Friday, February 13, 2009

Ghazal - Muzik Tradisional Yang Dilupakan



Pada minggu lepas aku, isteri dan abang serta kakak ipar aku ke rumah kenduri kahwin saudara isteri aku di Sri Medan, Batu Pahat. Lauk pauk yang dihidangkan adalah tradisional dan sungguh menyelerakan. Apa yang lebih menarik ialah hiburan muzik tradisional yang sukar didapati pada ketika ini iaitu muzik ghazal. Aku berpeluang menyaksikan persembahan ghazal di majlis perkahwinan ini yang nampaknya masih kekal berterusan di negeri Johor. Sayangnya hanya generasi tua saja yang mendendangkannya dan tidak kelihatan generasi muda untuk menyambung seni warisan tradisional melayu ini.

3 komen:

dulu masa aku kecik2, setiap kali ada kenduri kahwin di kampung, biasanya adalah persembahan ghazal tu, siap ada joget lambak lagi! Dlm projek warisan negeri Johor, mana2 sekolah yg berkemampuan digalakkan menubuhkan pasukan ghazal masing2...

Kalau macam tu usaha kerajaan negeri Johor, sekolah kau patut sambutnya Sop. Peruntukan mesti ada. Inilah salah satu konsep Blue Ocean Strategy iaitu tidak bersaing dengan orang lain tetapi mewujudkan identiti sendiri.

masalah jugak la faris kalau nak tubuhkan ghazal tu. Aku fokus pd tarian zapin jer... peruntukan utk pakaian dpt dah. Kau taknak ke jemput kumpulan zapin aku?