Aku dah mula terasa sesak nafas dengan tugas2 yang terpaksa dibereskan. Pertamanya untuk persiapan kerja2 membaikpulih sekolah. Keduanya persiapan untuk mesyuarat guru dan LADAP. Ketiganya untuk agihan tugas guru2. Keempatnya sebagai pensyarah sambilan. Kelimanya aku dipertanggungjawabkan sebagai pengerusi program lawatan pelajar PhD universiti dari Thailand ke UPSI pada 25 Januari 2010 ini.
Tak tercapai tangan rasanya aku. Walau apapun itu adalah amanah dan tugas, kerja2 sukarela dan kerja2 tambahan yang terpaksa aku tempuhi dengan apa cara jua sekalipun. Tambahan kuliah akan bermula pertengahan bulan Disember ini. Insya-Allah, aku terpaksa melangkah dengan lebih pantas dan cepat. Untuk menjadi seorang yang berkebolehan bukanlah suatu tugas yang senang. Segala cabaran perlu dihadapi dengan tenang.
TK.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
12 komen:
berpada2 la faris dgn kesibukan ko tu dan kesihatan tu jgn lupa, mesti dijaga!
Faris,
Rasa tak tercapai tangan tak ape lagi.... kerana kita ade dua tangan dan kaki boleh membantu untuk melonjakkan diri ke depan atau ke atas. Tapi jangan sampai tak tercapai akal untuk berfikir pulak. Work smart bro! InsyAllah
YBS,
Memang nak berpada2 tetapi kadangkala tugas mendatang tanpa diduga. Insya-Allah kesihatan masih tip top.
Ita,
Sekarang ni tangan dan kaki semuanya bergerak. Akal sentiasa ligat berpusing dan berfikir. Work ni rasanya dah smart tetapi hard tu tak boleh tinggal juga.
Malam ni pulak dah janji dengan Sabri (dia ada di Bangi) nak ke KL untuk jumpa Saupi yang ada meeting MGB Daerah Kuantan. Memang balik tengah malam ni jawabnya. Esok dah nak gi meeting sehari suntuk untuk Pengetua dan GB daerah Hulu Langat.
Ita, daerah di Selangor ni meeting di daerah aje dan tak macam Kuantan, Saupi asyik meeting di KL aje.
sekiranya anda happy dgn apa yg anda lakukan... anda takkan terasa ianya satu beban bahkan ianya adalah azimat.
Terima kasih Cikgu Rosnah di atas kata2 perangsang. Kadangkala bagi mengurangkan stress, menulis adalah satu cara terbaik kerana ada pakar memotivasi menceritakan tentang gelagat seorang suami yang mempunyai isteri yang seringkali pengsan apabila nak pergi bekerja. Apabila si suami bertanya, si isteri menyatakan dia merasa begitu tertekan. Si suami pun menyuruh si isteri menyenaraikan apakah tugas2 yang dikatakan banyak itu. Setalah ditulis, si isteri pun membaca dan akhirnya si isteri menyatakan bahawa rupanya tak banyak tugasnya.
Di sebalik cerita tersebut, segala beban jika diluah atau dicatat di atas kertas, ianya akan berkurang secara tidak langsung kerana bebanan minda telah berjaya dikurangkan dengan meluahkannya di atas kertas.
Faris,
Amacam pertemuan u dgn Sabri dan Saupi malam semalam? Sihat mereka tu...maklumlah dah lama tak muncul dalam blog! Ade crite2 baru ke?
Kami kat Klang ni Faris... rasa mcm tak leh nak cuti je... memanjang ade je tugas dan mesyuarat yg perlu hadir/wajib hadir. Minggu pertama cuti dah GB dan Pengetua kena gi kursus kat Ilham PD . Senin ari tu pula kena hadir utk T/tgn kantin/kedai buku. Then Khamis ni ada taklimat NKRA, semakan SKPM 3 tahun berturut dan analisis UPSR 09(tadi baru dimaklumkan). Esok Tuan Pengarah dan seluruh jentera sektor Akademik JPNS dan PPD Selangor akan berkampung di Klang utk Mesyuarat Kurikulum Negeri. Dah tu minggu depan 16 Dec Taklimat Pengurusan Sekolah 2010. Minggu satu lagi dengarnya ade lagi satu mesyuarat penting. Then minggu berikutnya kita lak sibuk mengurus menyuarat di sekolah.
Tu kerja yg kat luar... kat dalam sekolah lak.. kena bijak merancang percaturan letak susun cikgu untuk semua tugas pengurusan, persiapan buku pengurusan 2010 lagi, tak cukup body cikgu lagi(perlu tambahan 12 baru muncul 8), kisah kelulusan bayaran tambahan kejap mcm tu..kejap mcm ni, mana nak pantau kerja2 pembangunan dan selenggaraan dan seribu satu mcm hal lagi.
Tup..tup sekolah pun dibuka semula utk 2010! Hem...bila masanya GB nak cuti ni..????
Ita,
Memang kita ni tak punya masa nak bercuti. Baru rancang nak cuti, tiba2 aje ada yang terpaksa dihadiri. Saya pun mula cuti gi kursus di IAB. Minggu kedua ke UPSI untuk seminar. Minggu ketiga dah ada mesyuarat yang menyentuh persediaan persekolahan 2010, new deals (kena isi portal sub NKRA), kelulusan bayaran tambahan (dipersetujui dlm mesy JK Khas PIBG aje) dan kena submit minggu ini utk kelulusan JPN. Difahamkan minggu depan ada perjumpaan dengan Pengarah di Sek Sri Puteri Cyberjaya pd 17hb. Minggu seterusnya dah nak mula mesy guru di sek, LADAP, mesy panitia, mesy JK Kecil (HEM, Koku dan Kurikulum). Serentak itu pd 23 ada mesyu kurikulum daerah pula. Terima guru 16 orang tapi tak semua lapor diri lagi. Nak buat agihan tugas lagi. Minggu lepas krismas nak mesy JK Kurikulum Sek, JK Hem dan Koku. Lepas tu dh nk buat pendaftaran pd 2hb Jan 2010. Memang betul2 penuh lah Ita. Dah rancang nak ambil cuti, tak jadi. Belum lagi tugas2 sampingan lain dengan IPG dan UPSI.
Tentang perjumpaan kami bertiga memang seronok mengimbas cerita2 lama. Dalam tak sedar kami selesai berbual hampir jam 2 pagi. Bila tak cukup tidur, semalam sewaktu mesyuarat dgn PPD jadi mengantuk semacam. Imbauan kisah silam kadang kala melucukan tapi kisah U kami tak cerita..... Cerita kisah lelaki aje. he he he....
Ita, harap2 kita akan terus merancang ke arah kecemerlangan 2010. Bila kena endorse New Deals ni dah terasa semacam berat tanggungjawab. SKPM kena semak kembalai kerana markahnya akan diisi dalam portal New Deals tu. Ingatlah 4 sub NKRA iaitu Prasekolah, LINUS, New Deals dan SBT (Sek Berimpak Tinggi). Selamat menempuhi cabaran baru walaupun belum sempat menarik nafas lega.
TQ.
aku bimbang faris tak lama lagi kepala kau akan jadi mcm prof.
ttg keje byk, mmg tak dinafikan. tuntutan mykt, negara terlalu tinggi terhadap sek. tapi..
aku kalau nak cuti, aku cuti je. semua keje aku tinggalkan. nak tunggu lapang mmg tak lapg. mati baru tinggal semua tu.
pada aku, buat keje mana yg patut dan dlm masa yg sama keje2 utk memupuk iman diutamakan.
Betul tu MPMN dengan cara kau. Cuma setakat ni aku tak tergamak buat sebegitu kerana aku anggap itu adalah amanah yang diberi dan perlu ditunaikan.
Faris, Zie; Saya mesyuarat PTK 30/11 - 4/12 hari tu. Sambung cuti 7 - 17/12 straight. Cuti dah lulus, cuti je. Dengar juga pasal mesyuarat dll. Tapi pass kat GPK je. Tak mau pening-pening kepala. Habis cuti, harung baik keje2 tu.
Aida,
Jika masih berkesempatan bercuti, alhamdulillah. Sekurang2nya dapat menyegarkan kembali minda. Selamat bercuti.
Post a Comment