Mulai 1 Mac hingga 6 Mac aku akan menghadiri kursus Designing Powerfull Presentation For The Leader di puncak bukit Genting. Jika presentation menggunakan Powerpoint tu memang dah jadi kebiasaan dan apa yang aku harapkan dalam kursus ini ialah sesuatu yang baru yang aku masih belum belajar. Kalau kandungannya telah aku pelajari, jawabnya pergi makan angin ajelah.Walaupun next week aku berkursus, beberapa mesyuarat penting terpaksa aku wakilkan kepada penolong kanan aku. Yang terkini pada 3 Mac ada mesyuarat di SK Dato' Onn, USJ15, Subang Jaya. Penolong Kanan Kokurikulum aku jadi mangsa menggantikan aku. Hari ini aku terpaksa membereskan beberapa kerja yang belum beres terutama menandatangani cek2 dan baucar bayaran. Esok pula di adakan perjumpaan ibu bapa murid tahun 6 dan kem bestari solat....