Hari pertama persekolahan tahun 2010 ni agak menyesakkan nafas aku. Jika di tahun2 yang lalu sekadar mengurus bank-in duit yuran, memastikan perjalanan P&P, memastikan peralatan mencukupi dan beberapa perkara lain yang asas tetapi ia berbeza di tahun ini. Bermula dengan sesudah subuh apabila kereta isteriku tak dapat dihidupkan kerana bateri lemah, terkejar2 ambil kereta biras aku. Ibu bapa pula ramai lagi yang datang menguruskan bayaran anak2 mereka kerana tak ramai yang datang pada hari Sabtu. Pertambahan kelas menyebabkan ada jadual waktu dan bilik darjah yang terganggu. Pemantau dari PPD pun ada datang tahun ini. Dan yang menyesakkan nafas ialah menyiapkan laporan audit untuk dihantar pada hari esok kerana tahun ini sekolah aku diarahkan hantar awal. Selepas ni nak pergi beli bateri kereta pula. Huh... penat jugak hari ini.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
4 komen:
faris
sian kau . aku caya kau dah biasa kerja dibawah tekanan tinggi ni..aku kecoh cara lain pulak...nak citer pun malas lah ris...malas nak naip.. aku akan ke KL nak sedut nota nota kau dari IAb, Upsi dan master sebab hd aku diformatkan baru baru ni habis semua stok aku ...nanti sampai kajang aku call kau...
KK,
Dah nak kebetulan hari ini penuh aktiviti. Tentang sedut menyedut tu, anytime. Tapi kau inform aku dulu bila nak datang kerana nota IAB aku letak dalam CD. Nota UPSI dan Master tu adalah dalam HD aku. Copyright control.
Nak buat master kot kawan kita ni faris? Nota masterpun dia nak....
Biasalah Faris, bila dah mula sekolah, kelam kabut juga kita dibuatnya. Sayapun sama. Jumaat ni ada kelas dan kena hantar satu asgmnt Nazimudin, tak buat lagi. Harap last minit siap.
Che Hassan,
Saudara Yusof kita ni nak buat master di universiti lain kot. Tak nak buat di UPSI.
Sibuk yang amat sangat kerana kerja yang bertindan tindih. Assignment tu kena siapkan. So far saya baru ada satu assignment untuk paper analisis data. Tak buat juga lagi ni. Esok atau lusa baru nak buat. Jangan lupa kelas hari Jumaat dan Sabtu ni. TQ
Post a Comment