Friday, September 4, 2009

Apa Alasan Nak DIberi????

Aku telah pulun sampai terasa keletihan yang amat sangat. Disamping assignment, sibuk juga dengan urusan sekolah dimana murid-murid sedang bergelumang di saat akhir sebelum menduduki peperiksaan UPSR minggu depan. Akhirnya aku tak dapat siapkan satu tugasan iaitu analisis SPSS. Nasib baik tugasan proposal penyelidikan secara berkumpulan dua orang tu telah tolong disiapkan oleh rakan aku. Terima kasih banyaklah Mahani kerana tolong selesaikan assignment tu. SPSS ni, aku kena beri alasan yang kukuh kepada Prof aku. Apa ye???? Ahh... cakap aje CD yang diberi tak boleh buka. He he he... Sebenarnya aku akan cakap terus terang aje dengan Prof sebab dah memang banyak kerja, nak buat macam mana?
Sekurang-kurangnya aku bertolak ke Tg Malim sebentar lagi dalam keadaan agak tenang dan lega. Seperkara yang difikir, nak berbuka apa petang ni ye?

9 komen:

Faris,
Berterus terang adalah cara terbaik. l think he will understand your problem.
Don't worry, u can manage your assigment walaupun u stress. l know u can do it.
good luck ,Faris.
My love to Mahani.

This comment has been removed by the author.

cikgu faris alasan cd tidak blh dibuka itew dh tak blh pakai sbb kami semua akan jawab balik .." aikk..sebelum ni saya test bukak dkt pc lain ok jek takder masalah.." jeng..jeng..jeng

hahaha kantoi faris kalau mcm tu.....tp aku yakin kau tak akan menipu, sepanjang kita bersama kau bukan ler jenis org yg suka menipu wp sesekali pandai juga kau temberang, hehehe...

Non,
It's ok. Sy boleh minta jasa baik Prof kerana beban tugas sebagai Penghulu. Lagipun tak urgent sangat.

Pn Suliana,
Terima kasih di atas tips yang diberi. Memang saya pun dah duga mesti itu jawapan yang diberi. Macam saya dengan cikgu2 saya di sekolah dan murid2 juga.
Tapi hari ini memang betul ada beberapa orang datang tunjukkan CD yang dibeli tak boleh digunakan. Maknanya betullah ada CD yang rosak. He he he...
Prof Jumaat, tentu Pn Suliana kenal wataknya. Anyhow, thanks. Semoga akan terus berjaya tamatkan PhD.

Cop,
betullah. aku ni tak pandai nak menipu. cakap betul aje. so far hari ini yang dilalui semuanya beres. tak adalah istilah kantoi tu. Selamat berbuka Cop

Kau ingat prof kau tu tak baca blog kau ker? bila kau jumpa dia dan nak bukak mulut, aku rasa dia akan terus perli kau...hehe

Min,
Prof aku ni baik orangnya. Boleh compromise. Dah ok pun.