Monday, March 9, 2009

Reunion dan Ambil Jubah

Hari ini aku baru sampai dari kampung. Keletihan begitu terasa setelah dua hari penuh berhempas pulas membantu perkahwinan emak saudara disamping perjalanan jauh. Esok ada satu mesyuarat terakhir perkhemahan peringkat kebangsaan, walau bagaimanapun aku terpaksa mengambil cuti dan mengamanahkan Penolong Kanan Kokurikulum aku menguruskannya. Tujuan aku ialah untuk ke Tanjung Malim bagi mengambil jubah konvo dan seterusnya reunion kecil dengan semua rakan2 yang dapat hadir pada hari esok. Ini disebabkan semasa hari konvo nanti masing2 pastinya sibuk dengan keluarga masing2. Disamping itu aku terpaksa menguruskan beberapa perkara lain lagi. Insya-Allah segala-galanya dapat diselesaikan pada hari esok.

4 komen:

Min,
Terima kasih atas ucapan dan terima kasih juga kerana tolong tanya charger digital camera aku tu. Selamat berkursus di IAB.

Ya tahniah sekali lagi. Tapi engkau nampak macam nak jadi orang selangor je ? Tak de niat nak balik Pahang ke? Aku masih ingat ketika kita balik dari MPIHK ke Rompin. Terasa rompin begitu terasing. BUT NOW NOT ANYMORE... SEMUYA ADA..TQ

Shimme,
bukannya tak nak balik kampung tapi rasanya banyak masalah dan peluang perlu diselesaikan dulu di sini. Antara cita2 sendiri dan cita2 anak2. Insya-Allah bila pencen nanti baliklah tu.