Friday, January 29, 2010

Larian Sekolah 2010



Di awal tahun persekolahan pastinya dipenuhi dengan kesibukan untuk menyelesaikan acara sukan. Hari ini telah diadakan Larian Sekolah dan diikuti dengan Sukan Tahunan pada 21 Februari 2010 nanti. Selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi penekanan kepada aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek, aktiviti sukan ini pastinya akan dapat membantu pembinaan fizikal murid dalam aspek jasmani supaya dapat dijana dan digembeling ke arah kestabilan emosi dan kecergasan intelek dalam menimba ilmu pengetahuan.
Kepada murid2 ku yang telah berjaya pada hari ini, sekalung tahniah diucapkan dan kepada guru2ku yang telah berjaya melaksanakan program ini serta komitmen anda, terima kasih di atas usaha yang tidak mengenal jemu.
Terima kasih.

12 komen:

salam ziarah,
baguslah aktiviti larian sukan /merentas desa diadakan sebagai persediaan pelajar menjelang Sukan Tahunan nanti.Ia dapat membentuk kecegasan fizikal pelajar.

tahniah faris. hang memang cepat segala gala...

Salam Puteri Azizul,
Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan. Kalau dulu sewaktu kita bersekolah, acara merentas desa sampai terpaksa memasuki denai, menyeberangi sungai kecil dan jaraknya memang agak jauh dan memenatkan. Tetapi keadaan sekarang berubah kerana setiap murid sekolah sekarang hanya merentas taman perumahan sahaja. Fizikal orang dahulu lebih mantap dan kukuh.

Jon,
Nak kata cepat, taklah cepat sangat. Tetapi segala2nya perlu dibereskan lebih awal agar tumpuan kepada aktiviti akademik boleh dijalankan secara lebih agresif selepas ini.

Tentu penat kan mengurus sekolah lagi, belajar lagi. Tapi cikgu memang hebat.

Cikgu Aida,
Kalau diikutkan penat, memang terasa penatnya terutama bila assignment datang bertubi2 dan perlu dihantar segera pulak tu. Kata orang selagi semangat kuat, apa sahaja akan ditempuhi. Tak nak join ke?

Memang berhajat tapi rasa tak laratlah pulak.

Cikgu Aida,
Memang itu terpulang kepada individu tersebut. Jika mampu, teruskan dan jika sebaliknya, pendamkan aje. Mungkin anak2 dapat meneruskan hajat kita.

eh,eh Gb lari pakai sampin ke?

aku pening kepala apabila terima surat siaran KPM - "jadual pelaksanaan program sukan dan permainan sekolah sepanjang tahun".

kalau diikutkan surat ini sukan sekolah dlm bln jun dan julai. kemudian pertandingan antara rumah sukan dlm bln julai,ogos dan sept.gila sungguh dlm bln puasa
pun ada aktiviti sukan.siapa la punya perancangan ni.kau dah terima ke blm surat siaran ini.

aku tak nak ikut,sebab aku dah buat perancangan sejak thn 2009 lagi.

kau ubah suai je...zol...bukan susah sangat..PK KO kau pun ok

binzain,
Kami di Selangor tak ada pun terima surat siaran tu. Adakah ianya dari KPM? Ataupun sekadar dari JPN? Itulah jika diberikan jawatan kepada orang yang bukan ahlinya.

Jon,
Bab ubah suai tu memang senang. Apa yang penting ialah hanya kita yang mengetahui tentang sekolah dan komuniti setempat kita. Jika ada jawapan rasional, teruskannya.