Sunday, September 27, 2009

Silatur Rahim Keluarga dan Kenangan Hari Raya 2009

Hari ini merupakan tamat cuti sekolah dan cuti hari raya. Esok merupakan hari bekerja. Segala persiapan bekerja perlu dilakukan pada hari ini. Namun begitu aku mengambil kesempatan hari ini untuk mengumpul saudara mara aku yang berada di sekitar KL dan Selangor untuk berhimpun dan berkumpul di rumah aku. Maksudnya open house untuk saudara mara terdekat aje pada hari ini. Matlamatnya adalah untuk mengeratkan silatur rahim sesama saudara sendiri yang walaupun dekat tetapi sukar untuk bertemu disebabkan kesibukan tugas masing2.


Aku dan isteri tercinta


Anak2 kesayangan aku


Ibu Bapa, Aku dan adik2 bersama pasangan masing2. Seorang lagi tak balik.

7 komen:

wah hencem la ko faris, hehehe..... tentu ramai peminat tu! Alhamdulillah seronok ko beraye yer...!!!

Cop,
Alhamdulillah kerana seronok berhari raya di samping kena hadir kuliah pada hari Sabtu. Semalam (Ahad) aje aku buat open house untuk saudara mara terdekat. Letihlah juga melayan mereka semua. Yusof Rompin pun berkesempatan datang kerana dia hantar anak dia ke UPM. Bila ko nak datang beraya rumah aku Cop???

Faris, terima kasih salam u melalui cikgu saya Pn. Foziam. Wualaikum salam. Semoga sentiasa dirahmati Allah seisi keluarga.

faris,semasa hari raya ke 3, seorang kenalan saya yg lama tak jumpa berkunjung ke rumah saya.lama jua kami berbual-bual.rupa-rupanya isterinya mengajar dikajang,disekolah kau pulak tu...

suaminya bekerja di MSN.Soud Hussain.

Emzex,
Siapa dia ye??? Kalau bekerja di MSN, isteri (cikgu) tu namanya Cikgu Hairani. Dia pakai kereta Toyota Caldina. Betul ke?

kita berbesan nak??aku ramai anak lelaki...selamat hari raya.maaf zahir batin

Azam,
Bab berbesan ni no problem. Yang penting mereka sama2 setuju. Deme yang nak kahwin bukan kita. He he he...