Dalam menuntut ilmu seharusnya pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi. Segala-galanya menuntut kesabaran dan keikhlasan hati demi secebis kejayaan. Alhamdulillah kerana setakat ini segala dugaan dan cabaran dalam menuntut ilmu telah dapat ditempuhi, diharungi dan dicapai. Apa yang penting sekarang ialah semoga Allah s.w.t. sentiasa memberikan kesihatan yang baik sepanjang masa.
Untuk minggu ini bagi dua assignment yang dipertanggungjawabkan telah dapat aku lunaskan dengan setiap satunya melebihi 50 muka surat walaupun saranan lebih kurang 6000 patah perkataan sahaja. Betul juga kata sesetengah pensyarah, cikgu ni jangan diberi peluang bercakap, pendek kata sukar nak berhenti. Begitu juga dengan penulisan, semasa nak mula tu memang sukar tetapi bila dah bermula dah jadi meleret-leret pula bicaranya. Adakah semua guru sebegitu????
Harapan aku semoga kuliah minggu hadapan dibatalkan kerana sedang sibuk dengan persiapan untuk balik raya. Oleh itu, minggu ini kena approach pensyarah betul2. Insya-Allah, kerana pensyarah pun nak balik beraya juga.
Terima kasih.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
6 komen:
cikgu beso jer yg sama ada bercakap atau menulis suka meleret2....hehehe
tak penat ke bercakap jer???
yeah cikgu faris... masa untuk guna comunication's skill dengan pensyarah tu...semoga berjaya...
Dalam sibuk-sibuk dah nak raya. Kami sekeluarga beraya di Kelantan. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
Shimme,
Tahun ini giliran di Kelantan ye. Selamat pulang dan berhati2 di jalanraya. Kalau raya di Rompin, bolehlah datang ke rumah saya. Jadual saya seperti biasa iaitu sambut di Rompin dan akan balik ke Muar pada sebelah petang hari raya pertama. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari saya sekeluarga untuk Shimme, Rosnah dan anak2.
Selamat hari raya untuk Faris dan keluarga.Harap selamat dalam perjalanan untuk pulang ke kampung.Minta halalkan semua ilmu2 ict, nota2, masa dan tenaga. Moga Allah akan membantu cikgu dalam mengejar cita-cita. ..# SALAM AIDILFITRI# ...
Kak Kiah,
Terima kasih. Salam kemaafan juga dari saya sekeluarga. Ilmu, nota, masa dan tenaga tu dah dihalalkan dari dulu lagi kerana jika tak dikongsi ia akan beku begitu sahaja. Saya juga mohon dihalalkan makan minum dan segala-galanya terutama bila makan kuih Kak Kiah tu.
Salam Aidil Fitri
Post a Comment