Hari ini aku berkesempatan untuk ke Tanjung Malim bagi menghantar borang permohonan aku berserta dokumen2 yang diperlukan. Aku tak pasti berapa orang yang memohon tapi dari kumpulan aku hanya kami berdua aje yang memohon. Mengikut Pusat Pengajian Siswazah, panggilan akan bermula pada 20 Jun 2009. Ini bermakna aku hanya sempat berehat sehingga tarikh tersebut sahaja. Selepas itu aku akan sentiasa sibuk setiap hujung minggu dan tiada lagi masa untuk berhibur. Aku dan rakan dah sama2 menanamkan azam untuk menguatkan semangat meneruskannya sehingga tamat kerana kami gusar akan terhenti separuh jalan. Ya Allah, kuatkanlah azam dan semangat aku.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
4 komen:
congratulations,
sesiapapun boleh memulakan yang baru,tetapi apabila anda sudah komited,ada perkara ghaib yang mendorong anda dan mustahil bagi orang lain menghalang anda -bill cosby , dipetik dari buku john c.maxwell bertajuk "the 21 indispensable qualities of a leader".
Terima kasih Rosnah di atas kata perangsang dan semangat yang diberikan. Memang kena ada perkara ghaib yang boleh mendorong dan saya rasa perkara ghaib itu ialah kekuatan azam dan semangat yang kental.
kau memang boleh faris, aku doakan kau berjaya..sebab kalau dalam minda kau dah set nak, kau biasanya dapat capai set up tu, macam main volleyball, kalau kau set elok elok, senanglah nak spike...banyak faktor yang menyebabkan aku delay program masters tu, aku perlu pastikan kesediaan aku betul betul mantap, sebab mcm kau takutkan...takut terhenti separuh jalan
Sop,
Betul tu. Kata orang ukur baju di badan sendiri. Kita perlu sesuaikan dengan keupayaan diri kita sendiri. Selain keupayaan diri, semangat yang jitu dan padu perlu juga bersama. Mungkin aku boleh jumpa kau pada bulan Disember nanti.
Jika berjaya, kemasukan aku ialah pada 20 Jun 2009.
Post a Comment