Aku dalam dilema. Dilema yang menyebabkan aku di persimpangan. Dilema yang memerlukan pemikiran yang luwes dan analitik. Aku telah dilamar. Lamar? Mungkin ada yang tertanya2. Maksudku sekali lagi aku menerima panggilan telefon yang inginkan jawapan pasti daripada aku sama ada menerima lamaran atau tidak?
Sebenarnya aku telah diminta oleh TKPPM untuk kembali semula ke KPM apabila beberapa kali terjumpa dengannya dan kali terakhir seminggu sebelum hari raya. Rakan2 ku di KPM dan lain2 inginkan kepastian aku supaya mereka boleh proceed ke BPSM. Tambahan pula aku dicadangkan oleh TKPPM ke Bahagian SBP & Kluster. Tetapi pagi ini aku dicadangkan balik semula ke unit lama (ICT) di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Dilema yang menyelubungi aku ialah adakah aku kekal di sekolah? Atau aku kembali semula ke KPM? Semuanya berkait rapat dengan kesan jangka panjang iaitu kenaikan ke gred yang lebih tinggi dalam tempoh masa yang singkat. Jika difikirkan peluang kenaikan gred, aku perlu berada di sekolah. Jika difikirkan kemahiran dan sumbangan yang boleh aku berikan, aku perlu berada di KPM.
Solat isthikarah? Perlu dilakukan. Nasihat? Siapa boleh beri? Panduan? Rasanya aku dah dapatkan maklumat dari BPSM sendiri. Karier dan kerjaya? Aku rasa akan lebih mudah di KPM bila aku nak terus menyambung pelajaran dan buat kajian.
Aku harap rakan2 sekalian yang sudi memberi pandangan, bimbingan, panduan, nasihat dan sokongan dapat menyatakannya kepada aku supaya aku boleh membuat penaakulan analitikal. Terima kasih.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
22 komen:
faris
kau tentu boleh buat keputusan yang terbaik..ada orang kata..kita tak ada dapat semua yang kita ingin kan...win some lose some...ada pulak orang bijak pandai kata..tak ada satupun yang boleh bergerak sendiri tanpa izin Allah...dan setiap gerak dan geri adalah dari Allah..tawaran dari TKKPPM tu adalah satu gerak geri Dia. Tentu ada sesuatu yang sedang menunggu kau di situ...mana tau kan. Kalau banyak kosong kat KPM tu kau hantar surat satu kat aku..biar aku kerja kat sana sama dgn kau, senang aku nak repair komputer...dgn kau...kau pikirlah...aku rasa elok kau pergi jaga sekolah kluster tu...kalau kau tak nak, beri kat aku...
salam. orang berkemahiran dan pakar dalam ict seperti faris ni, memang elok dan layak bertugas di KPM. di sekolah, kita kena tahu dan ambil tahu semua bidang dan perkara - murid, guru, kemanusiaan, fizikal, kurikulum, komuniti dan apa apa je lah. tapi di pejabat samada di jabatan atau KPM, kerja kita berfokus dengan bidang tugas kita. di KPM,networking dalam dan luar Malaysia mudah diperoleh, lebih2 lagi orang macam faris yang terkenal dengan sifat suka menolong - pastinya mudahlah. walau apa pun, jangan lupa untuk bincang dengan isteri dan ibu, kerana di sebalik kejayaan seorang lelaki adalah kerana adanya seorang wanita.TQ
Faris,
selain drp solat istikharah, yg keduanya aku cadangkan ko buat perbincangan dan bermesyuarat sama ada dgn ahli keluarga/saudara mara ko atau pun kenalan rapat. InsyaAllah ko tidak akan rugi dan menyesal dgn keputusan dan tindakan yg ko akan ambil nanti. Aku doakan ko diberikan kebaikan dan keberkatan oleh ALLAH SWT di dunia dan akhirat, amin!!!
Sof,
Kalau diikutkan kenyataan ko tu, memang ada logiknya bahawa mungkin rezeki aku disana kerana sewaktu aku keluar dulu pun memang itu perjanjiannya iaitu balik semula selepas tamat belajar.
Kalau ko berminat ke KPM, nnti aku usahakan. Tak duduk lagilah di rumah anai ko tu.
Aisyah,
Terima kasih di atas panduan. Memang kejayaan seseorang lelaki adalah hasil dokongan dan dorongan daripada seorang wanita. Kerana itulah saya jadi cikgu sebab semua itu atas desakan ibu. Sewaktu saya ke KPM tahun 1999 dulu pun, isteri setuju. Dan jika diikutkan saranan isteri memang dia bersetuju saya balik semula ke KPM.
Cop,
Panduan yang baik kerana ambil kira pandangan semua orang yang berkait rapat. Dan melalui blog ini juga merupakan salah satu cara aku dapatkan pandangan rakan2.
buat pilihan yg terbaik untuk diri sendiri.sembahyang sunat istikarah, minta petunjuk.bincang dgn keluarga dan yg lebih baik lagi bincang dgn TKPPM.apa keistimewaan yg akan dapat sekiranya ko balik ke kementerian.ingat utk ke dg 44 mesti jadi Gb selama 3 tahun,tapi dasar ini boleh berubah bila2 masa.apayg penting jgn menyesal atas keputusan yg kita ambil.rezeki kita ditentukan oleh yg maha Esa.
TK Tok Lebai,
Kenaikan 3 tahun ke DG44 tu lah yang menghantui aku sekarang. Kalau ke KPM, aku akan terlepas fast track ni. Sebab itu ada fening kepala sikit....
Salam....Faris. Apa pun aku ucap tahniah kat hang. Jk TKPPM sdiri ofer tentu ada sesuatu di unit tu (KPM). Betul kata rakan2 begitu juga Tok Lebai. Elok hang jumpa & bincang sdiri dgnnya ttg laluan fast track tu. Jk di KPM spt biasa jangkamasa 7 tahun tu agak lama juga. Cuma ttg peluang & kemudahan melanjutkan lagi pelajaran tu juga agak memihak kpd hang, jk di KPM. Selainnya hang solat sunnat istikharah minta petunjuk tu jugak agak sesuai dilakukan serta bincang lagilah dgn pihak BSM..... terima kasih.
AMA,
TK atas panduan. Seelok2nya begitulah tetapi tak boleh juga berpegang atau berpaut pada satu dahan saja. Nanti bila dia dah pencen, lain pula ceritanya. Mengikut BPSM, tempoh kenaikan ke DG44 secara hakiki adalah 5 tahun. Yang 7 tahun tu bagi time-based (setelah ditambah dgn servis sebelum siswazah). Bila cukup tempoh 5 tahun, kena pandai cari luang dan peluang yang ada untuk melompat. Ini bermakna ketinggalan 2 tahun dari rakan2 GB di sekolah.
di sek kau bos. di kementerian kau bos satu msia unit yg kau pegang. boleh keliling dunia dgn mudah. gb peluang tu susah dpt. org akan entertain kau bila dtg jab/ppd n sek. sek kau tak dpt tu. cg pun tak semua hormat kat kau. ada yg ikhlas dan ada yg pura2. 44 tu lewat sikit pun tak apa. usia kau muda lagi banding dng kita org ni.
Thanks Lebai Kulup. Memang dulu dah merasa semua tu. Bab keliling dunia ni, mmg dah penat rasanya. Apa yang penting ialah apabila kita dapat menyumbang sesuai dengan kemahiran dan kepakaran kita.
Salam faris,
Tahniah to u.Pegi Faris.l rasa peluang u lebih baik di Kementerian.
One day nanti l akan lihat u become 1 of the top person di kementerian.
l doakan kejayaan u.
NON
Salam Non,
Thanks. I sdg fikir2kan ni.
Salam Faris,
tahniah atas tawaran yang diterima, tentu pihak yang membuat tawaran tu dah lama lihat kebolehan you dalam bidang tersebut.Bagi I kat mana-mana pun you memang ada potensi untuk pergi jauh, malahan jadi orang penting satu hari nanti. Rasanya dengan tugas kita yang semakin rencam di sekolah tentu tumpuan untuk belajar lebih mencabar daripada berada KPM, tapi dalam masa yang sama you akan terlepas peluang untuk laluan fast track ke DG44.
Cubalah you buat pertimbangan yang mana satu yang menjadi keutamaan you masa ini, nak habiskan belajar dengan jayanya di samping dapat menyumbang kepakaran you atau nak kejar 44?
Sesungguhnya Allah maha adil terhadap umatnya, selalunya kita tidak akan dapat semua yang kita hendak dalam satu masa, namun mungkin segala pengorbanan kita masa kini mungkin akan di berikan ganjaran yang lebih besar di masa akan datang....InsyaAllah.
(teringat lagu ' Di persimpangan Dilema' oleh Nora)
Faris,
Congratulations for the offer you got. No matter what you choose, do go for it and never regret, all the best.
Ton,
Bukanlah sepenuhnya adalah tawaran tetapi adalah perjanjian sewaktu keluar ke sekolah dahulu iaitu selepas tamat balik semula ke KPM. Ingatkan boss dah lupa tetapi bila terjumpa dia tanya semula.
Sememangnya kita tak akan dapat kedua2nya. Seperti kata Nora dalam lagunya Di Persimpangan Dilema tu, fikiran timbal balik di samping berserah kepada Allah s.w.t. adalah cara terbaik. Insya-Allah, andai kata tak ada rezeki 44 cepat, mungkin ada rezeki lain. Serupa macam kita tak dapat 38, mungkin ada hikmah di sebaliknya. TQ.
Lee,
Everybody dah call and ask me when to go. Yesterday, I ke KPM dan bila terjumpa ada yang bertanya dah masuk semula ke? I said untuk uruskan tatatertib cikgu sekolah I.
Anyhow for the moment I masih tak beri jawapan lagi. My focus now is the final exam next week. Thanks Lee.
faris kalu dah buat keputusan tu, jgn pandang belakang lagi ,teruuusss kehadapan biar pun ada halangan yg merintang.cekalkan dan tabahkan hati menempuh halangan tersebut.pasti dihujungnya ada kepuasan dan kenikmatan yg akan kita terima.
rezeki ditentukan oleh yg MAHA ESA.
faris...kalau kau nk kejar yg singkat DG44, terus je di sekolah. tp kalau kau ke KPM lebih dari DG44 kau akan dapat dan lebih banyak lg peluang kau akan perolehi..kau pun dah biasa kt dlm tu..tentu lebih arif ..
faris
aku akan ke UPSI pada sabtu 9.10 ni, jalan jalan. aku akan ke upm pada 10.10 ni ada open house kat umah kawan lama aku di sri serdang...dalam dua hari ni, boleh aku ambik laptop..yang penting laptop tu ada dalam keta kau
faris
bab ke KPM ni, kau demandlah sikit, dgn TKPPM tu, boleh masuk tapi bagi kau 44 pada tahun 2011..kalau dia kata ok, kau pun zuuuplah...kau kena demand sikit sementara kau laku ni...harap kau jangan lupa aku...aku yang meriba kau dulu masa kau nak tido...sambil membelai rambut lagi masa orientasi perasa dgn pak su dulu....hahahaha
Tok Lebai,
Memang sekali dah melangkah dah tak boleh berpatah balik.
Jon,
Sedang fikir, tolak, tambah, darab dan bahagi. Tak ada keputusan lagi.
KK,
6-9 Okt aku kursus di Concorde Inn, KLIA. 9 Okt aku dh ke UPSI (8 mlm ada exam). 10 Okt masih di UPSI, study. 11 Okt lagi satu paper exam (9 pagi). Bila agaknya? Kalau di UPSI ko nak jumpa aku, aku bawa laptop tu ke UPSI nanti.
Bab demand ni, kemudian sikit boleh demand. Aku dengar mungkin TKPPM akan jadi KPPM bila Tan Sri bersara. Kalau betul, peluang aku mungkin lebih baik. Ha ha ha...
Post a Comment