Monday, January 25, 2010

Thailand Delegation Visit - Best Practices

Alhamdulillah kerana aku telah berjaya menyelesaikan satu lagi tugas sukarela sebagai Pengerusi dan Urus Setia lawatan delegasi pelajar PhD dari Vongchalitkul University, Thailand. Kami seramai 17 orang telah diamanahkan untuk melaksanakan program lawatan ini dengan menyambut ketibaan, menguruskan aktiviti dan meraikan mereka. Oleh kerana tugas ini diserahkan oleh pensyarah dan fakulti kepada kumpulan kami, tambahan sebagai pengerusi, aku terpaksa mengambil cuti. Kepada rakan2 ku sekalian, terima kasih diatas komitmen tuan-tuan dan puan-puan dalam menjayakannya. Insya-Allah, green light dari mereka agar kita membuat lawatan balas akan cuba kita laksanakan. Cadangan mereka untuk lawatan balas tersebut pada bulan Disember ini bagi tempoh 4 hari 3 malam mungkin supaya kita merasa cuaca agak sejuk di sana yang terletak 250 km dari Bangkok ke arah utara dan bersempadan dengan Laos.
Agak2nya bolehkah aku passkan jawatan pengerusi ini kepada rakan2 lain?????

5 komen:

tahniah, tahniah, tahniah!!!

tiga empat ari ni line internet kat muO problem la faris....hehe

Cop,
Aku punya SchoolNet dah ada problem sejak 15 Jan lagi dan hari ini baru settle (sat ni) setelah telefon pihak2 tertentu di peringkat atasan.

line schoolnet dah ok sikit arini....

jauh perjalanan luas pengalaman. peluang ada dan kemampuan pun ada apa salahnya. bagi diri aku pula jika ke tpt gitu yg merisaukan aku ialah bab makanan. hati2.