Ingatkan hari ini dapat berada di sekolah tetapi ada surat segera yang meminta aku hadir ke mesyuarat tersebut di Hotel Summit, Subang Jaya dari pagi sampai ke petang. Penyelenggaraan peralatan ICT telah dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan kepada BTPN dan seterusnya ke PKG. Vendornya adalah kontrak pusat. Mesyuarat hari ini bagi mengumpul input dan isu2 yang perlu dan patut dibawa ke tengah atau pengurusan tertinggi. Nampaknya banyak perkara2 penting telah aku ke utarakan untuk pertimbangan mereka. Kalau mereka serik nak panggil aku lagi terpulanglah kepada mereka kerana apa yang patut aku suarakan telah aku suarakan bagi kepentingan semua sekolah di Malaysia.
Kepenatan mesyuarat tidak tamat disitu. Malam ini aku terpaksa menyambung satu lagi mesyuarat iaitu Mesyuarat AJK PIBG kali pertama setelah selesai mesyuarat agung. Boleh dikatakan sesi perkenalan dengan AJK baru dan menentukan program dan projek bagi tahun 2009. Bermula pada pukul 8 malam dan biasanya tamat jam 12 tgh malam. Ini bermakna aku bekerja berterusan lagi sejak dari hari Sabtu (kenduri kahwin), Ahad (kenduri kahwin), Isnin (perjalanan balik ke Kajang), Selasa (ke Tg Malim), Rabu (mesyuarat sehari semalam), Khamis (mesyuarat bola sepak zon selaku tuan rumah) dan Jumaat (mesyuarat PKG Bangi). Seterusnya Sabtu terpaksa pula terus ke Pusat Kokurikulum kerana pendaftaran masuk peserta Perkhemahan Kebangsaan. Isteri dan anak2 aku terpaksa balik ke kampung sendirian pada hari Jumaat dan Sabtu kerana menghadiri kenduri arwah. Yang penting aku pohon diberi kesihatan yang baik bagi melaksanakan segala tugas aku.
TK.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
4 komen:
itulah tugas sebagai seorang Guru Besar yang ada isteri, anak dan keluarga. tak pe, insya allah keberkatan diperolehi
Baguslah tu Faris kalau kau dah sampai apa yang biasanya menjadi permasalahan di peringkat sekolah. Suara kau amat penting kerana ia seolah-olah mewakili 10,000 buah sekolah yang lain. Harap2 input yang kau beri mereka akan mengambil langkah meminimumkan 'penderitaan' rakan2 di sekolah akibat 'kemewahan' yang diperolehi oleh segelintir pihak.....
faris, kau antara Guru Besar terganas, semalam PKG datang minta maklumat tu, dan dia akan key in kan di PKG. aku pun akan meeting bab tu kat sekolah dulu..
salam... ngeh3, lps meeting boleh pass keje kat org bawahan... tk le susah sgt kn.
Post a Comment