
Di awal tahun persekolahan pastinya dipenuhi dengan kesibukan untuk menyelesaikan acara sukan. Hari ini telah diadakan Larian Sekolah dan diikuti dengan Sukan Tahunan pada 21 Februari 2010 nanti. Selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi penekanan kepada aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek, aktiviti sukan ini pastinya akan dapat membantu pembinaan fizikal murid dalam aspek jasmani supaya dapat dijana dan digembeling ke arah kestabilan emosi dan kecergasan intelek dalam menimba ilmu pengetahuan.Kepada murid2 ku yang telah berjaya pada hari ini, sekalung tahniah diucapkan dan kepada guru2ku yang telah berjaya melaksanakan program...