Hari Sabtu yang baru berlalu telah diadakan sesi perjumpaan dengan ibu bapa dua kelas teratas bagi perbincangan murid2 yang dijangka akan cemerlang. Berdasarkan headcount dan ETR aku telah menggariskan bahawa hampir 50 orang murid akan cemerlang 5A pada UPSR tahun ini walaupun rekod terbaik ialah 37 orang pada tahun 2008 yang tak pernah dicapai sebelum ini. Aku terpaksa memberikan harapan yang tinggi bagi meningkatkan keyakinan para ibu bapa agar usaha dan kerjasama mereka dapat diperoleh sebagai salah satu cara meningkatkan tahap motivasi murid dan ibu bapa sendiri. Walau bagaimanapun terdengar juga nada sinis sama ada ia boleh dicapai atau tidak dan aku memberikan keyakinan kepada mereka bahawa kita sama2 perlu berusaha ke arah itu.
Bagi diri aku, aku rasakan dengan meletak target yang tinggi akan membuat aku bekerja secara bersungguh2 dan menguatkan azam serta menggerakkan guru2 aku secara tidak langsungnya. Azam aku adalah untuk membuat sesuatu yang terbaik kerana itu adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada aku. Jika tak tercapai, sekurang2nya segala usaha telah dilakukan.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
0 komen:
Post a Comment