini yang kian dilupakan. Bukannya majlis yang diutamakan. TK.

Thursday, March 5, 2009

Hantar Borang Master

Hari ini aku berkesempatan untuk ke Tanjung Malim bagi menghantar borang permohonan aku berserta dokumen2 yang diperlukan. Aku tak pasti berapa orang yang memohon tapi dari kumpulan aku hanya kami berdua aje yang memohon. Mengikut Pusat Pengajian Siswazah, panggilan akan bermula pada 20 Jun 2009. Ini bermakna aku hanya sempat berehat sehingga tarikh tersebut sahaja. Selepas itu aku akan sentiasa sibuk setiap hujung minggu dan tiada lagi masa untuk berhibur. Aku dan rakan dah sama2 menanamkan azam untuk menguatkan semangat meneruskannya sehingga tamat kerana kami gusar akan terhenti separuh jalan. Ya Allah, kuatkanlah azam dan semangat aku.

Tuesday, March 3, 2009

Genting Highlands - Sejuk......





Kesejukan begitu terasa hingga ke tulang. Pergerakan agak terbatas. Mata sering kelayuan. Perut kerap berkeroncong. Hidung dah mula nak berair.
Itulah tanda2 yang menunjukkan keadaan di Genting Highlands sekarang begitu sejuk dan ditambah dengan hujan hampir setiap hari. Aku sempat mengambil gambar dan memaparkan kepada rakan2 untuk tatapan.

Monday, March 2, 2009

Harapan Menggunung Tinggi

Hari Sabtu yang baru berlalu telah diadakan sesi perjumpaan dengan ibu bapa dua kelas teratas bagi perbincangan murid2 yang dijangka akan cemerlang. Berdasarkan headcount dan ETR aku telah menggariskan bahawa hampir 50 orang murid akan cemerlang 5A pada UPSR tahun ini walaupun rekod terbaik ialah 37 orang pada tahun 2008 yang tak pernah dicapai sebelum ini. Aku terpaksa memberikan harapan yang tinggi bagi meningkatkan keyakinan para ibu bapa agar usaha dan kerjasama mereka dapat diperoleh sebagai salah satu cara meningkatkan tahap motivasi murid dan ibu bapa sendiri. Walau bagaimanapun terdengar juga nada sinis sama ada ia boleh dicapai atau tidak dan aku memberikan keyakinan kepada mereka bahawa kita sama2 perlu berusaha ke arah itu.
Bagi diri aku, aku rasakan dengan meletak target yang tinggi akan membuat aku bekerja secara bersungguh2 dan menguatkan azam serta menggerakkan guru2 aku secara tidak langsungnya. Azam aku adalah untuk membuat sesuatu yang terbaik kerana itu adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada aku. Jika tak tercapai, sekurang2nya segala usaha telah dilakukan.