Hari ini aku dan isteri menghantar anak ketiga (bongsu) memasuki asrama di SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi bagi mengikuti Kelas Aliran Agama. Dia mengikut jejak kakak dan abangnya yang tinggal di asrama sejak Tingkatan 1 dan cuma yang beza ialah kakak dan abangnya di asrama Sekolah Berasrama Penuh tetapi dia di asrama harian. Ketiga2 anak aku memang mengikut jejak langkah aku yang mula tinggal di asrama sejak Tingkatan 1 sehinggalah tamat belajar dimana rekod aku ialah selama 9 tahun di asrama. Jika berjaya dipecahkan ialah anak sulong aku yang dah masuk tahun ke-8 dan mungkin akan mencecah 11 tahun jika tidak diminta tinggal di luar semasa di UIAM ini.
Sepertimana anak bongsu aku yang akan memulakan hari pertama persekolahan di sekolah menengah, aku juga akan menghadapi hari pertama persekolahan untuk semua guru dan murid aku bagi tahun 2010 ini. Harapan aku agar kejayaan yang lebih cemerlang dan gemilang akan berjaya dikecapi di tahun 2010 ini dengan perancangan pelbagai program yang lebih agresif.
Kepada semua rakan2, selamat menghadapi hari pertama persekolahan dengan semangat dan iltizam yang sangat tinggi demi kejayaan murid2 yang dididik dan guru2 yang dipimpin.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
6 komen:
wah kira ko ni ank asrama lah ye..samelah aku jg ris. dari tkt 1 hingga 5 dok asrama. lpas tu dok maktab pun dok asrama. ppgb pun dok asrama hehehe
faris
anak bungsu kau lebih tinggi dari kau...aku rasa dalam rumah tu kau paling rendah...
Jon,
Dalam badan kita ni dibesarkan dengan makan nasi kawah aje.
KK,
Setakat ni wif aku paling rendah dan bukannya aku. He he he..... Kau punya perkiraan tu salah.
ke ko yg selalu merendahkan (membawahkan) wife ko faris, hahaha....
Yang tinggi,
????? TST... faham2 sendirilah.
Post a Comment