Thursday, January 21, 2010

Tahniah! Penerimaan Surat Perlantikan

Petang tadi aku menerima panggilan telefon dari Saudara Abu Kassim. Beliau kelihatan begitu gembira berdasarkan nada suaranya. Yang pastinya sangkaan aku tepat kerana beliau menyatakan bahawa telah menerima surat tawaran perlantikan ke DG41 seperti yang telah dipohon dan ditunggu-tunggu selama ini. Berita gembira itu telah disampaikan kepada aku dan pastinya bagi semua rakan-rakan lain diharap bersabar menunggu kerana proses kita lebih panjang sedikit kerana ia perlu melalui Jabatan Pelajaran Negeri dahulu sedangkan saudara Abu dan Adley terus melalui BPG.
Syabas kepada rakan-rakan sekalian dan rasanya tugas dan sumbangan aku dahpun berakhir. Semoga rakan-rakan semua akan terus berdikari. Terima kasih.

13 komen:

tahniah Abu Kassim!

kita kena sabor ler faris kan? bila agaknya bole dpt surat keramat tu....hehe

tahniah,tahniah, kpd yg dah dpt.

perjuangan blum selesai lagi faris.mkn ada lagi hal2 lain yg kawan2 nak minta bantu....harap dituruskan lagi.

surat tu keramat ke usup????!!!!

Tahniah. Dapat tarikh bila? Saya tak dapat lagi

Tahniah untuk diri sendiri,tahniah untuk semua he he he

Cop, Anas dan binzain,
Memang tahniahlah sesama kita.

CG Aida,
Surat yang diterima adalah tawaran perlantikan. Pengesahan perlantikan akan menyusul setelah kita melengkapkan segala dokumen seperti tapisan keselamatan dll. Saya difahamkan tarikhnya adalah 2 Oktober 2009.

tahniah..surat pengesahan pelantikan tu lambat ke? berapa lama biasanya.Saya hari tu dilantik pada 31 Disember 2008 surat penerimaan tawaran dah hantar tapi surat pengesahan lantikan blum dpt. so saya tak leh ambik PTK LAGI LE,,

CG Rosnah,
Biasanya hampir setahun juga untuk pengesahan perlantikan tu. Yang lambat biasanya tapisan keutuhan dari keselamatan dalam negeri. Sabar ajelah utk tunggu ambil PTK.

senaraikan/isythiarkan sapa2 yang dah dapat tawaran di blog ini sebagai senarai semak

tahniah abu n adly...sbg permulaan kpd rakan2 semue...sof dan bizain- masukkan dlm frame surat tu nanti.sb surat keramat.. faris syabas krn berusaha tak jemu2..

soal ptk tu takpe la jugak..tapi surat kebenaran belajar ni jpn tak keluarkan sehingga ada surat tu..blajr dah nak abis..surat kebenaran lum dapat..

Anony,
Sesape nk isytihar, boleh aje.

Jon,
Sesape yang nak framekan, lagi bagus. Almaklumlah, kenangan abadi.

CG Rosnah,
Memang selagi tak ada pelantikan, kelulusan cuti belajar tak akan diperoleh. Bermakna, kelayakan cuti khas 30 hari tidak layak diperoleh.

Group saya dah mula seorang-seorang dapat surat tawaran pelantikan. Ada member Pahang yang dapat surat tawaran pada bulan Nov 2009 dah dapat surat pengesahan pelantikan. Lega semacam je dapat surat-surat keramat ni.