Sunday, September 13, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Mohon Kemaafan



Kepada Semua Rakan dan Kenalan,

Saya sekeluarga mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan atas segala keterlanjuran kata dan kesilapan yang disedari serta tanpa disedari sempena bulan Ramadhan yang mulia dan kehadiran Syawal yang ceria. Semoga kita menjadi insan yang sentiasa memaafkan segala kesalahan orang lain terhadap diri kita.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin.

Wassalam.

Ikhlas daripada,

AHMAD FARIS BIN HAJI JOHAN
RUHIBAH BINTI HAJI SHAFEI
IFFA NUR SYAFIQAH
AHMAD FAKHRUL
IFFA NUR SYAQIRAH

15 komen:

faris dan cikgu serta keluarga...
selamat hari raya...dan jemput datang kerumah di rompin.maaf zahir bathin jugak pada kau sekeluarga
YUSOF SEKELUARGA

Salam Faris & keluarga.

Saya juga mohon ampun maaf atas apa jua salah & silap...mohon dihalalkan yang termakan dan terminum. Selamat Hari Raya Aidilfitri....berhati-hati di jalanraya. Jika ke Sbg Jaya jemputlah dtg ke kuaters saya tinggal tu. Raya pertama & kedua di Bkt Badong ,Ijok dan Raya ke3 & 4 di Jengka Sebelas, Jengka Pusat. Hari ke 5 dah ada di ofis (sekolah). Terima kasih. Wassalam

Yusof,
Terima kasih. Selamat Hari Raya juga diucapkan. Maaflah kalau ada terkata ko selama ini dalam gurau senda di blog. Aku ada di Rompin pada hari raya pertama aje. Kalau ko balik kampung, tak dapatlah nak jumpa. Walau apa pun, bila2 masa boleh jumpa lagi. Maaf Zahir Batin.

Aziz,
Sama2lah kita bermaafan atas segala keterlanjuran semasa serumah waktu belajar dulu tu. Cepatnya ko bekerja semula? Aku pun dah ada kelas semula pada 25 Sept tu sebab 9-11 Okt dh nk exam. Insya-Allah kalau aku ada ke SJ, aku singgah rumah ko tu.

faris,
selamat hari raya utk ko serta keluarga. maaf zahir bathin, mintak halalkan yg termakan terminum, terngata terngumpat....hehehe

aku cuti seminggu, 28/9 baru keje!

YBS,
TK. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin juga diucapkan kepada ko sekeluarga. Lebih2 lagi bila terbanyak kata ko selama ini.

Aku juga cuti seminggu tetapi 25 dah kena attend kuliah. Aku balik Muor pd petang raya pertama.

selamat raye faris..maaf zahir batin.

TK Joni,
Selamat Hari Raya dan maaf jua dipohon. Jangan lupa survey harga pakej makan dan penginapan untuk reunion di Pulau Redang.

Salam....Tk Faris. Aku masuk kerja balik agak cepat sbb nak temankan staf sorang tu PA baru bertukar ganti PAR yg dah bersara- berbangsa India aku panggil dia Uncle aje.....yg lain cuti lagi. Rabu & Khamis ada 2 staf pompuan bertugas.Sek aku pun cuti Jumaat lusa tu ambil cuti peristiwa ada baki satu hari lagi tak perlu gantilah. Ttg H1N1 dulu juga tak perlu sek ganti sbb jumlah persekolahan ada 192 hari hingga akhir tahun ni. Ok selamat berbuka puasa.....Wassalam.

Faris serta sekeluarga,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan moga sihat belaka

Ya.semua itu masih menjadi ingatan. Sekarang kawe bermastautin di Rompin. Tak sangka pula. Tapi Rompin sekarang semua ada. Tak macam dulu awal 80-an. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Kalau cuti lama jempugt ke rumah di Sepayang raya 4 baru ada di sana.

Salam faris,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir batin buat saudara sekeluarga. Semoga aidil fitri tahun ini lebih membawa kebahgiaan kepada seisi keluarga.

Jika memandu pulang berhari raya berhati-hati. Aku tengok jalan raya dah penuh dengan deretan kenderaan.

Jemput ke rumah jika beraya di rompin. Sekarang aku dah tak ada istilah balik kampung, memang inilah kampung aku.Kedua-dua bapa dan ibu mentua di muau dah tak ada.
Adik-adik ipr balik ke sini pulak.

Faris ,jemput datang ke rumah saya pada 6 Okt nanti.

Normah,
Nampaknya tak dapatlah saya nak hadir. Bergelumang dgn kuliah ganti dan nk prepare utk final exam pada 9-11 Okt nanti.
Terima kasih kerana sudi menjemput.

kamu berbesan dengan aku le faris..