Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk. Bermula dari hari Isnin, semua Pengetua dan Guru Besar dipanggil mesyuarat dan kebetulan Pengarah telah mengadakan lawatan mengejut ke beberapa sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat. Selasa aku berpeluang berada di sekolah tetapi terpaksa menerima Pembantu Tadbir N26 yang baru ditempatkan di sekolah aku. Banyak perkara yang ditaklimat dan dibincangkan. Hari ini (Rabu) tiba2 aku dipanggil untuk mesyuarat ASC Lonjakan Saujana kerana pencapaian UPSR melebihi 10%. Kerja tambahan ialah terpaksa menyiapkan profil sekolah untuk pencalonan tersebut. Walaupun berat aku terpaksa menerimanya kerana itu harapan PPD. Esok (Khamis) sekali lagi terpaksa menghadiri mesyuarat Sektor Pembangunan Kemanusiaan dan seterusnya ke Stadium Bukit Jalil untuk penutupan rasmi olahraga. Dah habis satu hari untuk esok. Jumaat pula terpaksa menghadiri mesyuarat lagi tetapi kali ini di SK Kuala Pomson kerana telah diamanahkan menjadi urus setia Perkhemahan Badan Beruniform peringkat negeri Selangor dan seterusnya nanti di peringkat kebangsaan. Minggu ini saja dipenuhi dengan jadual yang padat. Kesibukan yang tak terlepas akan bersambung pada minggu depan kerana sekali lagi aku diamanahkan untuk menjadi tuan rumah bola sepak peringkat zon. Nasib baik aku dah menamatkan pengajian aku di UPSI dan boleh memberi tumpuan penuh kepada tugas2 yang dipertanggungjawabkan.
Aku harap aku akan dapat melakukan yang terbaik untuk diri aku dan juga sekolah aku. TK.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
2 komen:
aku yakin kau boleh laksanakan semua tugas tu dgn jayanya faris. Baguslah kau sibuk dgn semua tu, kalau sibuk dgn perkara lain, sapa yg susah nanti, aku jugak....hehehe
Tahniah Faris. Demo memang boleh buat. Buktikan PPGBUPSI terbaik.
Post a Comment