Pagi ini akan diadakan Mesyuarat Persediaan Menghadapi H1N1 Semasa UPSR. Pastinya mesyuarat ini akan menjelaskan segala tatacara persediaan semasa hendak menghadapi UPSR yang akan berlangsung pada minggu depan.
Petang hingga ke malam, sekolah aku akan mengadakan bacaan yasin, solat hajat, berbuka puasa dan solat tarawikh, juga sempena UPSR. Majlis akan bermula pada pukul 6.45 petang dengan bacaan yasin. Setelah itu berbuka dan solat maghrib. Selesai solat maghrib terus bersambung dengan solat hajat. Selepas itu barulah jamuan makan berbuka diadakan. Disinilah kesempatan diambil untuk sesi ramah mesra dan mengeratkan silaturahim di antara sekolah dengan ibu bapa. Majlis disambung semula dengan solat isyak berjemaah dan solat tarawikh. Majlis akan bersurai sebaik sahaja selesai solat tarawikh.
Setelah usaha fizikal dan mental diadakan sejak awal tahun, aku harap usaha secara rohaniah ini akan membantu kejayaan pelajar sekolah aku. Insya-Allah.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
0 komen:
Post a Comment